Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

31 Mac 2011

Kembara

Salam dunia,

Tuhan pernah berpesan

berjalanlah kamu di bumi Tuhan

Lihatlah sekitar alam

akan kau temui hakikat diri Kini,


Aku berjalan Tuhan .......

berkembara jauh melata

Hidup ini seperti manusia lain

mencari sebuah diri berkualiti

kadangkala jatuh ditimpa ombak tsunami

jauh mendasari bumi

Letih dalam perjalanan

Namun masih berteka teki dalam kehidupan


Mengharap limpahan Tuhan

seperti Nabi Yunus dalam lipatan perut ikan

Hanya Tuhan pengharapan

Kadang diri malu menunduk suruhan


Tuhan..........

tidak tercukup

Hutang Tuhan berhabuk

Hutang manusia berlapuk

Diri tertusuk


Ketawa sedih di wajah

dari susuri hati terdalam

Memang hidup punya sempadan.


Saleha Idris

KDH

12.08pm/31 April 2011

23 Mac 2011

Still Nothing But Penting

Salam semuanya....

Bulan April ni rasa boleh tarik nafas sikit sebab kelas di KL dan OUM cuti....
Walaupun ada beberapa perkara yang kontroversi di OUM tapi itu semua mengajar diriku ini tentang gelagat manusia....walaupun cuba memahaminya......
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan ku yang agak sukar mungkin berbanding orang lain.

alhamdulillah, syukur atas nikmat anugerah Allah dan syukur atas hidayah untuk kita bersyukur...dan syukur untuk hati yang terus bersyukur..dan sampai bila syukur ini harus berakhir? tidak...setiap syukur kita,memerlukan syukur yang lain...

Memang dalam kehidupan kita akan menarik nafas lega, syukur, kesal dan sebagainya. Tapi itu adalah rojak kehidupan yang memberi kesedapan kepada resepi kehidupan di dunia sebelum di blend ke negara Akhirat.....

Kenapa tajuk di atas still nothing (maksudnya aku masih belum dapat menulis sesuatu yang aku rasakan berharga, tetapi still penting sebab walaupun aku tak menulis cuma 5 hari tetapi ianya dirasakan penting bagi sebahagian kawan2 yang sentiasa membuka blog ini. Terima kasih yer.....

Untuk entri kali ni hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang kita lupa ...kita sebagai kita....kadang2 kita sibuk cerita pasal mak limah sana sini, pasal Muthu , pasal Rahmat dan macam2 pasal orang tetapi kita lupa lihat siapa diri kita....

Renungkanlah moga bermanfaat dan ada ingatan yang terindah.

1- insan adalah ciptaan yang memiliki potensi untuk menerima ilham ataupun waswas.
2- amalan insan akan memperkuatkan tendency kearah pembentukan dan pengaktualisasi potensi tersebut...sekiranya amalan baik maka ia akan menguatkan potensi untuk menerima ilham....sebaliknya amalan buruk akan mendekatkan ia kepada waswas
3- ilham diberikan kepada insan melalui malaikat sementara waswas pula daripada syaitan
4- ketika insan berbuat buruk...potensi untuk menerimawaswas akan menjadi dekat.....setelah itu ia akan terhubung dan akhirnya akan transform.....seumpama
besi yang didekatkan kepada api, kemudian terbakar dan akhirnya menjadi api.....api adalah syaitan...terbakar adalah kesan dari waswas syaitan...transformasi pula
adalah transformasi manusia menjadi syaitan...
5- jalan syaitan dapat menyalurkan waswasnya adalah syahwat (desire) ...kerana banyak desire dan keinginan akan berlaku konflik dlm keinginan..ini menyebabkan
marah (ghodhab)....
6- manusia dapay menyempitkan jalan syaitan ini dengan menguasai syahwatnya.....
7-manusia menguasai syahwat dengan memberi tumpuanhanya kepada Allah....laa ilaha
illallah...keinginannya hanya Allah....
8- tiga unsur asli manusia iaitu kehendak dan jiwa serta aqal/qalbunya ditumpukan hanya kepada Allah....kehendaknya hanya inginkan Allah jiwanya hanya cintakan Allah
aqal/qalbunya hanya mengenali Allah.

17 Mac 2011

Dunia Yang .......

MALAYSIA......masih berbahagianya!!!!!!!
Alhamdulillah....







Di Mesir, Tunisia, Bahrain, Yaman, Libya.....
TIMUR TENGAH....
SUATU KEBANGKITAN LUAR BIASA









Di Jepun....
Penderitaan, Sengsara,
Teknologi dan Sains Musnah
Mereka..........Perlu Bangkit Kembali



Dan semua itu........
hanya UJIAN
atau ada BALASAN
Atas Setiap Perbuatan .......

Tapi kita hanya perlu mempunyai
HATI YANG BERSIH dan SUCI
terus.......BERDOA, MENGHARAP, BERSATU


16 Mac 2011

Iktibar Tsunami dan 211220012 (Siri 1)

Salam.

Entri tentang tsunami ini adalah seruan yang saya dapat dari pengurus kanan saya. Yang bertanyakan saya kenapa saya tidak menulis tentang Tsunami. Mula2 saya fikirkan tidak perlu tetapi kemudian saya juga menulis sebagai iktibar dan pengetahuan untuk saya juga. Bahawa KIAMAT SUDAH DEKAT!

Cerita Tsunami adalah sebahagian cerita yang menakutkan sejak zaman berzaman. Dan sejak saya hidup sehingga kini sudah 3 kali Tsunami yang terjadi, Di Acheh, Somalia (kecil sahaja) dan yang terbesar kali ini minggu lepa hari Jumaat 11.3.2011 di Jepun.



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah banyak berlaku gempa bumi.

Dan Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Mari kita kaitkan fenomena Retrograde Motion (Klik sini)Pernah dengar Kiamat akan berlaku pada 21 / 12 / 2012 dan dimana satu zaman baru akan muncul selepas itu?

Pada 21 disember 2012, bumi akan berada sebaris dengan pusat galaksi bima sakti buat pertama kali sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekaligus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Selain kalendar maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke -10 dan terbesar dalam sistem solar, planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar- besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam kitab injil perjanjian lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.

Jadi, benarkah dunia akan musnah bla dunia memasuki putaran melepasi phonton belt berdasarkan perkiraan kalender maya??

Dan adakah kiamat akan berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion??

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Harap yang buat lawak gambar kartun Berita Harian tempoh hari mengambil iktibar juga. Gunakan minda yang sihat Tuhan kurniakan untuk semua yang berlaku.
Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba.
Add Image
Hadith Nabi: "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu".(See Hadith No. 85 Vol 1, Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Ps: Fakta yang menarik, perkataan Tsunami itu sendiri adalah dari Bahasa Jepun yang bermaksud gelombang pelabuhan atau gelombang pasang.

Lagi tentang Tsunami klik sini dan sini

Mengutip kembali kata2 Pak Samad klik sini : Penginsafan tentang Tsunami ini.

SEMINGGU ini, sedar atau alpa, kita mula banyak diajari tabii alam. Ternyata alam sentiasa patuh menaati resam natijah logisnya. Hanya insan yang sentiasa tidak sewaras itu. Insan seolah sengaja lupa belajar—atau lebih buruk, enggan belajar!

Siapakah yang meledakkan bom atom kononnya demi “kedamaian” di Hiroshima?
Siapakah pula yang galak menyukat kesan ujian nuklearnya di perut samudera?

Bukan insan?

Pedih, tapi ternyata kini ombak lebih cermat bertamsil. Malah tsunami—ibu segala ombak—juga secaranya berupaya memujuk insan supaya merenungi erti “ketakabadian”!

Paling bermakna gempa tsunami mengajak insan saling berihsan.

Sementara terpaan ombak mendadak menyedarkan manusia supaya belajar bersatu (contohnya di Jepun), sebaliknya pancutan minyak mengasuh insan supaya berseteru (contohnya di Libya).

Kita patut merenungi dua iktibar peristiwa “tsunami air dan minyak” ini.

Sebelum mencekaunya tsunami, selama beberapa dekad, manusia telah terlebih dahulu mengganggu perut samudera melalui ujian nuklearnya. Apakah kesan ledakan itu memperkukuh atau memperuntuh kandungan perut samudera? Tidakkah ledakan-ledakan sedemikian dalam senyap sebanyak sedikit mula meretak dan mereputkan susunan tulen kandungannya?

Kerana manusia sendiri yang mencemari lapisan asal udaranya, maka hawa dan suhu samudera berubah. Air batu di Khutub Utara mulai mencair merobah paras air samudera kita. Begitu juga, manusia yang mengganggu tatanan tulen alam yang membibitkan tsunami.

Seminggu ini, sedar atau alpa, kita mula diajari tabii alam semula. Dan dalam serba ketakutan, malah dengan sekhusyuk doa, kita mengharapkan buana kita yang sebuah ini bakal terselamat daripada keangkuhan dan kedunguan kita sendiri.

11 Mac 2011

Olimpik 2012

Salam Jumaat semuanya.

Dan hari ini juga terjadi Tsunami di Jepun. Doakan agar mereka yang tidak berdosa dan yang Muslim jika mati mati dalam Syahid jika hidup terus mendapat Ni'mat dan tahu rasa bersyukur.

Memang kadang2 bencana Allah menimpa ada suka dan duka , ada hikmahnya yang Tuhan ingin ingatkan kepada kita semua di negara lain juga.

Masa Tsunami yang dulu tu hari Khamis malam Jumaat juga kan?

Dan jangan lupa Hari Akhirat itu Hari Jumaat.

Saya pernah bersembang dengan anak saya Husin tentang hari Jumaat, saya katakan padanya hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam maksudnya Ketua segala hari2.....

Dia tanya kenapa dia jadi ketua mama?

Sebab segala kejadian yang penting berlaku pada hari Jumaat?

Soalan dia seterusnya kenapa hari Jumaat?
Jawapan saya sebab dia ketua? ,.....dan soalan itu berulang2 ulang ...hihihi

Semoga kita semua selamat.

Oklah, pada hari Jumaat ini saya nak membawa kepada pembaca entri saya ke Sukan Olimpik 2012.

Ada benda yang saya tak suka, dan mungkin orang lain pun tak suka. Tentang Logo sukan olimpik 2012 di London dan maskotnya.

Cerita logo dulu,

Nampak tak logo di atas.....apa yang anda tak setuju dengan saya, warna? bentuk? Tulisan ?

Kalau sesiapa yang benci Zionis, atau berjuang untuk Palestin, maka dia akan nampak tulisan itu seperti Z - 2, I = 1, 0=o dan 2 yang kat bawah macam N...jadi lah ZION atau 2012....

Siapa yang tak nampak tu maksudnya ada masalah dengan persepsi kedalaman atau luaran anda. Better check dengan doktor.





Cerita Maskot:
Maskot dia tak BEST kan? MAcam muka DAjal jer....(persepsi saya pula).

Tapi laporan berita ni cakap Cute and cuddly....huhh , menyampah jer saya tengok. Nama dia Wenlock and Mandeville—sempena nama dua bandar kecil di England.

Penganjur Olimpik ditanya takut2 maskot pun ada kontroversi tapi diorang kata :"that focus groups of kids were heavily involved in their creation. "The children told us a number of things. They weren't that sold on furry animals and they actually wanted a story," Olympic committee chairman Sebastian Coe told the BBC. "Youngsters will be able to make a case for the mascots coming to their school if they've done something that is inspired by the Games. It's a way of engaging in a fun way."

fuhh....ayat dia memang saya tak boleh terima, nak fun fun banyak lagi cara nyer....

ps: sapa2 yang minat sukan tu tengok2 juga lah apa2 yang perlu, macam jersi baju ker...kot kot ada lambang yang tak patut....ini main pakai jer....kalau bola tu minat sangat tengok kot2 dapat banyak pahala lebih baik tgk ...hihihi....

MawarDuriTaqwa

Assalamualaikum...salam ketaqwaan salam ta'azim

Hari tu saya ada mengadu pada seorang kawan, bahawa diri saya ini banyak sangat terkena duri, sakit tajam dan amat memedihkan hati, jiwa dan kepala. Kawan saya pun membalas, "duri tu tak tajam sebenarnya...duri tu hanyalah satu jenis duri di kalangan duri-duri termasuklah duri durian..." . Betul jugalah cakap kawan saya yang banyak falsafah ni kan?

Dan saya akui saya semakin sedar dan dapat meneliti duri yang sentiasa saya hadapi ini.

Dalam kehidupan kita..kita tak boleh terlepas dari perkataan duri...tapi tak semuanya tajam..dan ada di kalangan mereka sanggup melabelkan duri di samping nama mereka....hah itu menunjukkan duri pun mempunyai kelebihan tersendiri.. Macam nama saya dulu nama samaran masa muda2...MAWARDURITAQWA.....best kan nama samaran saya? :)

Apa ye kelebihan duri? Hanya duri yg tahu kelebihan duri sebagaimana hanya jauhari yg kenal manikamnya.....

Bagi diri ini duri-duri ini sudah sebati dalam diri sampaikan tak gunanya hidup ini kalau tak de duri....hidup ini lagi lebih menarik jika ada banyak duri yg menusuk kita. Bagi diri ini...diri ini akan lebih kuat dan gagah jika banyak duri yg kena...dan duri-duri ini jugalah yg mencelikkan kita kepada realiti sebenarnya hidup kita...ke mana hala tuju kita?Apa yg penting ialah kita menukarkan duri-duri ini bertukar menjadi manisan atau madu yg paling manis sekali....

Akhir sekali kita akan rasa kitalah manusia yg paling gembira sekali atas muka bumi ini krn kita berjaya menukarkan duri kpd manisan/madu yg paling manis sekali...ini menunjukkan kita adalah manusia yg berjaya...kejayaan yg sukar yg kita perolehi tetapi kejayaan kita atau kegembiraan kita adalah yg tertinggi sekali jika dibandingkan dgn mereka-mereka yg tak pernah terkena duri..tapi dimanjakan dgn manisan atau madu2 yg manis dan akhirnya terlena atau dibuai mimpi...

Itulah dia citer duri....adakalanya org kata duri dalam daging...tapi tak tau yg sebenarnya sbb tak pernah jumpa daging yg ada duri...sbb kita boleh nampak awal2 lagi kalau daging itu ada duri...tak payah beli langsung...tapi adakalanya daging itu tercucuk duri secara tak sengaja...kalau begitu buanglah duri itu...habis citer..daging tu masih boleh dimakan lagi...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi kita semuanya hari2 berada dalam proses terkena duri dan proses mencabut duri. Dalam proses membuang duri2 yg terlekat kat badan ni...banyak sangat....susah juga nak tukarkan dia jadi manisan yg paling manis..perlu ada kekuatan.....kadang2 cakap mudahkan tapi nak buat payah.....

Apa2pun kita tetap bersyukur krn masih lagi dipanjangkan usia dan umur,diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg murah utk terus menyinari kehidupan ini walaupun hakikat sebenarnya ada lagi duri2 yg masih terlekat...tapi kebanyakkan daripada nya sudah pun menjadi manisan dan kita bersyukur....harap2 semua duri yg masih ada pun boleh jadi manisan yg paling manis juga..insyaAllah...doa2kan utk saya dan mudah2an manisan2 yg paling manis tu pulak akan berjaya menukarkan duri2 lain yg ada atau terkena pd diri kita semua...

Akhir sekali..kita tau erti kehidupan sebenarnya dan tujuan kita hidup hari ini, sekarang dan esok hari. Betulkan?

08 Mac 2011

Hari Wanita Sedunia

Salam semuanya....

Hari ini 8/3/2011.....dalam radio IKIM.FM saya terdengar DJ dan tetamu yang membincangkan tentang ekonomi Islam asyik memberi ucapan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...

Masa mereka wish melalui corong radio tu saya rasa nak mengucapkan benda yang sama kepada wanita lain dalam blog saya dan facebook saya. Tetapi, Alhamdulillah memberi fikiran saya berlegar di dalam kereta tadi...dari mana dapat Hari Wanita sedunia, siapa pengasasnya, macamna boleh ada hari wanita dan sebagainya lah yang terfikir. Maka terus keluar dari kepala saya, ok , sampai ofis nak google "history of international women day"...dan search dan akhirnya keluar jawapan yang saya nak. Alhamdulillah.

Memang ianya dari Barat, tak disangka lagi seperti juga Hari Ibu, Hari Valentine dan Hari Bapa dan apa saja hari yang telah dicipta oleh Barat ( ajaran yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam). Nauzubillah min zalik.

Sejarah Hari Wanita ini telah bermula di Negara Barat klik sini. Bermula di negara Jerman (Socialist) yang merasakan wanita patut dirai . Yang lebih menyedihkan lagi Hari Wanita ini bermula atau diasaskan oleh Socialist German, Clara Zetkin. Lepas tu tahun berikutnya barulah mereka suruh Lenin isytiharkan hari wanita itu cuti 8 mac setiap tahun.
Lihat , adakah kamu semua boleh terima perayaan yang tidak dan bukan berasas dari Islam, sedangkan Maulid RAsul dikatakan bidaah ...inikan pula perayaan dari agama lain u all nak sambut...huhhh..maaf nak pakai ayat marah sangat ni...PERGI JAHANAM lah.....
Sebab tu Nabi dah berpesan :

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا
جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
“Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, "Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (HR Bukhary) .
Faham ker maksud hadis di atas tu....itu semua Nabi nak cakap yang kita umat Islam ni suka sangat ikut mereka (Yahudi dan NAsrani)...memanglah kalau cakap pasal Palestin semua orang benci kat YAhudi, tapi bagaimana u all nak express kebencian tu. Senang saja....jangan ikut mereka, ini kalau dalam bilik pun letak gambar artis tak pakai tudung seksi, profile picture facebook gambar artis yang dah tahu dia tu kristian (tak cakap yer student yang bercinta dengan Kristian lagi), kenapa semua nak ikut jejak orang bukan Islam yang nak menghancurkan Islam buat apa kita nak terang2 ikut (SAYA SANGAT MARAH NI)
Jadi Bagusnya menjadi mukmin sejati yang akalnya sentiasa berfikir dan hatinya berzikir dan hidupnya sentiasa kerana Allah.
PS: Radio IKIM , radio pilihan utama anda ....oh tidak akan menjadi pilihan ku kenapa kajian yang tepenting ni pun tak boleh buat ker? Come on lah ....be yourself in Islamic identity don't just follow them. How u as Islamic medium can spread this wrong message. Leave it and JAKIM try to make ur own day ...Women day, Men DAy , LAbor Day...plz create ur own....and what bases on u want to do it...for example , buat hari wanita smepena hari kelahiran Fatimah Zahra anakanda Nabi, atau Hari Khadijah Sedunia sempena Hari Lahir Sy Khadijah....
Oh takkan benda macam ni .......ermmmmm....Fikirlah lah dan buat lah ....jangan meeting benda yang membosankan dan kurang berfaedah !

07 Mac 2011

Tertangguh

Assalamualaikum semuanya,
Oh kepada pembaca yang bukan Islam Salam sejahtera kepada anda.

Harap semuanya baik2 saja. Ingatkan nak berpuasa hari ni dah minta izin suami dah tapi Iman tak cukup kuat ...perut sakit pagi tadi. Lemahnya aku Ya Allah!

Maaflah banyak entri tertangguh minggu lepas. Dah siapkan surat penajaan konvo, terima kasih atas bantuan KAk Zawati yang buatkan mail merge untuk saya dan memudahkan urusan saya. Minggu ni saya sibuk dengan penghantaran projek akhir pelajar kena semak semua format mereka. DAn juga kena buat MQA filing yang banyak lagi tak siap...duedate Jumaat ni. Research dan penulisan untuk tahun ni tak start lagi.

Tadi ada sorang kawan tanya, ada bentang paper tak this year....emm...belum lagi kot, tapi ada orang suruh bagi talk dekat Damansara bulan April ni....

Hahahah....itulah kerja akademik pun tak serius lagi, sampai cik abang tanya, apa perancangan akademik ? Memang lah ada nak tulis buku dan sebagainya, nampaknya kena fikir serius lagi lah ...mungkin gabung dengan student ....

Itu jer dulu, ada kerja lagi sambung di rumah pula...inilah wanita bekerja , tak pernah ada masa rehat...kepala pun sakit fikir benda yang tak tercapai lagi.....

Salam Hijrah

03 Mac 2011

Tenang Hati

Memang orang sentiasa akan sebut tenang hati,,,,ada tak orang sebut tenang kepala atau tenang otak....

Maka , jika kita tidak tenang maka hati itu perlu kita beri ubatnya.
Dan hati saya betul2 parah kerana saya sudah tidak tenang....Have to check back all my duties toward God....

Sebab saya sayangkan Allah, kami cinta Allah kami cinta Nabi kami takut Allah kami ikut Nabi....lagu ni kita nyanyi masa kecil2 dulu....

Dulu masa di UIA di Matrik UIA Petaling JAya....hari2 rasa tenang....masa tu rasa dekat saja dan sentiasa bersama Tuhan...God awareness boleh rasa di mana2...sewaktu berjalan, sewaktu naik bas....semuanya ada Tuhan bersama.

Oh Tuhan, bolehkan aku merasa kembali ketenangan dan kedamaian itu....?

Nah, bila tidak rasa Bertuhan itukan betul2 sakit sebenarnya. Kita mengaku ada Tuhan tetapi tidak pernah hadirkan Tuhan dalam hati kita diri kita jiwa kita maka itukan kesakitan yang melebihi dari segala kesakitan.

Moga Allah yang sentiasa memanggil kita dengan diberiNYA pelbagai masalah sentiasa menjemput kita dengan penuh ketenangan juga, di mana hari uban kita ditarik oleh Malaikat Izrail yang mencabut nyawa, ditariknya dengan lembut....hatta saya dipukul sama kawan pun dah terasa sakit apatah lagi nanti sakaratul maut....

Maka, Oh rindunya ingin bersama Tuhan