Seringkali manusia yang bersabar dikait dengan orang yang lemah, tidak mampu melawan orang yang lebih perkasa darinya, tidak kiralah orang yang disabari itu kuat dari fizikalnya, pangkatnya, mulutnya atau fikirannya. Namun yang jelas di dalam Al-Quran disebut "fasabrun jamil", "fasabrun" maka bersabarlah, merupakan fiil amar yang merupakan perintah. "Jamil" merupakan hal yang bermaksud cantik atau indah. (Nak ganti Ustzh Shila pula ngajar B. Arab lepas ni), rasa macam dah tak nak ajar subjek psikologi pulak...hahahaha.....(Takdelah pandai sangat B. Arab , tapi masa sekolah dulu termasuk yang terer B. Arab, sampai apply UIA nak ambik kos Bahasa Arab. Namun, Tuhan letak dalam psikologi, mungkin sebab nak suruh ubah diri dan ubah manusia sejagat jugak....)
Rasulullah SAW adalah idola dalam setiap apa yang kita lakukan, sama ada nak berjaya dari sudut ESQ, IQ atau PQ. Beliau banyak bersabar, bersabar kerana dirinya dilaser oleh orang Quraisy kerana dikatakan "gila" dan buat kerja tak masuk akal. Kesian Rasulullah selalu kena laser.....kita yang manusia biasanya ni, kalau kena laser , hendaklah juga bersabar seperti Nabi. Doakan saja orang yang lebih berkuasa dari kita itu mendapat inayah dan hidayah Allah.Nabi kata: "Patient at the first strike". Sabar sebenar adalah ketika mula-mula kita di timpa ujian itu.
Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.
Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.
Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.
Rasulullah SAW adalah idola dalam setiap apa yang kita lakukan, sama ada nak berjaya dari sudut ESQ, IQ atau PQ. Beliau banyak bersabar, bersabar kerana dirinya dilaser oleh orang Quraisy kerana dikatakan "gila" dan buat kerja tak masuk akal. Kesian Rasulullah selalu kena laser.....kita yang manusia biasanya ni, kalau kena laser , hendaklah juga bersabar seperti Nabi. Doakan saja orang yang lebih berkuasa dari kita itu mendapat inayah dan hidayah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96).
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96).
Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.
Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.
Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.
Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.
Jadi, Alhamdulillah kerana semua orang ada konsep sabar dalam diri masing-masing, bayangkan kalau Nabi2 dan Rasul2 tidak ada kesabaran. Bagai mana penerusan syiar Islan boleh berkembang. Kerana indahnya sabar Nabi dan Rasul maka kita harus raikan untuk kita contohi dan teladani (di sinilah perlunya teori Albert Bandura, teori permodelan)
Ya, memang susah nak bersabar, kerana hati terlampau sakit, tindakan juga akan lebih berupa "pengelakan" kepada orang yang sedang disabarinya. Kerana itu ada peneguhan negatif untuk orang yang disabari itu. Supaya dia sedar bahawa kerana mulut badan binasa, kalau bukan badan dia mungkin badan orang lain.
Nah, hakikatnya jangan main2 dengan orang yang bersabar kerana setiap doanya itu ada Allah bersama.
Yang best sekali tentang orang yang sabar ni, orang yang sabar itu, dia takut dengan Tuhan. Takutkan Tuhanlah pendorong bagi sifat sabar.
* Artikel yang ditulis tiada atau mungkin ada kaitan dengan sesiapa tidak kira hidup, mati atau yang belum lahir lagi. Sesiapa yang terasa dia lah paling banyak makan cili. Fuh! Pedasssss.....
1 ulasan:
pernah ada yang bertanya pada saya,
"kenapa tak pernah balas balik perbuatan orang yang aniaya kamu?"
saya jawab, "biarlah Allah s.w.t saja yang membalas."
sedaya upaya saya sabar. tapi takleh sabar gak. hehehe... sbb saya dok mengumpat keburukan orang tersebut kat belakang. (mmg ampeh)
dan orang2 yang berkenaan selalu tuduh saya lemah, bodoh sbb tak 'membalas'. tapi bagi saya... Allah s.w.t itu Maha Adil. Dia akan menunjukkan kebenarannya kelak.
dan saya sedaya upaya.... SABAR. moga Allah s.w.t menganugerahkan kekuatan untuk bersabar dalam diri saya, puan dan yang lainnya..
"sabar itu separuh daripada iman"
Catat Ulasan