Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

19 Ogos 2011

IbuBapa

Salam semua...

Hari ini rasa tersentuh hati sikit bila baca blog kawan blogger yang belajar di Sudan dan posting tentang mak ayah.

Aku percaya semua manusia kalau muhasabah ttg mak ayah dua orang yang bagi kita kasih sayang yang tak boleh dibalas dengan wang ringgit dan apa sahaja semua orang akan terharu dan nangis...

Mak sekarang adalah pesakit buah pinggang dan sentiasa menjalani homodialisis hingga akhir hayatnya. Selang sehari dia akan di bawa ke pusat dialisis untuk cuci buah pinggang. Aku mula2 je temankan dia sekarang ayah, abang ngah atau adik yang akan bawa. Kesian mak mula2 terkena jarum tu memang besar dan sekarang dia dah lali sejak hampir 2 tahun bergelumang dengan jarum.

Jadi, sejak mak sakit emosi mak selalu tak seimbang. Kadang2 hati aku yang kurang sabar ni pun selalu panas.....Kadang2 ada juga rasa marah sebab tak sabar, nauzubillah. Maafkan kakak mak!...

Tapi memang dalam hidup ni aku cuba buat yang terbaik untuk mak dan ayah. Nak tolong mereka, nak kurangkan beban mereka. Kalau aku ada duit banyak memang aku dah tak bagi mak ayah berniaga lagi (ayah lagi2)....tapi aku masih kurang mampu.

Dan aku ingat 6 tahun dulu masa mak betul2 sakit kat hospital, aku cakap dengan mak jangan mati dulu, aku nak bawa mak pergi umrah sama2 pakai duit aku sendiri. Dan entah bila masanya akan tiba. Tapi dalam goal book aku setiap tahun aku tulis dan gambar dan hanya itu saja yang aku tak mampu dapat lagi. Goal yang lain kebanyakannya aku dah capai Alhamdulillah...

Dan 2 -3 hari kebelakangan ini, janji itu masih aku ingat dan dia datang sangat kuat. Aku betul2 kena kerja keras...aku kena buat business semula kot untuk dapat duit cash yang banyak , kalau harap makan gaji ,.....memang jauh lagi impian tu nak tercapai...kecuali dengan kuasa Tuhan di dalam bulan Ramadan lagi2 10 malam terakhir ini.

Suami aku kata, betul2 kena berdoa dan apa yang terlintas Tuhan akan kabulkan. Ya Allah, aku harap aku menjadi anak yang terbaik untuk mak ayah aku hingga kami berjumpa di syurga. Moga doa aku selalu dapat tahan mereka dari panas di kubur dan api neraka. Jangan diseksa mereka ya Allah !

Suami aku selalu ajak aku continue study luar negara, dan aku selalu cakap, tunggu mak ayah takde baru sambung belajar luar negara. Hakikatnya aku tak mampu meninggalkan mereka....aku tak mampu tahan rindu (mungkin orang ingat kelakar dan aku ni tak kuat). Hakikatnya aku memang tidak kuat jika berkaitan dengan mak ayah aku....

Sempena Idul Fitri aku betul2 minta maaf dengan mak ayah .....Mak Ayah...maafkan kakak, kakak selalu tinggalkan mak sorang2....kakak dah kahwin kena jaga suami dan anak2....Allahu waliyu hafiza...sesungguhnya Allah tempat sebaik2 yang menjaga mak dan ayah....

ps: suami juga selalu banyak memahami. Terima kasih abang.

10 Ogos 2011

Tahniah Dr Zaleha

Salam....

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog saya dan mungkin ada yang sentiasa klik menziarahi saya tapi tak ada update setiap hari.....TERIMA KASIH

Saya doakan kalian sentiasa berjaya mengharungi kehidupan dan seperti kalian saya juga sedang berebut ganjaran Allah di bulan puasa ini dan yang penting kasih sayang Allah mendahului segalanya.

Di sini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Datul Dr Zaleha yang telah dilantik sebagai REKTOR UIAM yang baru.

Saya hanya mengenali Dr semasa di UIA melalui ceramah yang dikendalikan di UIA dan di Persatuan Ulama dahulu...

Sesungguhnya saya yakin dengan pemerintahan baru Dr.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.

UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu. Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.

Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.

"Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988," katanya.

Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.

Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pada Mac 2009, beliau menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. - BERNAMA

* Jangan ada kawan terbaca Tahniah Dr SAleha...hahaha..saya masih belum ada pangkat Dr lagi....tengah berusaha tapi belum sampai ..baru depan pintu.