Di dalam dunia ini semua manusia memerlukan privasi. Dari sekecil kanak-kanak sehingga sebesar dewasa. Bilik memainkan unsur penting di dalam diri manusia. Dari yang mempunyai martabat yang tinggi dalam kelompok/hirearki manusia seperti pemimpin negara sehinggalah serendah golongan seperti pembantu rumah semua memerlukan bilik. Hatta di rumah flat pun harus ada tiga bilik yang mana ditentukan setiap bilik itu untuk ibubapa, anak2 perempuan dan anak2 lelaki. Tidak kira apa saja jenis bilik tidur sama ada bercorak kontemporari, moden, tradisional, eklektik, English, kampung dan sebagainya. Sesiapa yang mempunyai bilik tidur mesti rasa seronok dan yang penting privasi.
Punya bilik tidur manusia merasakan dirinya bebas terbang ke udara seperti burung-burung yang berterbangan.
Bilik tidur khususnya memberi impak psikologi yang tinggi kepada individu. Selain fungsi bilik adalah tempat untuk menyimpan pakaian, tidur, barang-barang peribadi berharga. Bilik juga adalah tempat kita untuk menterjemahkan seluruh kepenatan kita dan membuat sesuatu yang bercorak peribadi. Contohnya, seorang pembantu rumah yang tidak mempunyai bilik merasakan dirinya tidak mempunyai privasi yang akan membahagiakan dirinya apabila bekerja di dalam sebuah rumah. Dan contoh, seorang anak yang mengetuk bilik ibubapanya lewat malam untuk tidur di bilik harus diraikan walaupun dia tahu tempat tidurnya tidak mempunyai ruang tertutup. Bukan kerana ibubapa tidak dapat menyediakannya, namun kanak-kanak itu harus tahu dia juga sedang berkorban demi orang lain.
Bilik tidur adalah tempat manusia untuk mencurahkan fitrah yang semulajadi. Dalam berkomunikasi secara individu atau intrapersonal. Maksud di sini adalah bersendirian, mungkin kerana kepenatan bekerja dan berkomunikasi dengan manusia seharian dia perlu berehat. Kerana seharian bekerja penat berinteraksi dengan manusia, contoh kalau dia seorang pensyarah, dia amat letih dengan kerenah pelajar, dia letih dengan kawan2 sekerja dan mungkin letih dengan kerenah pengurusan dan sebagainya.
Kesimpulannya, bilik harus (baca :wajib) ada untuk kita sebagai tempat melempiaskan emosi dan sebuah ruang yang bernama sekuriti. Tetapi tidak semua yang kita inginkan akan didatangkan dalam sekelip mata. Kadang-kadang kita harus berkorban demi membahagiakan orang lain. Prinsip yang penting kita harus berdoa, berusaha dan tunggu masa yang akan tiba.
Bilik kanak-kanak mana yang PALING anda SUKAI ?
2 ulasan:
Dalam maksud artikel ini , memang saya bersetuju dengan padangan puan. Dalam rumah saya , bilik tidur merupakan perkara paling penting saya ambil berat . kerana ingin kepuasan bilik tidur la saya mengambil pembantu rumah. Biar rumah berselerak tapi bila pulang kerja,saya hanya mahu ke bilik tidur dan saya pastikan bilik tidur saya memehuhi citarasa saya. tempat kerja terlalu banyak tekanan bagi orang seumur saya tapi demi satu perkataan "Pengorbanan" saya harungi. kalau kita tidak boleh berkorban jangan harap orang lain akan berkorban. Saya tidak mahu bawa balik tekanan ini kerumah . Bilik tidur la mengubat segala-galanya.
Salam,
Awak banyak duit, ambil pembantu rumah hanya untuk kemaskan bilik ker? hehheh....
Bilik tidur merupakan satu tempat yang signifikan dalam hidup saya. Masa kecik (even sekarang pun) saya suka merajuk. Kalau merajuk masuk bilik. Tenangkan hati! Lepas ni kita buat silibus baru lah Psychology of Room. Lecturernya awak....boleh?
Catat Ulasan