Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

12 Jun 2009

2 MINGGU LAGI...

Semalam saya ke rumah (Deni-Dina) menziarahi Dina yang selamat bersalin anak perempuan seberat 2.7 kg. Mereka berdua adalah pelajar antarabangsa (part time) saya. Kepada mereka berdua tahniah juga saya ucapkan, jaga anak elok2.....

Dina juga pantang betul2, pakai stoking jangan angin masuk dalam badan.

Hari ini saya beritahu suami yang saya nak berkongsi dalam blog tentang mereka berdua. Pertemuan semalam, saya mengambil dua iktibar yang berjaya mengusik dan menyentuh jiwa.

1. Tentang cerita Deni yang terus menelefon ibunya di kampung selepas menyaksikan detik perjuangan Dina melahirkan anak. Deni menelefon ibunya meminta maaf atas kesalahan dirinya selama ini sejak ibu melahirkan hingga sekarang. Deni sangat terkesan setelah menyaksikan isteri kesayangannya bersusah-payah menyabung nyawa demi melahirkan seorang insan.

Saya juga lepas bersalin, melihat ibu langsung menangis, bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada ibu. Bagi saya, semua perempuan di dunia ini yang bersalin harus mengingati jasa dan pengorbanan seorang ibu.

2. Saya mendengar cerita pertemuan dan perkenalan mereka. Menariknya, walaupun mereka belajar di kolej yang sama tetapi mereka tidak pernah berjumpa. Hinggalah suatu hari untuk pertama kali Deni bertemu Dina di perpustakaan dan terus cuba menawan hatinya. Tetapi dengan kemurniaan hati dan sifat solehahnya, Dina memberitahu Deni bahawa dia tidak mahu mempunyai hubungan yang tidak sah. Dina tidak mahu berpacaran bimbang ada maksiat walaupun dalam perkara yang paling kecil (mereka yang bercinta sebelum kahwin tentu tahu!).
Indahnya, mereka ingin berada di landasan agama yang benar dan menurut saya walaupun dalam usianya yang muda, Dina dapat berfikir dengan baik. Yerlah, pacaran itu pada saya tidak punya istilah di dalam Islam. Kalau kita hanya bercinta untuk berseronok itu apa?

Nah, tentunya ada orang yang akan bertanya, macam mana hantaran, belanja kawin dan sebagainya? Itu pada saya bukan perkara pokok, tidak seperti orang sekarang kawin semuanya nak TERLALU sempurna. Mesti ada DJ yang bising2 di tengah hari, pastu buka lagu ntah haper2, bunga telurlah, dan macam2 lagi yang semuanya pada saya bersifat material. Jarang kita lihat majlis2 yang diwarnai dengan sentuhan spiritual yang membawa ingatan kepada Allah.

Ntahlah.........
Apapun 2 minggu lagi saya akan:

-rasmi letak jawatan jaga koperasi...

-kursus di UTAR Centre

-attend seminar Ibn Arabi di UM. (thesis Insan Kamil dulu tu ada jugak cerita bab Ibn Arabi)

-pelajar modular exam final.

"Semoga 2D menempuh hari2 dengan kebaikan dan kebahagian bersama puteri mereka yang diberkati Linda NurNabila Pamir."

Tiada ulasan: