Selama beberapa dekad, teori-teori yang menjelaskan tentang perilaku manusia telah didominasi oleh pemikir-pemikir Barat. Paradigma tentang manusia berubah daripada penelitian terhadap jiwa manusia, menjadi pengakuan terhadap manusia yang hanya ditentukan oleh perilakunya. Hal ini tidak menghairankan, kerana pemikir Barat seperti Freud, Skinner, Adler, Fromm, Jung selalu berfikir dengan logika penyangkalan terhadap Tuhan, logika sombong, dogmatis dan hanya untuk diri sendiri. Para ilmuwan Timur seperti Ibnu Sina yang telah bersusah payah mencari kebenaran, digantikan oleh ilmuwan-ilmuwan amatur dari Barat yang hanya berusaha mencari pembenaran.
Sebahagian mereka tidak jujur terhadap keilmuan yang hanya menulis sebuah disertasi yang akan dipuji oleh orang ramai, hanya untuk merasa nikmatnya didengarkan oleh masyarakat, untuk sebuah nobel, untuk populariti dan status, untuk menyembah pemikirannya sendiri dan untuk merasa paling benar.
Apakah mereka memikirkan manfaat dari teori-teori mereka? Jawapannya jelas tidak, kerana sampai saat ini mereka terus menerus berbeza pandangan antara satu sama lain; yang satu mempertahankan teorinya sementara yang lain menentangnya. Masing-masing berteriak untuk kepentingan diri mereka sendiri. Sesungguhnya pengakuan terhadap teori-teori mereka juga tidak datang dari majoriti ilmuwan dunia, tetapi hanya dari beberapa organisasi Barat yang mengukuhkan diri sebagai penentu yang benar dan yang salah. Dari mana datangnya keabsahan metodologi? Dari mana datangnya sekolah-sekolah yang diakui? Dari mana datangnya jurnal-jurnal acuan? Jelas dari Barat. Pada suatu ketika mereka mengakui sebuah teori yang tidak memiliki dasar metodologi yang kuat seperti teori psikoanalisis Freud, dan di waktu lain mereka sangat mementingkan cara eksperimental, laboratorium, statistik, dan variabel-variabel seperti Skinner. Jadi sesungguhnya cara yang digunakan adalah cara suka-suka dan mengikut selera. Kelompok seperti ini bukanlah mereka yang boleh dipercayai apatah lagi untuk memimpin.
Maslow adalah salah seorang ilmuwan pengembang teori humanistik pada dekad 1950-an. Dia adalah sarjana moderat yang berusaha mengetengahkan teori psikoanalitik dan behavioristik. Psikoanalisis sendiri menganggap bahawa seluruh perilaku manusia dilandaskan oleh ketidaksadaran dan instink-instink kebinatangan, sedangkan behavioristik mengakui manusia sebagai hasil dari stimulus lingkungan, atau tidak berbeza dengan sebuah mesin yang hanya bekerja berdasarkan perintah. Psikolog humanis memberi penekanan dan pengakuan terhadap faktor-faktor internal, seperti perasaan, nilai-nilai luhur dan harapan. Tetapi anehnya mereka tetap tidak mengakui adanya jiwa! Mungkin kerana mereka terlalu ekstrem dalam kesederhanaannya.
Maslow sendiri menyusun konsep hirarki keperluan manusia. Hirarki ini adalah landasan motivasi bagi manusia untuk berperilaku. Hirarki keperluan Maslow memiliki sifat universal, sehingga seharusnya ia dapat menjelaskan pelbagai perilaku manusia pada setiap tingkat ekonomi, budaya, zaman dan geografi. Pada tingkatan yang paling rendah daripada hirarki keperluan Maslow adalah keperluan biologi, iaitu makan dan minum. Menurut Maslow tanpa dipenuhkan keperluan ini, manusia tidak akan mampu dan tidak akan mencapai tahap berikutnya. Jadi setiap tingkatan adalah prasyarat bagi tercapainya tingkatan berikutnya. Untuk melewati tahap ini manusia akan melakukan apa saja dan tidak memikirkan risiko apapun untuk memenuhi keperluan biologinya. Sangat logik, dan ini adalah pendapat Maslow.
Pada tingkatan yang paling tinggi adalah aktualisasi diri. Bagaimanakah manusia yang telah mencapai aktualisasi diri? Menurut Maslow orang yang telah mencapai aktualisasi, akan dapat menerima diri mereka sendiri juga orang lain, cenderung berperilaku spontan, kreatif, dapat mengarahkan diri mereka sendiri atau self directed, baik dalam memecahkan masalah mahupun dalam menjalin hubungan interpersonal, tidak otoriter, menghargai pengalaman, memiliki emosi yang kaya, cenderung untuk mencintai alam dan lain-lain. Yang lebih unik adalah bahawa pada tahap ini, individu dikatakan mengalami sebuah peak experiences iaitu perasaan mistis dan spiritual yang membuat individu merasakan kesatuan dengan sesuatu di luar diri. Menurut Maslow sesungguhnya tahap ini tidak akan pernah tercapai, kerana manusia terus menerus bergerak menuju aktualisasi diri.
Beratus-ratus tahun yang lalu Saidina Ali a.s bersabda ”Kenalilah dirimu sendiri maka engkau akan mengenal Tuhanmu”, bukankah aktualisasi diri adalah bukti terhadap adanya Tuhan. Maslow telah menemukan bukti terhadap keberadaan Tuhan tapi dia enggan mengakuinya, namun dia tidak mampu berdiam diri.
Kembali kepada hirarki keperluan Maslow yang telah disebutkan bahawa pada tingkat paling bawah adalah keperluan biologi dan tingkat paling atas adalah aktualisasi diri. Di antara keduanya adalah keperluan untuk merasa aman, keperluan sosial, dan keperluan self esteem atau memiliki rasa percaya diri. Di sini kita tidak akan membahasnya satu persatu secara terperinci kerana melalui nama daripada tingkatan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan maksudnya. Tingkatan keperluan ini sering digambarkan dalam bentuk piramid dan perlu ditekankan lagi bahawa setiap tingkatan merupakan prasyarat bagi tingkatan yang berikutnya. Seseorang tidak akan mencapai aktualisasi diri tanpa menghilangkan haus dan laparnya, hubungan sosialnya dan pengakuan terhadap kualiti dirinya.
Abu Dzar al-Ghifari adalah salah satu sahabat Nabi SAAW yang ikut serta dalam perang Tabuk. Tabuk terletak sangat jauh dari Madinah iaitu sekitar empat ratus kilometer. Rombongan Nabi berangkat dengan bekalan dan senjata seadanya. Di tengah perjalanan, satu demi satu sahabat tercicir di belakang. Setiap kali ada yang tercicir, Nabi SAAW diberitahu, dan Nabi berucap “Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikannya dan jika dia orang yang tidak baik, lebih baik dia tidak pergi (tidak menyusul)”.
Unta Abu Dzar yang kurus dan lemah termasuk yang terbelakang, dan Abu Dzar pun akhirnya tertinggal di belakang. Seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah! Abu Dzar juga tercicir.” Nabipun mengulangi kalimah yang sama, “Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikan dia pada kita, dan jika tidak, lebih baik dia pergi”.
Geromobolan Nabi terus maju dan Abu Dzar makin jauh tetapi tidak ada yang dapat dilakukannya. Unta tunggangannya juga semakin lemah dan akhirnya tidak bergerak. Kini dia semakin jauh tertinggal di belakang. Dia lalu membebaskan untanya dan memikul sendiri barangnya. Dalam suhu terik itu dia meneruskan perjalanan di gurun panas. Dia merasa akan mati kehausan, namun tiba-tiba dia bertemu tempat teduh di batu-batu yang terlindung panas oleh bukit. Di antara batu-batu itu ada sedikit air bekas hujan yang menggenang, tetapi dia berniat tidak akan meminumnya mendahului sahabat dan maulanya, Rasulullah SAAW. Dia mengisi air itu ke dalam kantung kulit, memikulnya dan bergegas menyusul kaum Muslim yang telah jauh di depan.
Di kejauhan mereka melihat suatu sosok. “Ya Rasulullah! Kami melihat suatu sosok menuju arah kita!” . Baginda berucap mudah-mudahan itu Abu Dzar. Tubuh itu semakin dekat, dan memang itu adalah Abu Dzar! Namun dengan tenaga yang lemah dan dicengkam kehausan, dia tiba di hadapan Nabi SAAW . Baginda yang bimbang beliau akan pengsan segera menyuruh sahabat memberikannya air, tetapi Abu Dzar berkata serak bahawa dia mempunyai air. Nabi SAAW berkata:
“Engkau mempunyai air, tetapi engkau hampir mati kehausan!”
“Benar, ya Rasulullah! Ketika saya mencicipi air ini, saya menolak meminumnya sebelum sahabatku Rasulullah.”
Sungguh Abu Dzar telah menolak, memijak, dan meruntuhkan teori Maslow dengan pasti! Mengapa? Teori Maslow tidak mampu menjelaskan peristiwa ini. Piramid hirarki keperluan Maslow tenggelam dalam pribadi dan perilaku Abu Dzar yang hanya dapat dilihat secara multidimensional. Teori Maslow yang begitu digembar-gemburkan tidak berdaya menjelaskan perilaku Abu Dzar yang self directed tanpa terpengaruh letih dan hawa panas, mencintai alam dengan melepaskan untanya, menjalin hubungan interpersonal yang harmonis dan memuaskan dengan sahabatnya yang mulia Rasulullah SAAW, bahkan berkorban demiNya.
Semua itu menunjukkan bahawa Abu Dzar telah mencapai tingkat aktualisasi diri!. Lantas di mana letak kelemahan penjelasan teori Maslow? Ketika Abu Dzar merasakan lapar, haus, letih, bahkan terancam kematian! Dia yang berada di hadapan sebuah genangan air tetap tidak memikirkan keperluan biologi dirinya sendiri, akan tetapi memikirkan Rasulullah SAAW. Bererti aktualisasi diri dari Abu Dzar tercapai tanpa prasyarat, tanpa melalui tingkatan-tingkatan dasar. Abu Dzar bebas daripada keperluan biologi, bahkan dia rela mati. Dia tidak memerlukan pengakuan sosial, tercicirpun dia tidak putus asa. Dia tidak memerlukan pengakuan terhadap kemampuannya, tidak memerlukan dokongan orang lain yang akan membuatnya percaya diri. Teori Abraham Maslow jelas salah!
Aktualisasi diri tidak tercapai melalui sebuah hirarki, tidak seperti sebuah tangga di mana untuk mencapai puncaknya harus menaiki anak tangga satu persatu. Abu Dzar menemukan cara yang lebih cepat dan sederhana untuk mencapai aktualisasi diri, iaitu dengan mencintai Rasulullah SAAW!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan