Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

23 Jun 2009

Sebuah Pertemuan Hati

Selamat datang 1 Rejab, kau kembali mengharumkan tahun-tahun dahulu dan menyuburkan jiwa hamba2 yang kering berzikir dan mengingati Mu.

Dulu......bila tiba bulan ini, aku terus teringat kenangan bercinta dengan suami ku. Kerana malam ini, kami berkata putus bahawa aku dicipta untukmu dan kau dicipta untukku oleh ALLAH, dan kami bertemu di dalam bulan ALLAH.


Kami raikan dengan berpuasa 3 bulan berturut2 kerana meraikan cinta ini, malam ini malam 1 Rejab, aku tidak dapat menyambut bersama suamiku. Kerana panas hangat tubuh demam dan sakit kepalanya. Aku tidak menganggu dia, biar dia berehat kerana tubuhnya sentiasa bekerja dan mindanya sentiasa berfikir...... Dia perlu berehat.

Petikan cerita di bawah adalah sebahagian yang aku kutip dari helaian buku2 kami yang belum diterbitkan dan masih dalam proses menyiapkannya:


Telah terpisah oleh fahaman yang berbeza, pada awal Rejab bertahun yang lalu, lelaki itu menerima panggilan telefon yang membuat hatinya tersentak resah. Suara cintakah yang diterimanya? Yang jelas,ada hasrat ingin berkongsi cerita dan itu pasti sesuatu yang biasa. Saling mengerti adalah keindahan yang kerap ditemukan dalam pelbagai hubungan. Bagaimana dengan saling mengerti yang dalam? Mungkin itu cinta. Tetapi penulis cerita anak Antoine deSaint-Exupery menyatakan, “Cinta tidak terdapat dalam keadaan ketika kedua pihak selalu bersama, tetapi ketika keduanya memiliki pandangan keluar dengan cara yang sama kerana kesamaan tujuan”.
Cinta, kerana sering bersama, tidak harus selalu berwarna jingga. Ia boleh jadi putih; dilandasi tawadan derita yang berbeza tetapi sama kualitinya, dan dipenuhi idea yang saling berdialog kerana tujuan luhur dan jujur yang sama. Cinta ini universal, boleh memapar segala rasa dan memiliki keindahan utama dari sebuah makna.
Jadi panggilan telefon itu boleh diertikan sebagai suara cinta juga; tetapi sangat dipenuhi oleh pedihnya pertarungan berusaha mendekati Yang Maha Mencintai. Di dalamnya tidak hanya ada usaha untuk tunduk, tetapi juga kejujuran untuk berontak."Saya yakin ada saling pengertian yang dalam di antara kita. Saya ingin meletakkan hati saya. Sungguh maafkan saya. Saya merasa hati ini selalu diusik oleh....",sayup perempuan itu memulakan, juga resah. Lelaki penerima panggilan itu tersentak. Sungguh dia merasa seluruh tenaganya diperah habis hanya untuk meyakinkan dirinya sendiri bahawa persahabatan spiritual yang dijalinkan beberapa bulan ini akan berakhir dengan sebuah kenyataan mengasyikkan. Kebersamaan mereka akan sangat bermakna untuk saling menyaksikan bahawa keduanya sudah menemukan janji dari Tuhan mereka.
Mereka bertemu dalam sebuah pejabat persatuan Islam di ibukota. Mereka sering bersama dalam program-program motivasi dan seminar. Pernah mereka mengalami hujan dan guruh yang menggegar tapak khemah ibadah sebagai tasbih yang mendirikan buluroma. Ketika mereka seia-sekata; mawar turut kembang dan pepohon di luar pun ikut menundukkan ranting. Mereka berjanji saling menerima kekurangan, memperbaiki kesalahan, dan dalam saat yang sama, belajar mencintai Tuhan. Bukankah semua itu terlalu bermakna?
Tetapi, lelaki itu sungguh mengerti. Sang gadisnya kini menjadi seorang yang super-sibuk di sebuah pusat pengajian antarabangsa. Untuk mengejar cita-cita, dia biasa tidak tidur atau makan berhari-hari. Sesekali kesantunan feminin tradisional yang mengurung wanita pulang larut malam, berani, aktif, bersaing, terlibat dalam jaringan kerja yang luas, terpaksa membiarkan dirinya bebas, meskipun masih dalam jilbab seorang muslimah yang taat. Jadi, apa lagi yang harus difikirkan. Hanya mampu dikirim sebagai ingatan adalah sebuah inti yang terlalu singkat, "Jadilah dirimusendiri, dengan namaNya. Pada prosesmu, aku selalu percaya." Lalu proses cinta itu terus bergerak. Dan tiga hari kelmarin, dia menerimanya sebuah surat elektronik lagi.
"...Jika jiwamu resah, tanyalah pada hatimu yang merindui. Sesungguhnya pada rindu itu ada cahaya bagiku, dikaulah cahaya rinduku!” Dan sekali lagi lelaki itu tersentak. Pertemuan hati ini, betapa indahnya..."
Bulan ini seharusnya kita umat manusia mencari Tuhan kerana bulan ini adalah bulan Tuhan, ini adalah pintu untuk memasuki bulan Syaaban dan Ramadhan......sempurnakanlah kerana takut kita tidak sempat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terharunya baca kita dua hati ini bersatu. Dari dulu, hati saya berkata kak saleha ini istimewa orangnya. Kalau buku ini berjaya diterbitkan , saya ingin menjadi orang pertama untuk memilikinya. Saya kenal lebih mendalam seorang wanita bernama SALEHA IDRIS

Unknown berkata...

terima kasih atas ulasan anda, takdelah terharu sangat , just nak ponder some ayat2 cinta jer