Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

29 Oktober 2010

Pagi Jumaat

Salam pagi Jumaat.

Alhamdulillah dapat menghirup udara 29 Oktober 2010.
Sejak akhir2 ni selalu mengadu kat suami yang dada dan ulu hati selalu sakit2...setakat ni takde lagi check up.

Apapun pagi ni just nak buka lembaran pagi sikit dengan cerita pagi radio Saya dan Suami.
Kami berdiskusi tentang pendidikan anak2 berteraskan Al-Quran.
Macamna nak apply Al-Quran dalam kehidupan seharian kami di rumah. Dan bagaimana kami nak hidup tanpa TV???

Semalam dalam pencarian dan pembacaanku , aku terjumpa blog seorang ibu yang bekerja bukan surirumahtangga sepenuh masa berjaya membuat rancangan TV sendiri di rumah. Iaitu dengan membuat koleksi CD sendiri dan tentunya bermanfaat. Aku akan cuba apply nanti ....

Pendidikan Al-Quran termasuklah Iqra (tak guna Qiraati sebab kat tadika dah guna) aku buat setiap hari setakat ni. Lepas maghrib kami anak beranak duduk , Hasan, Husin, Zahra dan Haura juga sambil masing2 dengan Quran dan Iqra masing-masing. (Haura jer tak).

Mula-mula fokus diberikan lebih kepada abang Husin, start baca Iqra (alhamdulillah baru masuk Iqra 3-sekarang tengah suaikan diri dengan bacaan kasrah), lepas tu hafal surah juz Amma, sekarang dah 9 surah yang agak lancar. Kemudian buka Bacalah Anakku Buku 2 pulak. Lepas tu Hasan dengan Hijaiyah nya (Mama baru nak start buat Hijaiyah Flash Card sendiri). Hari tu mama dah buat A, B, C Flash Card tapi dah ke mana2 lah (permainan untuk anak2 memang selalu lost and found sebab kami tinggal dalam keluarga yang besar). So , mama akan buat flash card dan siap laminate lagi. Hari tu tak laminate buat kertas kadbod jer .....

Dengan Hasan kaedah belajar dia agak lain. Sebab dia ni tak suka duduk baik2 dan tak fokus masa ajar dia. Tapi kalau ajar Husin dia ikut dan lepas tu dia akan hafal (contoh , hari tu sajar Husin Surah Yasin tapi Hasan pun dapat ikut juga).

Dengan Zahra lain pulak, dia ni suka ikut dan agak berdisiplin....HAura, sedang buat visual and hearing teaching dengan dia....

Pendidikan berQuran yang aku maksudkan adalah membaca potongan ayat Quran yang bermakna untuk anak2. Kaedah ini ada aku baca dalam satu buku yang aku beli 3 tahun lepas. Contoh:
1. Mengajar anak membaca dengan bahas Isyarat .
Contoh Surah Al-Fatihah:
Alhamdulillahi RAbbil Alamin. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Sambil membaca aku suruh anak ikut. Angkat tangan lagak berdoa cakap Alhamdulillah , Rabbil tunjuk atas maksudnya Tuhan , Alamin =seluruh alam , buat bulatan besar dengan tangan tunjuk alam....
Yang bahasa isyarat ni , orang lain boleh buat ikut suka mereka lah .

2. Kalau kita nak suruh anak buat sesuatu , jangan arah dengan suara kasar. "Husin , ambik air kasi Zahra" . Mungkin boleh tukar dengan memasukkan potongan ayat Quran , Husin " wa bil walidaini ihsana" ....abang, tolong ambik air kasi adik Zahra ni....secara tak langsung kita menyertakan kalimah Allah dalam kehidupan kita ....

3. Untuk hafazan - tak lagi diusakan secara berhemat. Baru nak mula sikit. Semalam dah tengok satu institusi hafaz Quran namanya Akademi Darul Huffaz, bayarannya harga elit juga lah...tapi banyak pakej juga lah . Serendah RM50 hingag RM2000 lebih pun ada. Saya juag bercita2 untuk bawa anak ke sini juga sebab di sini diiktiraf JAIS dan JAWI.
Hari tu adalah saya start Hafal surah2 penting tapi tak menjadi lagi (tak konsisten, start dengan hafalan surah yang saya mulakan sejak bujang lagi). Agak2nya kena cooperative learning dengan anak2 lah dan suami ....

4. Pemakanan - masa mengandung memang mama jarang ambik makanan ringan yang banyak ajinamoto dan pemakanan yang mama amalkan bukan supplemen food yang dibeli di farmasi atau dijual oleh MLM ni. Hanya makanan biasa yang dibeli sendiri dan ada yang dipesan dari kawan yang duduk luar negara. Untuk anak2, masih tak konsisten lagi kaedah makanan harian seperti madu, kismis , kacang dan sebagainya...ikut dan ada jer...Tapi masa Mama mengandung memang diorang ni dah makan, mama amalkan
1. kismis
2. madu,
3. kundur @ ghundur (sejenis getah yang pahit, alau Ustaz Amin dia gigit macam tu jer tapi mama masukkan dalam air kosong dan minum) boleh dapat di negara Arab. Makan ini untuk dapat anak yang kulit cantik dan otak bagus.
4. pear (untuk anak cantik), untuk dapat anak yang kulit cantik juga kalau di timur tengah mereka makan buah yang macam epal nama safarjal, makan ni masa mengandung Hasan dan Husin jer, anak mama perempuan tak dapat makan sebab tak de orang bawa dan bukan musim dia juga masa tu.
5. za'faran in juga bagus untuk hati bersih, kulit cantik dan otak juga. Masa masak dan minum boleh juga masukkan . Makan ni kalau lebih2 pun akan menyebab kan fizikal aktif dan ceria terlebih :). So, kalau nampak Husin terlebih lompatnya sama ada makan benda ni atau KFC terlebih.

yang jarang diamalkan ialah Minyak zaitun dan makan buah zaiton...sebab agak pahit...ni abahnya jer yang selalu makan....Sub kat abah boleh juga kan....hehehe.

Tapi saya pun dah cuba makan juga contoh masuk dalam salad yang kita buat ....sedap juga tau...

Makanan ni semua selain untuk faedah di atas, saya dapat perhatikan ianya bagus untuk tingkahlaku anak2....yerlah, ianya kan makanan sunnah yang NAbi ajarkan pada umatnya.

Itu jerlah nampaknya perkongsian dengan pembaca. Doakan kami dapat beramal dan menjadi ibubapa berkualiti dalam tempoh masa kami yang sedikit dengan anak2....Moga anak2 berjaya dalam hidup dunia akhirat mereka...

..........................................................................

Sebelum berakhir, masa kami tengah borak2 nampak ada satu kereta bunyi hon kuat2 sebab ada kereta sedang blok dia untuk jalan terus (yer lah ni kan traffic jam)...kemudian kereta yang dihon dah bagi jalan , tapi kereta ni boleh pulak buat isyarat tangan tanda mencarut....masa nampak tu saya beristigfar dan kata2 napa rosakkan pagi jumaat macam tu dengan marah2 dan buat macam tu....
Dalam kepala saya berfikir sambil suami meneruskan tazkirahnya dalam kereta ....
Kepala berfikir: Napa orang tu marah dan buat macam tu, kan dalam Islam ada Anger management, tak baik buat macam tu. Dan saya melihat implikasinya kepada anak beliau. Kalau dia ada anak , dia harus menjadi abah yang punya akhlaq yang baik tak perlu dia buat macam tu .....entahlah....Ya Allah beri Hidayah kepada hamba yang mencariMU....
Berkati kami,

26 Oktober 2010

Angan-Anganku

Aku nak cerita tentang angan-anganku....

Well kalau jadi kenyataan memang aku ucap Alhamdulillah.
Angan-angan ini aku dapat semalam semasa mengajar subjek "Penilaian Alternatif Pra Sekolah" untuk pelajar sijil pra sekolah di Kolej Dar Al-Hikmah.

Angan-angan ini juga terbangun dan terlintas apabila satu petang Cikgu Nor, guru tadika di TASKI ABIM anakku menghulurkan borang pendaftaran.

Cikgu Nor: Puan, ini borang pendaftaran baru dengan yurannya.

SAya: Eh, hari tu kan dah isi. (Sambil mata tengok jumlah yuran). Mahalnya cikgu yuran ni dekat RM600. Ada sedikit rundung di wajah ku dan berlegar2 kepala sambil nak tukar sekolah Husin dekat dengan rumah mak aku yang yurannya dalam RM300 lebih sahaja.

Cikgu NOr: Tak tahu lah Puan, sekarang ni pengurusan baru.

Saya: Hemm...

Bercakap tentang pendidikan Pra Sekolah ABIM. Memang ABIM adalah perintis pra sekolah agama dan boleh dikatakan agak berkualiti sistem pengajiannya (merujuk kepada perkembangan anak dan jirannya).

Tapi kalau dah mahal ni rasa macam menindas rakyat yang memerlukan pendidikan yang berkualiti tapi masih dalam basic harga yang agak berpatutan. Kalau gaji aku RM10000 sebulan takde masalahlah...dan aku pun tak membebel dalam blog ni. Satu lagi kesian dengan mak ayah budak2 lain yang mungkin anak2nya sekolah menengah dan sekolah rendah. Kalau anak sorang tak per juga....(Semua ni fikiran negatif..huhuhu...takper ini semua challenge , cabaran).

Antara yuran yang aku tak setuju,
Peralatan sekolah (beg, alatulis) = ini aku boleh beli sendiri yang harganya hanya RM20...sebab abang aku jual beg borong aku beli beg Ben10 baru RM15. Alatulis dan banyak kat rumah,
Aktiviti=RM40 (Kalau dia buat rombongan pun minta masa nak pergi rombongan lah, atau aktiviti apa pun aku tak tahu)
BUku Teks RM186 = Tak perlu mahal2 kot...macam tak releven jer...
BAnyak lah lagi aku rasa memang cekau darah ....yang mana sebelum ini yuran2 sampingan ni semua takde.

Aku dah cakap kat Husin kita sekolah kat rumah nenek, tapi dia kata nanti takde kawan. (Walaupun aku tahu tukar sekolah ini akan menganggu psikologi pembelajaran dia)....

Apa nak buat Husin, pendidikan sekarang tempat orang cari duit. Kalau diorang ni dengar Dato Siddiq Fadzil cakap ok sikit kot...tak perlu yurannya mahal tapi yang penting KUALITI.

Aku pernah didedahkan dengan satu pra sekolah yang memang bagus, budak2 dah hafal surah lazim....tak perlu buku teks sampai RM200....ajar saja anak2 ini jadi anak soleh....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>C. H. A.L.L.A.N.G.E......................

Berbalik kepada anagan2 ku, aku nak buka tadika yang yurannya sedang2 saja.
Medium bahasa , 3 Bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Pengurusan Tadika aku mempunyai contact yang baik dengan mak ayah. Kami akan melaporkan setiap perkembangan anak2 mereka melalui medium sosial (facebook) atau (email)....sebab mak ayah sekarang kerja dan mereka selalu terlepas melihat perkembangan anak2 mereka. Kalau cikgu boleh report dengan hantar portfolia itu kan bagus.....

Ha SALEHA, Ada Berani!....Aku berani apa....

I can Control MYSELF, MY DESIRE< MY AMBITIOUS....

Pray for me outside there...

SYUKUR DAN BERTAMBAH

Seringkali kita berada di dalam kesusahan. Kadangkala kita tiada duit langsung untuk makan. Hal ini berlaku kepada semua orang. Lagi2 kalau pelajar yang suka mengadu ”takde duit lah, PTPTN dah habis. Mak tak kirim” dan sebagainya 1001 alasan.

Sedarkah kita bahawa di dalam Al-Quran Allah menyebut " Jika kamu bersyukur Aku akan tambah"

Maka, satu formula yang Tuhan ajar, jika kita dalam kesusahan dan kekurangan maka kita harus bersyukur. Dengan itu, yang berkurang akan bertambah dan yang tiada bisa diberi. Ini adalah satu konsep optimistik di dalam Islam untuk menghapuskan sikap pesimistik manusiawi.

Tuhan itu yang menciptakan kita makhlukNYA sudah pun tahu apa petua dan formula untuk kita. Hanya kita saja yang kadangkala lalai dan leka mencari apa yang kita inginkan. Manusia ini masalahnya hanya tahu mengadu dan mengeluh tentang apa yang dihadapinya. Mereka mengadu tentang hutang, keretakan hubungan dengan kawan-kawan, suami isteri dan sebagainya sehingga melupakan kuasa yang mereka ada. Kuasa yang boleh mengubah hidup mereka.

Tahukah anda semakin anda berbicara dan mengenang masalah maka akan bertambah lagi masalah yang lain. Hanya segelintir manusia sahaja yang menyedari hakikat ciptaan diri dan potensi terbaik yang kita ada.

We generally let our outside world control our inside world.
We have to reverse this. Our thoughts dictate what we attract!
We’ve got to let the inside world take charge of our outside world!
Kita sentiasa membiarkan orang lain yang di luar sana mengawal segala pergerakan dan perbuatan kita. Mulai dari hari ini kita harus berubah. Biar diri kita yang mengawal mereka di luar sana.

Di sini, saya ingin mengajak anda buat latihan dengan teknik yang mudah ini bagaimana mengajar anda berfikir dari kemelut fikiran negatif semasa ditimpa musibah. Saya juga bertatih mengaplikasikan teknik ini. Alhamdulillah memang menjadi. Kadangkala saya juga tersungkur, tetapi dengan bantuan kawan-kawan di sekililing yang juga ingin berfikiran POSITIF walaupun dalam emosi NEGATIF. Kami BERJAYA menghadapinya.

Saya bawa contoh kisah seorang JENAH. Dia adalah ibu tunggal kematian suami kepada 3 orang anak. Pekerjaannya hanya menuntut gaji yang hanya cukup-cukup makan atau normal di Lembah Klang RM2000. Jenah tidak gembira dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Dia harus menanggung anak-anak yang masih bersekolah, harus membayar kereta, pinjaman rumah juga, menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Tetapi walaupun dia bekerja keras namun pendapatannya tidak akan bertambah.
Kebanyakan dari kita akan focus kepada apa yang kita tidak ada. Betulkan? Tetapi masalahnya, jika kita mula ‘komplain’ tentang apa yang tidak cukup kita akan mendapat lagi banyak bil yang belum dilunaskan (alah, kalau kita fakir masalah hutang tiba2 ada lagi surat sampai suruh bayar itu dan ini, pernah kah anda begitu?)…Tentu sekali kan?
Kisah Jenah ni mungkin dia letak matlamat dia untuk keluar dari hutang . Nah sekarang hutang adalah perkara yang negatifkan? Jadi matlamat ini sudah salah, dia sudah meletakkan matlamat yang salah. Matlamat untuk menyelesaiakan hutang akan membuatkan anda sentiasa di dalam hidup yang berhutang. Percayalah cakap saya! Kita memikirkan hutang, hutang, hutang dan itu lah yang kita nak lagi.
MAKA…..
Pertama sekali, Jenah harus tukar matlamatnya. Matlamatnya bukan lagi
MENYELESAIKAN HUTANG
Tetapi…….
ABSOLUTE FINANCIAL FREEDOM / KEBEBASAN DI DALAM KEWANGAN
Lain kan bunyinya walau benda yang sama? Dan kita lebih fokus kepada positif.
Setiap pagi lepas solat Subuh, buat day dreaming atau angan-angan positif apa yang kita akan buat kalau kita ada kebebasan di dalam kewangan atau kita ada duit.
Kalau dalam kes Jenah tadi dia kena auto-correct fikiran negatifnya. Kalau sebelum ini dia berfikir:
HUtang ku amat banyak aku tak tahu nak buat apa?
Aku takde duit yang cukup untuk memenuhi kehendak dan keperluan diriku dan keluargaku.
Perlahan-lahan, Jenah mula membaiki pemikirannya:
Aku ada rumah dan anak-anak yang gembira. Aku mempunyai keluarga tercinta.
Aku ada pekerjaan yang baik dengan peluang aku boleh naik pangkat.
Aku sihat.
Aku tidak boleh rasa sangat teruk kerana ada orang lebih teruk dari ku. Ada orang yang tak punya rumah dan keluarga sejahtera.
Hutang aku akan dilangsaikan sekiranya aku mula menyimpan sedikit setiap bulan.
Aku bersyukur kerana aku ada pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang sederhana.

Aku amat suka mempunyai fikiran untuk menjadi kaya.

The current results you have in your life are based on your current belief.
Jadi, bermula lah untuk berubah dari sekarang….

Saya pun ingin berubah selagi hayat masih di kandung badan. Kalau dah berada dalam kubur semua tak sempat hanya menunggu amalan yang di bumi sahaja. Entahkan sampai entahkan tidak....

Moga amalan diberkati Allah.

21 Oktober 2010

Sketsa dengan Husin


Petang itu seperti biasa mengambil Husin anak ku yang sulong dari sekolah Taski. Naik saja kereta dia pun bersuara dan bertanya dengan suara yang agak terkejut dan penuh persoalan.

Husin: napa mama pakai baju hitam ni?.
Mama: ha kenapa dengan baju ni?
Husin: Tak cantikk
Mama: Apa? Tak cantik ? (Dengan muka yang agak terkejut kerana Husin kecil2 lagi dah pandai tengok cantik ke tak cantik)
so, kalau mama pakai baju warna apa cantik?
Husin: Warna oren lah.
Mama: Oren tu sebab Husin yang suka. Mama biar pakai baju ni nampak tak cantik tapi depan suami mama kena cantik. Kalau depan orang lain mama cantik sangat nanti mama dapat dosa.
Husin pun tersenyap seketika mungkin agaknya sedang berfikir.
Mama: Tapi Tuhan cakap sebaik2 pakaian ialah TAQWA. Husin tahu apa itu TAQWA?
Husin: Kak Wa ? Tahu lah, kakak Haramain ( kakak sepupu dia nama Mastura panggil Kak Wa)
Mama: Husin ni bila mama cakap tak tengok muka mama tu lah kurang jelas mama cakap. Cuba tengok muka mama bila cakap. Mama bukan sebut kak wa mama sebut TAQWA. Tahu apa itu taqwa?
(Husin geleng kepala)
Taqwa tu baju yang paling best sekali. Kalau siapa pakai baju tu mesti cantik di hadapan Allah.

* Kecik2 pun dah tahu kritik fesyen baju

19 Oktober 2010

Kepada Allah

Allah itu Esa
Sampai orang ragui Allah
Kalau takut Allah
orang jadi takut
Tapi...
Orang ingin pada Allah

KAlau ada masalah adu pada Allah
Kalau anda gembira mengadu pada Allah
Kalau anda bercinta
Allah yang sedang memberi cinta
Kalau anda bersedih
Minta Allah tunjuk jalan

Kerana itu semua perlu Allah
hanya Dia
Kepada Allah

14 Oktober 2010

Mengajar di Tengah Ibukota

Hari ni nak cerita pengalaman mengajar part time di kolej di tengah bandaraya Kuala Lumpur . Tak tahu lah nak kata seronok ke apa? Biasa2 jer...

PENGALAMAN BARU Cuma rasa pengalaman baru mengajar pelajar di dalam kelasnya pelbagai bangsa Malaysia yang memang sebelum ini tidak pernah dirasainya. Di dalam kelas aku yang 70 orang ni, ada Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan juga pelbagai agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.
Masa sekolah rendah dulu ada juga kawan India, tapi hanya tiga orang saja.
Hari ketiga di dalam kelas aku dah ingat hampir separuh nama pelajar. Aku dah hafal semuanya ada sikit2 lagi dalam 15 orang aku masih tak ingat. Aku memang suka ingat nama pelajar (terima kasih pada Dr Haryati Shahrima pesnyarah kesayang aku di UIA). Teknik ni aku ambik dari dia sebab dia ingat semua nama pelajar masa kami di UIA, agak impress juga. Tapi yang pentingnya, bila pensyarah atau cikgu ingat nama kita, kita akan rasa happy dan rasa macam pensyarah respect dekat kita.
Jadi macam aku pesan dekat pelajar aku....
”If u want somebody respect u, u must respect other,
If u want somebody love u, u must love them first”

Selama dua hari mengajar aku dah boleh cakap kuat berbanding hari pertama yang anak tekak asyik pecah jer, so, asyik kena minum air dan hamper kehilangan suara. Tapi hari kedua dan ketiga aku dah tak minum air dan boleh cakap dengan kuat sambil kadang2 menjerit…ahahaha

Pelajar di sini, selamba jer duk laki perempuan. Aku suruh tukar mereka tak nak. Kalau setakat pukul manja2, bersentuhan lelaki perempuan macam dah biasa bagi mereka. Bagi aku benda tu tetap dianggap dosa.
Bukan aku tak de kawan2 yang sosial ni, memang ada. Kawan2 aku di PUBLIC MUTUAL tu pun sosial juga.

Lagi satu, kalau di Kolej Dar AlHIkmah yang sedang aku ajar ni, kolej nya nyaman, tenang dan damai. Jauh dari hiruk piruk kota. Tapi di sini, turun bawah jer nampak ramai orang cina berjual beli, orang India jual bunga2 untuk ibadat mereka. Di sini nak lalu kelas dia memang kena lalu Petaling Street yang glamor dengan jualan barang berjenama yang tak berapa asli. Kalau berjalan tu memang penuh orang dengan tatu2nya. Fuhh!! Siapalah yang berani dan terer memberi dakwah kepada golongan yang macam ni dan bayangkan suatu hari nanti ibukota ini jadi tempat yang tenang dan tak banyak hantu setan yang berleluasa. Oh di sini, pelajar melayu Islam ramai dan selalu kena histeria (orang2 di sini yang bercerita)

ATTITUDE
Hari kedua kelas, pelajar2 ni selamba jer buat assignment masa aku tengah mengajar. Aku biarkan saja lah walaupun ada juga aku suruh mereka simpan tetapi macam tidak dipedulikan saja.
Hari ketiga, aku tahu mereka memang sibuk buat assignment, masa aku masuk mereka buat tak tahu jer sampai leader mereka kata ”oiii senyaplah miss dah masuk”....tetap juga mereka tak tahu. So, aku pun bagi salam dan ucap selamat sejahtera. Lepas tu aku suruh mereka clearkan meja atau kosongkan meja. Aku suruh mereka semua berdiri dan aku berdiri atas kerusi juga (untuk kawal mereka).
Lepas tu sebelum kelas aku buat sikit teknik untuk mereka rileks dan kosongkan minda. Masa ni ada juga yang main-main masa mula-mula sesi tu, diorang gelak dan tak buat apa aku suruh tapi lama2 mereka ikut...ada dua tiga orang pelajar jer yang menangis ketika ini. Tapi aku tak tahu kenapa mereka menangis. Lepas aku buat ni semua pelajar dah tak buat assignment Cuma lepas setengah jam ada pelajar yang duduk depan sekali pelajar India diorang mengeluarkan assignment dan buat kerja lain. Aku biarkan saja.
Pelajar-pelajar di sini kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak hampir 70%. Yang dari Sabah dan Sarawak ini nampak mereka ni ada rasa berjuang datang ke sini untuk belajar dan tak main-main.
Ada juga beberapa orang pelajar lelaki yang duduk di bahagian belakang nampak macam main-main dan tak serius semasa belajar. Masa aku borak-borak dengan mereka ini, mereka kata susah nak belajar sebab tak faham Bahasa Inggeris.
Ok jadi dalam kelas aku guna dwibahasa.

TRANSFORMASI
1. Waktu kelas kat sini rehatnya pukul 12 hingga 1. dan 1-3 kelas mula semula. Jadi pelajar Muslim di sini akan solat lepas pukul 5 di rumah. Kelas aku hari Selasa mula pukul 1-3 juga. So, aku nak buat pukul 12-1 kelas , 1-2 rehat dan solat, 2-3 kelas mula semula. Masalah untuk pelajar Muslim di sini, pentandbiran + pengurusan tidak menyediakan surau untuk mereka. Untuk pelajar Buddha dan Hindu mereka tak ada masalah sebab kuil mereka berdiri segak di depan dan sebelah bangunan kolej. Jadi aku masih tak faham kenapa mereka tidak boleh appoint satu bilik untuk dijadikan surau?

2. Suara hati pelajar Muslim di sini takde orang yang ambik tahu, contoh masa solat terawih mereka mohon tempat solat terawih tapi mereka diberikan kawasan dekat kolam renang di kondo mereka untuk solat. Jadi pelajar tidak merasa selesa.

3. Kokurikulum di sini (kelab dan persatuan) tidak berapa aktif atau mungkin dah terkubur. Alhamdulillah, hari ini ada beberapa orang pelajar yang bertanyakan aku tentang persatuan pelajar Islam di sini. So, aku akan cadangkan mereka masuk PEPIAS atau PKPIM. At least terjaga juga lah ibadah mereka dan hidup mereka lebih bermakna.

Itu jer kot ceritera pengalaman baru aku. Moga kita semua sentiasa memerhati dan berdakwah pada anak bangsa agama kita yang tersasar dan ajak mereka ke landasan yang betul. Untuk yang lain andai ada hidayah untuk mereka yang terbuka dari kata2 dan perbuatan ku terimalah mereka Ya Allah


HARAPAN

Aku mengharap semuanya baik-baik sahaja dan Allah menerima amalan ku !

Doakan aku kuat, wanita besi .......:)
Dan Pelajar2 itu bergerak dalam kehidupan yang penuh dengan Nur Ilahi

11 Oktober 2010

Perjalanan ke Windfield

Hari ini hari pertama mengajar part time di Windfield International College.

Aku drive ke sini , kolej ini terletak di tengah-tengah ibukota...
Minggu lepas aku ke sini tapi ikut jalan biasa, dari Sg Ramal Dalam lalu Balakong bayar tol RM1.30 aku terus menuju ke Sg BEsi dan di Tesco Extra Cheras terus ke kiri dan ke KL...perjalanan hampir 30 kilo satu jam.

Hari ni aku cuba ambik jalan lain, lalu Jalan Malaysia Tambahan...dalam setengah jam sahaja 20 kilo...jalan Alhamdulillah sebab aku mengajar semua waktu tenang dan bukan traffic...

Saja minta mengajar part time kat sini, sambil tampung wang nak juga cari pengalaman lain...

Mula2 datang sini macam seram sejuk juga, maklumlah tengah KL...pastu depan ada kuil Buddha dan sebelah ni Kuil India...dah dapat attendance sheet nama pelajar kelas ada 70 orang dan nampaknya non Muslim adalah dalam 20 lebih...ramai juga

Hari ni 1st day aku nak ajar subjek Stress...sebelum ajar topik ini aku jadi stress dulu...tapi takdelah sangat, rasa macam excited jer nak rasa pengalaman baru..

Ada kawan2 cakap, tak berbaloi nak drive ke KL gaji tak seberapa, ha'a gaji sini biasa2 saja...1 jam diorang bayar RM50...petrol apa semua tak claim...tak best juga lah...tapi tak per, macam aku cakapengalaman dan saja nak rasa macam ala-ala sibuk...

sambil kutip pengalaman, mana tahu ada idea baru boleh juga beri pada kolej dar al hikmah...hehehe

Perjalanan kat sini sesak dengan orang ramai, kalau traffic light kita hijau patutnya ikut undang2 orang yang jalan kena berhenti , aku yang jalan , kalau kat sini memang terbalik, biasanya kalau nampak traffic light aku bawa laju , kali ni di tengah bandaraya ni aku pulak kena slow atau aku kena berhenti...tapi memang bawa kereta kat KL ni kena nampak macam kita orang KL baru orang takut dengan kita...lagi2 kena jadi pahlawan depan bas2 intrakota ni ...

Jap lagi ada kelas , tak tahu lah ..ingat nak pasang lagu Maher Zain nyanyi InsyaAllah, yerlah dah tajuk STRESS...lagu tu macam sesuai, tapi bila nampak senarai nama pelajar ramai nonMuslim hampir tak jadi pulak...

Citer pasal kolej ni, management nya ramai India , so, aku rasa budak2 melayu Islam kat sini pandai2 depa lah nak hidup..tapi aku tengok rata2 Melayu Islam kat sini, amalkan cara hidup Islam alah kadar jer...kalau pelajar kat Kolej aku ngajar Dar al-Hikmah, pelajar kena tutup aurat, pakai stokin, tudung labuh paras dada (seperti yang disyariatkan)...kat sini lantak depa lah nak buat apa..

Jadi, aku macam nak tolong depa jer, tpai tak tau tolong dari segi apa? Mungkin buat kelas mengaji untuk diorag ker, Fardhu Ain ker...usrah ke.., tengoklah macam mana...

Kalau berdasarkan air muka mereka aku tengok jiwa mereka kosong, ala budak kolej aku pun jiwa kosong tapi still dalam Islamic environemnt...

Entahlah pendek kata...aku sedang cuba memasuki alam ONE MALAYSIA...

SATUuuuuuuuuuuu MALAYSIA
SAtuuuuuuuuuuuuuu MAlaysia...

Aku pun kena tempias Dato Najib juga....

Best wishes for me!

01 Oktober 2010

Semangat Untukku

Ya Ilahi, ampuni dosa-dosaku
Sungguh berat dugaan ini aku rasakan
Tapi ku tahu KAU ingin memberi sesuatu yang terbaik buat ku

Bantulah aku menghadapi hidup di dunia ini
memang banyak dan penuh pancarobanya

Berikan semula apa yang sudah dibawa pergi
Kabulkan hajat kami

We tend to spend an overwhelming amount of attention on our current situation. We think about things the way they ARE – rather than the way they SHOULD BE. Because our dominant thoughts are on our current situation – these thoughts tend to be about daily worries, current lifestyle, how much money we currently have, the state of our current relationship, and so on. These mediocre, passive thoughts do nothing for us!

All these thoughts do is simply keep in our lives our daily worries, current financial situations and current relationships. This is why CHANGE comes SLOWLY for most of us. We get obsessed with the way things ARE rather than the way things COULD be.

And so we remain "stuck" in our lives – year after year – observing the same things.

No growth, no abundance, no new wonderful discoveries or ideas – nothing. This is called the Current Reality Trap.

The sad thing is, Saleha, it does not have to be this way. You do not have to stay stuck in mediocrity. We are powerful, amazing beings – but sadly, many of us do not realize our own beautiful potential.

This is the difference between mediocre people and successful people. Mediocre people dwell on the present. Successful people look excitedly to what COULD be.

Salam Kekuatan Ilahi,