Sudah lama tak menulis. Biasalah agaknya sebab tak ada isu ....
Apapun sebenarnya mmg banyak perkara terjadi di kolej, di rumah , family dan sebagainya ....semuanya ada perkembangan . Ada yang baik dan yang buruk ....apapun semuanya ujian nak tengok samada kita ni manusia yang kuat atau sebaliknya.
Jadual setiap minggu agak padat dengan kelas separuh masa dan aktiviti-aktiviti keluarga (termasuk perkahwinan adik ipar). Tapi Alhamdulillah minggu ni tak jadi program yang dirancangkan. Ada salah faham di peringkat sebelah pihak , kononnya nak buat kursus kahwin tapi ada salah faham pihak JAIS dengan pentadbiran yang lain. Memang rasa marah, geram dan sebagainya tapi bila difikirkan sabtu ahad ni untuk anak2 mungkin. Sebab ayahnya pun takde Sabtu Ahad ni. Terbang jauh ke Arab sana, ada banyak hal perlu diselesaikan dan amat penting. Pergi nya pulak 20 Jamadil Akhir sempena anniversary kami yang ke 6.
Dah enam tahun kawin rupanya.
Apapun, di sini saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada suami saya yang tahan dengan perangai saya, emosi saya dan kerenah saya. Dia adalah putera yang dikirimkan untuk saya. Terima Kasih Tuhan ......
2 ulasan:
terima kasih mama...
abah bukanlah putera terbaik kiriman Tuhan..
Mama sebenarnya bidadari bersayap malaikat, memayungi kami; abah dan anak2 dengan kasih sayang...
terima kasih Tuhan..
Kerana itu adalah tugas ku di dunia ini...moga syafaat di akhirat dapat diperolehi....
Bersama kita sejati mencari CINTA AGUNG ILAHI
Catat Ulasan