Tahun 2007 aku agak fanatik pada Brazil, yang lain tak minat sebab cuba tak nak westernize kan diri aku, dan dah mmg tabiat aku tak suka sokong apa yang orang ramai suka...kononnya tak nak terikut2.....
Tahun 2000 tengok bola malam2 jer kat TV Mahallat Aminah di UIA. Tahun 2007 aku tonton di rumah saja. Kalahkan laki aku , aku yang berjaga malam. Aku hanya berjaga kalau team Brazil main. Kalau team lain takdelah nak tengok sangat.
So demam bola muncul lagi. Selalu juga aku dengar kalau kat tempat kerja orang datang lambat sebab bangun lambat tengok bola. Arg semua itu musim barangkali , kalau lambat pun nak berdalih bos pun agak2 dah boleh tahu.
Fikir2 semua orang boleh berjaga nak tengok piala dunia. Tapi sebelum tu cuba untuk solat Tahajud dua rakaat dulu sebelum menonton Piala Dunia. Sekurang-kurangnya terasa juga ada hubungan dengan Tuhan dan kedamaian tahajud diperolehi.
Rasullulah s.a.w yang bersabda;
“Wahai manusia, banyakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.
Orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.
Jadi, sebelum tonton Piala Dunia kerjayakan solat sunat dua rakaat dulu. Kalau kita lupa jaga hubungan kita dengan Allah bagaimana kita ingin menjaga hubungan kita sesama manusia , hubungan suami dengan isteri , hubungan majikan dan pekerja, hubungan ibu bapa dengan anak2 dan selainnya, maka hubungan dengan Allah sama2 kita jaga juga.
Untuk pelajar2 tersayang tak kira pelajar tua atau muda, jangan lupa final exam dah dekat jangan lalai lagi. Berusaha yang terbaik.
Nah , jangan lupa juga Piala Dunia ini mainan zionis juga dan jangan lupa sekarang ni zionis sedang memunggar kejatian muslim2 kita di Gaza....maka nya jangan taksub dengan piala dunia sangat.
Tonton Piala Dunia sebelum itu solat tahajud doakan umat Islam di Gaza dan seluruhnya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan