Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

16 Julai 2009

Terima Kasih

Harap semua sihat; jasmani dan paling penting rohaninya, kerana kita manusia di nilai dari sisi maknawinya..dan tugas utama kita di sini adalah untuk membangunkan nilai² ini. Seperti yang pernah disebut,kucing itu dilahirkan dengan keadaan yang cukup dengan sifat ‘kekucingannya’, tetapi kita manusia harus ‘berjihad’ untuk mencari kemanusiaan kita. Kerana belum tentu kita yang lahir sebagai manusia, akan
menjadi manusia bahkan kita juga mampu menjadi haiwan– balhum adhall – dan kita juga mampu mencapai insan malakuti.

Ingatan ini saya tujukan buat mereka yang menganggap diri saya amat berharga. Dan ingatan ini saya tulis untuk saya begi menyatakan penghargaan saya kepada yang istimewa. Yang sentiasa menjadi matahati menyinari saya dan bulan yang menerangi hidup saya.

Walaupun kita kadang-kadang susah untuk mengucapkan bibit terima kasih, namun dalam hati ini Tuhan saja yang tahu betapa besarnya Terima kasih kita...pesan Saidina Ali as:
"man lam yasykur qalilan, lam yu'thi kathiran.."
Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, dia tidak akan diberi (nikmat) yang banyak..

Contoh kalau kita sakit itu tanda Allah nak hapus dosa2 kita..kita akan lebih mengingati Allah ketika sakit, ketika ditimpa bala..ketika rugi, ketika gagal..yang paling kita takut ialah kita lalai ketika diberi nikmat..kita lupa ketika diberi untung, kita alpa ketika diberi anugerah dan kekayaan....dan semua musibah yang kita alami adalah kerana LUPA!..

Sejarah Musa as dan Khaidir as..menceritakan bahawa kelupaan musa yang menyebabkan dia ditinggalkan oleh sang gurunya Khaidir as...tetapi garis Islam mengajarkan bahawa ketika kita lupa kerana memang kita lupa, diangkat kalam dosa dan pahala..tetapi jika lupanya kita kerana sombong dan takabur, diturunkan darjat keinsanan kita..untuk itu bersihkan hati2 kita dari lupa yang sombong dan bermegah..kerana hati2 kita adalah taman2 syurga..ketika Tuhan ingin membersihkan
syurga, maka dihumban syaitan ke muka bumi..dihalau iblis ke alam dunia, diturunkan Adam yang lupa ke dataran tanah yang rendah...untuk disediakan syurga
yang bersih dan suci itu kepada mereka yang hatinya juga bersih dan murni...

Maka hari ini sudah 23 Rejab, lagi 7 hari kita melangkah ke Shaaban. Bulan Rejab adalah bulan Allah, dan sebab itu mungkin saya terlalu rindukan Allah. Sehingga malam tiba bangun tapi tidak bertahajud, Quran hanya baca ikut mood, zikir apatah lagi jauh, puasa tak dapat kerana kekurangan darah....bak kata seorang sahabat yang paling saya sayang, semoga kita masih gelisah dengan dosa yangmenumpuk..tangis yang tersengguk2..dan taubat yangtertangguh...
Kini, saya amat merasakan bahawa Tuhan sedang memanggil saya kerana kami pernah rapat satu masa dulu.

Apalagi, siapa yang mampu, beringatlah dan jangan lupa untuk berterima kasih!




Senyum selalu,

Tiada ulasan: