Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

15 Julai 2011

Ayah dan Ramadan


Rasa berdebar-debar nak tunggu kedatangan bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau dalam keluarga saya ketibaan Ramadan inilah masa untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan berniaga baju Melayu dan baju raya. Tidak pernah lagi ada satu suasana spiritual yang tenang untuk menyambutnya.

Sejak kecil kami akan bersiap sedia menggantung pakaian yang akan dibawa ke bazar Ramadan. Memang ada juga terawih di Masjid dan Jemaah Subuh tetapi selalunya itu hanya pada seminggu awal Ramadan. Dan kebiasaan malam raya pula kami lebih sibuk untuk membuat jualan terakhir di hujung Ramadan dan di awal Syawal.

Kadang2 rasa sedih juga tetapi Takdir tidak boleh disalahkan. Tingkah laku dan contoh yang diberi oleh ayah memang patut dipuji. Ayah walau pun sibuk begitu tetapi setiap hari Subuhnya jarang sekali di rumah, pasti di masjid bejemaah. Walaupun, ayah berniaga Ramadan tetapi selepas pulang dari bazar sehariannya terawih dan solat sunat tidak akan ditinggalkannya. Kalau kakinya sakit, dia akan duduk bersolat dan membaca Al-Quran. Oh, sungguh hebat rasanya ayah.

Tetap mencari ni’mat bulan Ramadan tanpa meninggalkan dunia. Ayah bukan ibadahnya di kala Ramadan tetapi juga seharian. Solat jemaah Maghrib dan Isyak serta Subuh biasanya di Masjid. JIka waktu Subuh, sebelum masuk waktu sudah bangkit, sambil mengisi waktu pagi beserta tahajud beliau sendiri yang mengetik punat mesin basuh pakaian untuk membasuh baju seisi keluarga. Menunggu mesin dan menunggu air mineral di paip ayah sempat minum dan makan biskut. Bekalan biskut ayah sentiasa ada, maka aku kadangkala perlu juga memunggah mata memerhatikan makanan ringan ayah. Jika tidak ada biskut, roti juga boleh beserta air 3 dalam ! the lipton atau kopi yang kosong.

Ayah sememangnya patut dicontohi!

14 Julai 2011

Seloka Penat

Hingga saat ini
Tubuh masih lemah
Kerja yang tertangguh juga banyak
ada lagi kerja yang banyak bakal masuk
dan ada beberapa tempat lagi masih belum berkunjung
nenek di kampung masih belum ziarah

urusan anak2 juga masih bertebaran
pakaian di rumah masih berantakan
sistem kawalan anak2 juga ikut dan

hidup memang meletihkan!

Dari situ perlu ada keberkatan
Berdoa hanya pada Tuhan
Agar pertolongan sentiasa berdekatan!

Mencongak hari membilang masa
Ramadan juga bakal menyusul tiba

Ada kerja baru pula yang baru
Belum ada hati yang jitu
untuk bersatu dengan kerja baru

Memang perlu lagi berkelana
Walau baru balik berkelana
Melihat kampung kelahiran
menziarahi sanak saudara
mengenali budaya sendiri
tetapi sebenarnya sudah asing dalam diri
tetapi masih bersemadi dalam darah daging
Memang seronok berjalan tetapi amat letih

Terima kasih yang membaca
Seloka rojak ku

Baru kau tahu aku memang masih di awangan
melanggar awan bersama
kapal terbang airasia!