HAK ANAK-ANAK KITA DI DALAM ISLAM
Diadun kembali Oleh : Pn Saleha Idris
Sebagai ibubapa yang berkualiti mari kita buat checklist tentang hak-hak anak kita. Lihat sama ada kita sudah tunaikan atau belum.
Hak-hak yang perlu ditunaikan adalah :
1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia.
Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah
kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah.
Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”
2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah.
Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut.
Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.
3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang
ketujuh dari kelahiran bayi.
Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi.
Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan
seekor untuk Husain.
4. Memberi nama yang baik.
Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".
Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.
5. Hak Menyusu.
Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)
6. Mengkhatannya.
Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misai,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.
Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:
i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam
Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat
setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)
Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan
adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah
"millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai
"khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara
permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini
menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.
7.Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya
anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari
perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan
kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah
mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:
i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia
merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan
pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah
diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah
putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti
agamanya.
ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah
SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun
dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat
tidur.”
iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik
kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan
ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka
dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan
teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.
iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada
anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah
anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu
dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash
Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan
pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian alam ini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil
iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah
dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.
vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti
bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab
ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan
ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan
harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum
memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya
kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik
lahir dari tubuh badan yang sihat".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan