Siri Psikologi Islam (SPI) ini merupakan ringkasan daripada sebuah buku yang ditulis oleh seorang pakar psikologi Islam, Prof. Muhammad Yazdi yang membahaskan tema-tema penting psikologi berkaitan kehidupan masyarakat secara umum menurut pandangan Islam. Menurut kami, SPI ini sangat membantu mereka yang ingin mengarahkan jiwanya agar lebih positif, berjaya dalam hidup dan tegar berada di tengah masyarakat serta berhasrat meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Setiap orang daripada kita selalu menghadapi dugaan hidup; sama ada yang muncul dari dalam diri atau kerana faktor luar, sama ada kita sedar atau tidak. Sebahagian dari dugaan itu mungkin berupa:
- Mengapa sebahagian manusia suka sedangkan sebahagian yang lain benci terhadap asas atau keyakinan suatu kelompok tertentu?
- Mengapa sebahagian orang tidak mahu mengikuti kebiasaan umum masyarakat, dan menentukan pemikiran dan jalan hidupnya sendiri?
- Mengapa hidup ini ada yang cinta, rindu dan sayang, sebaliknya di pihak lain ada yang benci, penuh dendam dan terbuang?
- Mengapa sebahagian orang penyabar dan memiliki kemampuan tinggi untuk menahan jiwanya, sementara yang lainnya hanya sedikit kesabarannya, cepat terpengaruh dan mudah marah atau bahkan gembira terhadap hal-hal yang sangat sederhana?
- Mengapa sebahagian orang dapat menyesuaikan kehidupannya dengan pelbagai kondisi, sedangkan yang lain setiap masa merasakan hidup ini kian sempit, meskipun mereka kaya-raya?
Kunci utama untuk dicintai dan disukai oleh masyarakat ada pada hati setiap manusia. Justeru, bagaimana kita boleh menanamkan perasaan ini dan menjadikan masyarakat mencintai kita? Mungkin bagi orang yang sudah rosak jiwanya akan berputus asa. Namun Tuhan tidak akan pernah mensia-siakan sesiapa juga. Lalu bagaimana caranya? SPI yang sederhana ini akan berkongsi dengan mereka yang masih mengharapkan manfaat dalam mengatasi semua masalah ini. Semoga ia menjadi kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selamat membaca!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan