Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

20 April 2010

Kisah Hasan

Malam masih belum terlalu lewat, mungkin sekitar jam 10. Tiba-tiba si Hasan yang terjun dari atas meja berteriak kuat. Kakinya terseliuh. Dalam serba salah kami memutuskan untuk menghantarnya kepada tukang urut. Dalam perjalanan, di tengah jalan dan di tengah malam, kereta kami kehabisan minyak. Tak jadi ke tukang urut, kami bergegas ke bahagian kecemasan hospital. Setelah menunggu beberapa lama, hasil x-ray tidak menunjukkan tanda-tanda retak atau patah, Alhamdulillah.
Namun doktor bertegas agar dia ditahan di wad. Kesempatan malam itu, kami bercerita tentang manusia sekeliling di wad yang dilanda seribu satu masalah. Kesedihan, tangisan, kesetiaan, penderitaan, penyesalan dan kasih sayang membungkus perasaan mereka semua, termasuk kami. Esoknya dia di x-ray lagi di bahagian pinggang. Pun tidak ada tanda-tanda kecederaan serius. Akhirnya sekitar jam 6 petang kami dibenarkan pulang. Alhamdulillah.
Untuk kisah benar ini, kami kongsikan artikel pendek berikut;Menurut pandangan Islam, perbuatan buruk insan memiliki peranan yang penting dalam masalah dan musibah kehidupannya. Al Qur’an menjelaskan:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan salah dan dosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah Syura: ayat 30)
Ketika menjelaskan dan menafsirkan ayat ini Saidina Ali k.w.j berkata: "Hindarilah dosa kerana semua bala dan kekurangan rezeki adalahnya akibat dosa; termasuk gatal badan, jatuh dan mendapat musibah."Jika manusia yakin bahawa segala perbuatan buruknya boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupannya di dunia, dan akan membebankannya setelah kematian, maka dia tidak akan sanggup melakukan perbuatan buruk.Jika keyakinan ini semakin kuat, dia akan menjadi asas dalam pembentukan manusia yang saleh.
Syeikh Rajab Ali Khayyati, tukang jahit ‘arif adalah salah seorang yang dikurniakan Basirah Ilahiyah dan pandangan Barzakhi untuk melihat hubungan perbuatan buruk dan kesulitan hidup. Dengan pandangan ini, dia sering menasihati masyakarat dan membuka simpul beban hidup serta musibah mereka. Sederhana tapi jelas, beliau membimbing mereka di jalan kesempurnaan insaniah.
Salah seorang murid beliau bercerita, “Suatu hari anakku yang berusia dua tahun buang air kecil di dalam rumah. Ibunya sangat marah lalu memukul anak kecil tersebut. Sejam setelah itu si ibu demam dengan kepanasan badan yang sangat tinggi. Kami bergegas ke doktor. Setelah pulang, badannya semakin panas dan kami kembali semula ke doktor tersebut.
Suatu malam ingin aku menghantar guruku Syeikh Rajab Ali ke satu majlis. Isteriku juga berada dalam kereta tersebut. Aku memberitahu beliau bahawa badan isteriku masih panas dan kami telah membawanya ke doktor tetapi masih belum sembuh. Syeikh melihat sejenak dan berkata, “Tidak seharusnya memukul anak sampai begitu kuat. Istighfarlah. Hiburkan si anak dan belikan sesuatu untuknya. InsyaAllah, nanti sembuh sendiri.” Kami melakukannya dan dia sembuh!” (Petikan buku The Elixir of Love)

Ya Allah, apapun dosa kami terhadap anak-anak, ampunilah mereka dan kedua ibubapa mereka.











Tiada ulasan: