Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

08 Jun 2010

Tabiat

Lewat mlm begini masih tak dapat lelapkan mata....

Anak2 Alhamdulillah sudah labuhkan hari mereka dan akan membuka langkah baru esok.
Semput2 dan hingusan selsema yang leleh , akhirnya tidur juga mereka. Hari ini mama beli mainan millionaire dan baling dadu papannya roket. Saja mama beli nampak murah dan mmg dah berhajat nak beli. Nak ajar Si abang Husin nombor dan cabaran....ada lah yang Husin menang dan ada Husin kalah ....adat bertanding mmg begitu.

Dalam sudut taqwa kepada Allah juga begitu, tapi kita tidak bertanding sesama manusia lain tapi kita bertanding nafsu yang baik dan nafsu yang buruk , siapa yang menang. Kalau kita kuat nafsu buruk akan kalah dan nafsu yang baik menang. Maka bertambah Iman! Dengan bekalan Iman akan memakmurkan diri dan ruh. Maka setiap perkara baik akan dilakukan dan yang buruk akan ditinggal dan dijauhkan.

Bagaimana ingin bertambah Iman setiap hari? Hari ini ada ke amalan yang dapat menambah Iman? Entahlah yer....

Malam ni rasa seperti 6 tahun yang lepas. Sewaktu jejak mama merindu sang tunang pulang untuk diijabkabulkan setelah 4 tahun ditinggalkan. Sekarang rasa itu kembali lagi dan perasaan yang hampir sama menemani lewat malam ini. Kali ini bukan aku saja merindu tetapi dengan bertemankan anak2 yang empat orang. Mereka tidak tunjuk tanda2 rindu, atau anak2 yang kecil ini merindu tapi pandai mereka berlagak kuat. Sungguh bagus mereka ini. Dan bagaimana si anak2 kecil melempiaskan rindu mereka?

Jarang sekali di rumah memetik keyboard menulis sesuatu untuk dipostingkan di dalam blog. Malam ini, ada laptop sepupu minta tolong disimpankan , maka gunakan sebaik mungkin. Artikel yang diberi masih belum disiapkan. Soalan peperiksaan akhir juga baru separuh jalan. Tunggu pulang dari Majlis kahwin Adik baru ingin dilunaskan semua kerja2 yang seminggu sudah bertangguh.

Apapun malam makin lewat, dan aku harus menunggu lagi......sambil mengharap kejutan dan yang terbaik akan terjadi.

Sambil itu berdoa agar Allah beri kekuatan dan pertolongan kepada umat Islam yang ditindas. Baik di Palestin, Filipina, Somalia dan di mana saja. Apapun mmg tangan kuffar amat zalim hanya tunggu kekuatan pejuang Islam akan kembali dan berani untuk bertempur. Dengar2 dari kawan wartawan Utusan, Iran sedang menghantar askarnya untuk berlawan dengan laknatullah Israel.....

Apa lagi kita Umat Islam , Ayuh Bangkit Dari Mimpi .............

Tiada ulasan: