Sudah beberapa lama anak2 ku tak demam. Malam tadi badan zahrah terasa panas tidur di sebelah ku. Aku melihat jam sudah pukul 3.15 pagi. Ingatkan pagi nak bawa ke klinik, alih-alih pagi tengok ok jer.
Bagaimanapun kami sekeluarga tetap 'bersyukur'. Kebelakangan ni jarang benar kami nak berjaga malam. Tangisan si Zahra menyedarkan kami. Panas badan dan sakit-sakit tubuh Zahra rupanya wasilah untuk kami memperbaiki dan mencari kesempurnaan diri. Mungkin Tuhan sedang 'rindu' untuk mendengar rintihan kepadaNya.
Kami ambil kesempatan itu untuk berbisik kepada Tuhan, Ya Allah, hulurkankan kesabaran kepada kami dalam dugaanMu ini. Jadikan penat longlai kami ini sebagai tanda ingatan kasihMu. Sungguh, kami memerlukan 'tangga' untuk naik ke ribaan rinduMu. Dan sekarang, oh Tuhan, sihat anakku telah Engkau cabut untuk membina bilah-bilah tangga itu. Engkau Maha Mengetahui sudah sekian lama kami tidak bersamaMu, entah kerana alpa entah kerana dosa. Lalu sekarang, Engkau telah bangunkan sebuah daerah kesunyian untuk berkasih. Oh, Tuhan terimalah kami.
Jika suatu ketika Engkau kembalikan sihat anak kecil ini, janganlah kami ditinggalkan lagi..perkenankanlah Ya Ilahi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan