Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

23 Jun 2009

Sebuah Pertemuan Hati

Selamat datang 1 Rejab, kau kembali mengharumkan tahun-tahun dahulu dan menyuburkan jiwa hamba2 yang kering berzikir dan mengingati Mu.

Dulu......bila tiba bulan ini, aku terus teringat kenangan bercinta dengan suami ku. Kerana malam ini, kami berkata putus bahawa aku dicipta untukmu dan kau dicipta untukku oleh ALLAH, dan kami bertemu di dalam bulan ALLAH.


Kami raikan dengan berpuasa 3 bulan berturut2 kerana meraikan cinta ini, malam ini malam 1 Rejab, aku tidak dapat menyambut bersama suamiku. Kerana panas hangat tubuh demam dan sakit kepalanya. Aku tidak menganggu dia, biar dia berehat kerana tubuhnya sentiasa bekerja dan mindanya sentiasa berfikir...... Dia perlu berehat.

Petikan cerita di bawah adalah sebahagian yang aku kutip dari helaian buku2 kami yang belum diterbitkan dan masih dalam proses menyiapkannya:


Telah terpisah oleh fahaman yang berbeza, pada awal Rejab bertahun yang lalu, lelaki itu menerima panggilan telefon yang membuat hatinya tersentak resah. Suara cintakah yang diterimanya? Yang jelas,ada hasrat ingin berkongsi cerita dan itu pasti sesuatu yang biasa. Saling mengerti adalah keindahan yang kerap ditemukan dalam pelbagai hubungan. Bagaimana dengan saling mengerti yang dalam? Mungkin itu cinta. Tetapi penulis cerita anak Antoine deSaint-Exupery menyatakan, “Cinta tidak terdapat dalam keadaan ketika kedua pihak selalu bersama, tetapi ketika keduanya memiliki pandangan keluar dengan cara yang sama kerana kesamaan tujuan”.
Cinta, kerana sering bersama, tidak harus selalu berwarna jingga. Ia boleh jadi putih; dilandasi tawadan derita yang berbeza tetapi sama kualitinya, dan dipenuhi idea yang saling berdialog kerana tujuan luhur dan jujur yang sama. Cinta ini universal, boleh memapar segala rasa dan memiliki keindahan utama dari sebuah makna.
Jadi panggilan telefon itu boleh diertikan sebagai suara cinta juga; tetapi sangat dipenuhi oleh pedihnya pertarungan berusaha mendekati Yang Maha Mencintai. Di dalamnya tidak hanya ada usaha untuk tunduk, tetapi juga kejujuran untuk berontak."Saya yakin ada saling pengertian yang dalam di antara kita. Saya ingin meletakkan hati saya. Sungguh maafkan saya. Saya merasa hati ini selalu diusik oleh....",sayup perempuan itu memulakan, juga resah. Lelaki penerima panggilan itu tersentak. Sungguh dia merasa seluruh tenaganya diperah habis hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri bahawa persahabatan spiritual yang dijalinkan beberapa bulan ini akan berakhir dengan sebuah kenyataan mengasyikkan. Kebersamaan mereka akan sangat bermakna untuk saling menyaksikan bahawa keduanya sudah menemukan janji dari Tuhan mereka.
Mereka bertemu dalam sebuah pejabat persatuan Islam di ibukota. Mereka sering bersama dalam program-program motivasi dan seminar. Pernah mereka mengalami hujan dan guruh yang menggegar tapak khemah ibadah sebagai tasbih yang mendirikan buluroma. Ketika mereka seia-sekata; mawar turut kembang dan pepohon di luar pun ikut menundukkan ranting. Mereka berjanji saling menerima kekurangan, memperbaiki kesalahan, dan dalam saat yang sama, belajar mencintai Tuhan. Bukankah semua itu terlalu bermakna?
Tetapi, lelaki itu sungguh mengerti. Sang gadisnya kini menjadi seorang yang super-sibuk di sebuah pusat pengajian antarabangsa. Untuk mengejar cita-cita, dia biasa tidak tidur atau makan berhari-hari. Sesekali kesantunan feminin tradisional yang mengurung wanita pulang larut malam, berani, aktif, bersaing, terlibat dalam jaringan kerja yang luas, terpaksa membiarkan dirinya bebas, meskipun masih dalam jilbab seorang muslimah yang taat. Jadi, apa lagi yang harus difikirkan. Hanya mampu dikirim sebagai ingatan adalah sebuah inti yang terlalu singkat, "Jadilah dirimusendiri, dengan namaNya. Pada prosesmu, aku selalu percaya." Lalu proses cinta itu terus bergerak. Dan tiga hari kelmarin, dia menerimanya sebuah surat elektronik lagi.
"...Jika jiwamu resah, tanyalah pada hatimu yang merindui. Sesungguhnya pada rindu itu ada cahaya bagiku, dikaulah cahaya rinduku!” Dan sekali lagi lelaki itu tersentak. Pertemuan hati ini, betapa indahnya..."
Bulan ini seharusnya kita umat manusia mencari Tuhan kerana bulan ini adalah bulan Tuhan, ini adalah pintu untuk memasuki bulan Syaaban dan Ramadhan......sempurnakanlah kerana takut kita tidak sempat.

12 Jun 2009

BUKA / TUTUP

sumber:www.zaharuddin.net

2 MINGGU LAGI...

Semalam saya ke rumah (Deni-Dina) menziarahi Dina yang selamat bersalin anak perempuan seberat 2.7 kg. Mereka berdua adalah pelajar antarabangsa (part time) saya. Kepada mereka berdua tahniah juga saya ucapkan, jaga anak elok2.....

Dina juga pantang betul2, pakai stoking jangan angin masuk dalam badan.

Hari ini saya beritahu suami yang saya nak berkongsi dalam blog tentang mereka berdua. Pertemuan semalam, saya mengambil dua iktibar yang berjaya mengusik dan menyentuh jiwa.

1. Tentang cerita Deni yang terus menelefon ibunya di kampung selepas menyaksikan detik perjuangan Dina melahirkan anak. Deni menelefon ibunya meminta maaf atas kesalahan dirinya selama ini sejak ibu melahirkan hingga sekarang. Deni sangat terkesan setelah menyaksikan isteri kesayangannya bersusah-payah menyabung nyawa demi melahirkan seorang insan.

Saya juga lepas bersalin, melihat ibu langsung menangis, bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada ibu. Bagi saya, semua perempuan di dunia ini yang bersalin harus mengingati jasa dan pengorbanan seorang ibu.

2. Saya mendengar cerita pertemuan dan perkenalan mereka. Menariknya, walaupun mereka belajar di kolej yang sama tetapi mereka tidak pernah berjumpa. Hinggalah suatu hari untuk pertama kali Deni bertemu Dina di perpustakaan dan terus cuba menawan hatinya. Tetapi dengan kemurniaan hati dan sifat solehahnya, Dina memberitahu Deni bahawa dia tidak mahu mempunyai hubungan yang tidak sah. Dina tidak mahu berpacaran bimbang ada maksiat walaupun dalam perkara yang paling kecil (mereka yang bercinta sebelum kahwin tentu tahu!).
Indahnya, mereka ingin berada di landasan agama yang benar dan menurut saya walaupun dalam usianya yang muda, Dina dapat berfikir dengan baik. Yerlah, pacaran itu pada saya tidak punya istilah di dalam Islam. Kalau kita hanya bercinta untuk berseronok itu apa?

Nah, tentunya ada orang yang akan bertanya, macam mana hantaran, belanja kawin dan sebagainya? Itu pada saya bukan perkara pokok, tidak seperti orang sekarang kawin semuanya nak TERLALU sempurna. Mesti ada DJ yang bising2 di tengah hari, pastu buka lagu ntah haper2, bunga telurlah, dan macam2 lagi yang semuanya pada saya bersifat material. Jarang kita lihat majlis2 yang diwarnai dengan sentuhan spiritual yang membawa ingatan kepada Allah.

Ntahlah.........
Apapun 2 minggu lagi saya akan:

-rasmi letak jawatan jaga koperasi...

-kursus di UTAR Centre

-attend seminar Ibn Arabi di UM. (thesis Insan Kamil dulu tu ada jugak cerita bab Ibn Arabi)

-pelajar modular exam final.

"Semoga 2D menempuh hari2 dengan kebaikan dan kebahagian bersama puteri mereka yang diberkati Linda NurNabila Pamir."

Demam


Sudah beberapa lama anak2 ku tak demam. Malam tadi badan zahrah terasa panas tidur di sebelah ku. Aku melihat jam sudah pukul 3.15 pagi. Ingatkan pagi nak bawa ke klinik, alih-alih pagi tengok ok jer.


Bagaimanapun kami sekeluarga tetap 'bersyukur'. Kebelakangan ni jarang benar kami nak berjaga malam. Tangisan si Zahra menyedarkan kami. Panas badan dan sakit-sakit tubuh Zahra rupanya wasilah untuk kami memperbaiki dan mencari kesempurnaan diri. Mungkin Tuhan sedang 'rindu' untuk mendengar rintihan kepadaNya.


Kami ambil kesempatan itu untuk berbisik kepada Tuhan, Ya Allah, hulurkankan kesabaran kepada kami dalam dugaanMu ini. Jadikan penat longlai kami ini sebagai tanda ingatan kasihMu. Sungguh, kami memerlukan 'tangga' untuk naik ke ribaan rinduMu. Dan sekarang, oh Tuhan, sihat anakku telah Engkau cabut untuk membina bilah-bilah tangga itu. Engkau Maha Mengetahui sudah sekian lama kami tidak bersamaMu, entah kerana alpa entah kerana dosa. Lalu sekarang, Engkau telah bangunkan sebuah daerah kesunyian untuk berkasih. Oh, Tuhan terimalah kami.


Jika suatu ketika Engkau kembalikan sihat anak kecil ini, janganlah kami ditinggalkan lagi..perkenankanlah Ya Ilahi...

05 Jun 2009

Maklumat Ujian Pengukuran-Modular

MARKAH PELAJAR MODULAR
SEMESTER 1 SESI JANUARI 2009
UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM SAINS SOSIAL (PSY 2113)

PENILAIAN:
-Latihan
10%
-Tugasan
10%
-UPS
30%
-Pbtgn
10%
-Bonus
-Markah 60%

MARKAH PELAJAR:

1. 0707 1944
7
7
24
5
2
=45

2. 0707 1776
9
8
15
8
7
=47

3. 0801 1956
-
8
11
7
2
=28

4.0707 1783
9
8
15
7
2
=41

5. 0801 1939
9
8
13
7
2
=39

6. 0801 1931
8
7
25
7
2
=49

7. 0707 1753
9
7
13
9
0
=38

8. 0707 1760
9
8
22
8
2
=49

9. 0707 1767
9
8
20
9
2
=48

10. 0707 1775
9
8
27
9
2
=55

11. 0707 1746
7
8
26
-
2
=43

12. 0701 1666
-
-
-
8
2
=10

13. 0801 1913
8
8
15
8
2
=41

14. 0701 1636

-
-
-
-
0
=
MAKLUMAT PEPERIKSAAN AKHIR:
1. Ada 3 bahagian, A, B dan C
2. Bahagian A isi tempat kosong
Contoh:
Berapakah jenis kesahan?
........................................

3. Bahagian B soalan esei panjang
Contoh:
Psikologi berasal dari perkataan Greek iaitu psycho bermaksud jiwa dan logos bermaksud kajian. Psikologi bermaksud mengkaji tentang jiwa dan mental manusia secara saintifik.

Dengan menggunakan format item yang telah anda pelajari, reka dua soalan untuk menguji pengetahuan pelajar tentang definisi ’psikologi’ di atas. Soalan ujian hendaklah mengandungi format yang berlainan. Terangkan tiga ciri utama bagi setiap ujian yang dibina.
4. Bahagian C
Soalan Statistik.
................................................................................]
1.Berikan tumpuan kepada definisi ujian dan ukuran.
2. Ujian minat kerjaya (VPI dan SDS)
3. Kesahan
4. Kebolehpercayaan dan jenis-jenis
5. Statistik
6. Jenis2 dan Contoh2 Ujian
7. Kesahan kandungan
8. personaliti dan ujian personaliti
Baca buku teks sahaja dan sedikit nota yang saya beri.
Selamat Menjawab dan Selamat Maju Jaya.
PS: Anda tidak perlu jawab soalan penilaian kerana anda sudah mengisi secara manual.
Terima kasih. Selamat Maju Jaya
















































04 Jun 2009

MARKAH DAN MAKLUMAT

PEMBAHAGIAN MARKAH:
Tugasan Kump.
15%

UPS
30%

Assignment
15%

Markah 60%

1.0901 2087
12.5
23
12
=47.5

2. 0901 2046
12.5
27
12
=51.5

3.0901 2054
12.5
22
9
=43.5


4.0701 1647
11.5
26
9
=46.5

5.0901 2053
10
15
14
=39

6.0901 2075
10
6
=16

7.0901 2079
-
-
0

8.0801 1938
11
24
=35

9.0901 2055
12.5
20
=32.5

10.0807 2014
11
22
=33

11.0901 2052
11.5
14
=25.5

12.0901 2090

-
-
0

13.0701 1637
11
18
=29

14.0901 2093
10
18
=28

15.0607 1563
11
18
=29

16.0901 2065
10
10
=20

17. 0901 2124
10
16
=26

18.0601 1545
11.5
21
=32.5


MAKLUMAT PEPERIKSAAN AKHIR

Selamat menghadapi peperiksaan. Minta maaf kerana tidak dapat hadir di dalam kelas terakhir. Apapun di bawah ini terdapat maklumat yang berguna untuk pelajar:

1. Sila semak semula ujian peperiksaan pertengahan semester.

2. Ada 2 bahagian , bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 18 soalan aneka pilihan. Bahagian B mengandungi 6 soalan esei pendek. Soalan 1 wajib jawab dan jawab 3 soalan daripada 5 soalan yang seterusnya.

3. Topik yang perlu ditekankan adalah.

-Definisi dan matlamat ilmu psikologi

-Sejarah aliran psikologi.

-Perkembangan dewasa

-Teori pembelajaran

-Kecelaruan psikologi

-Memori dan Kaedah mengingat

Itu sahaja, selamat berjaya!


KLIK DI BAWAH UNTUK MENGISI BORANG PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Click Here to take the survey

01 Jun 2009

LETIH

Alhamdulillah ......

Sangat penat selepas kenduri walimah sepupu saya ROKIAH ABDULLAH & WAN MOHD KHAIRUL AZHAR.

Saya rasa ini perkahwinan yang meriah juga lah, dengan aturcara majlis yang baik (mentang2 saya jadi protokol). Penat kerja protokol sebab kena fikir lepas tu kena gerak tangan dan kaki kena jalan juga untuk pasti semua acara berjalan dengan baik.

Apapun sangat LETIH !