Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

28 Jun 2010

Berlalu Sudah

Alhamdulillah Sabtu baru ni 26-6-2010 dapat entertain kawan baik yang sudah menetap di New Zealand pasangan suami isteri, Narges dan Reza. Dan kerinduan pada narges juga sudah hilang. Walaupun hanya beberapa jam kami menghabiskan masa bersama di bumi Malaysia kerana transit sehari dari New Zealand untuk ke Iran pula menziarahi ibu Reza yang sakit.
Bukan itu sahaja, mereka berdua menghadiahkan kami beberapa barang yang terhingga banyaknya seperti blender panasonic, vakum, beberapa buah pasu bunga IKEA dan yang penting OSIM mesin shake (ala yang goyang badan tu) dan lain-lain lagi. Berkat masuk rumah baru mungkin.
Sebenarnya dalam hidup kita ini, perlu ada beri dan menerima. Begitu juga dengan Tuhan. Kita memberi nilai-nilai yang Tuhan inginkan dan kita akan terima anugerah yang tidak pernah terfikir. Terima kasih pada mereka berdua dan juga yang penting Allah. Kalau nak kira entah berapa harga barangan yang kami dapat.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga pada kedua orang pelajar saya yang membantu mencarikan katil, tilam dan cadar sekitar waktu 8.30 malam. Disebabkan kami berjanji pada mereka berdua untuk mereka tidur di rumah sewa kami maka kami harus menyediakan sedikit kelengkapan untuk mereka di rumah. Untuk sarapan suami sempat membelikan air susu, yogurt, roti lubnan dan jem. Tapi kami tak sempat pergi beli katil dan tilam. Maka kami mengambil keputusan menghubungi Safiyah dan Acha pelajar yang banyak membantu saya walaupun dalam keterbatasan waktu mereka harus bekejar ke Kelantan.
Mereka dapat mencari katil dan tilam dan bangla kedai berjanji akan menghantar malam itu juga. Tapi bila kami sudah sampai sekitar jam 10.30 malam di rumah , katil dan tilam masih belum sampai. Alamak, malunya ! Kami hubungi bangla yang bernama Din dia kata 20 minit lagi, selepas 20 minit tak muncul juga dia kata 20 minit lagi, akhirnya sudah hampir pukul 1 pagi saya kata tak payahlah hantar. Maka tetamu saya hanya tidur di atas toto.
..................................
Semalam Ahad 27 Jun 2010, ada mesyuarat agong alumni sekolah saya, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat atau SAMTEN. Memang hari2 yang saya tunggu, even saya dah maklum pada suami sebulan awal untuk izinnya saya ke sana. Dan Alhamdulillah suami izinkan. Saya amat menanti untuk ke program ini, kerana saya merindui sahabat2 sekolah yang lama. Namun tak ramai yang hadir , TERAMAT DUKACITA, hanya sekitar 25 orang sahaja berbanding AGM yang lalu seramai 75 orang hadir.
Kawan2 saya seperti KakYOng, Elyana, Wawa dan Atul mula2 menyatakan diri untuk hadir akhirnya tak dapat juga datang. Sedihnya saya, tapi tak apa saya dapat bersama AJK yang bersusah payah bergerak dalam membina ALUMNI seperti UStaz Amin (Kadi KAjang), Ag HAirul (orang yang bersusah payah gerakkan Alumni) dan beberapa orang lagi. Saya juga dapat berjumpa Salina Marhamah junior yang pernah berada dalam tarbiyah saya semasa dia di tingkatan 1 dan 2.
Saya berdoa agar kesusahan dan kepayahan mengerakkan SAMTEN ni akan bersinar suatu hari nanti.
Oh ye, saya juga berjumpa guru kelas kami @ guru Bahasa Melayu semasa di PMR dulu, Cikgu Rujinah. Sudah pencen cikgu tapi tetap kelihatan sihat. Tak sangka dia masih ingat nama saya, hahaha, Alhamdulillah (dalam hati saya mmg pelik sebab cikgu2 sekolah Rendah dan Menengah kalau jumpa saya terus ingat nama saya , SALEHA). Cikgu Rujinah semasa saya jabat tangannya terus menyebut nama saya SALEHA. Sebab tu ada kawan saya yang dulu bekas ketua asrama Puteri tak suka jalan dengan saya kalau pergi sekolah sebab cikgu2 tak ingat nama dia tapi ingat nama saya. Saya bukan orang yang popular di sekolah tapi saya rasa cikgu2 mengenali saya ketika tingkatan 4, sebab saya seorang saja dari kelas 3.1 dulu tidak pindah ke sekolah lain. Semua pelajar dalam kelas 3.1 mendapat markah yang agak bagus dalam PMR dan semua pindah sekolah. OOO, bukan result saya tak bagus maka saya tak pindah walaupun ada tawaran, tapi saya sayang dan kesian kan sekolah, saya fikir kesian cikgu2 dah penat2 ajar budak pandai semua nak pergi maka saya ambil keputusan tetap berada di SAMTEN. PLus saya amat sayangkan sekolah SAMTEN!.
Saya dengar kehadiran yang sedikit kali ini kerana ada batch yang tak puas hati dengan batch yang lain....oooo...itu saya fikir budaya yang tidak baik. Just support sekolah sebenarnya. Buangkan perasaan negatif dan bersama sekolah untuk membina sekolah yang pernah kita duduk dahulu. MAdrasah yang membina sahsiah kita dan bukan sahaja akademik kita....
Ingatlah anda di mana sebelum ini!

Tiada ulasan: