Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

15 Julai 2009

Pesan Mawla

Ini adalah pesanan ayahanda saya dulu, dia adalah seorang yang berilmu tinggi. Semasa Pengajiannya, dia mempunyai penyakit tak boleh masuk kelas. Kerana dia lebih suka menuntut di luar kelas, lebih santai dan lebih berkualiti katanya. (Janganlah pulak pelajar saya ada penyakit ni, susah saya nak jawap dengan CEO nanti). Apapun sedikit renungan ingin saya kongsi bersama pelajar dan pelawat blog saya , tentang insan:

Salam Saydah, (panggilan untuk saya)
1- Insan adalah ciptaan yang memiliki potensi untuk menerima ilham atau pun waswas.

2- Amalan insan akan memperkuatkan tendency ke arah pembentukan dan pengaktualisasi potensi tersebut...sekiranya amalan baik maka ia akan menguatkan potensi untuk menerima ilham....sebaliknya amalan buruk akan mendekatkan ia kepada waswas.

3- Ilham diberikan kepada insan melalui malaikat sementara waswas pula daripada syaitan .

4- Ketika insan berbuat buruk...potensi untuk menerima waswas akan menjadi dekat.....setelah itu ia akan terhubung dan akhirnya akan transform.....seumpama besi yang didekatkan kepada api, kemudian terbakar dan akhirnya menjadi api.....api adalah syaitan...terbakar adalah kesan dari waswas syaitan...transformasi pula adalah transformasi manusia menjadi syaitan...

5- Jalan syaitan dapat menyalurkan waswasnya adalah syahwat (desire) ...kerana banyak desire dan keinginan akan berlaku konflik dlm keinginan..ini menyebabkan marah (ghodhab)....

6- Manusia dapat menyempitkan jalan syaitan ini dengan menguasai syahwatnya.....

7-Manusia menguasai syahwat dengan memberi tumpuan hanya kepada Allah....
laa ilahaillallah...keinginannya hanya Allah....

8- Tiga unsur asli manusia iaitu kehendak dan jiwa serta aqal/qalbunya ditumpukan hanya kepada Allah....kehendaknya hanya inginkan Allah jiwanya hanya cintakan Allah aqal/qalbunya hanya mengenali Allah

Renungkanlah...Saydah

Semoga bermanfaat....doakan kami....wassalam

Tiada ulasan: