Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

07 Ogos 2009

DUA BERCINTA

Saya suka melihat orang yang bercinta. Terasa mekar kehidupan, dan cerahnya alam. Cinta adalah satu fitrah insani yang Tuhan kurniakan untuk manusia bagi memakmurkan alam ini.

Add Image

Namun cinta jika tidak berlandaskan syariat akan tumbang harga diri manusia. Contohnya, dua orang lelaki dan perempuan yang bercinta tidak dapat membendung rasa hati ingin bertemu dengan kekasih akan membuat janji untuk bertemu di mana-mana (dating), mungkin dari sifat malu akan lahir perasaan ingin bersentuh, kemudian berpegangan tangan, mungkin naik motor sekali. Jika bercinta itu maksudnya ingin berpegangan tangan maka manisnya sudah hilang. Jika tidak berpegang tangan sekalipun namun luah rasa dan kata "abang rindu Milah, Milah rindu abang" ini semua akan membuang rasa keni'matan selepas berkahwin.

Apapun, di antara lelaki dan perempuan punya TAQWA sebagai duri pendinding diri dari jebak nafsu syaitan yang menggoda. Moga durimu akan tetap berbahaya...


Untuk pelajar-pelajar yang sentiasa bertanya kepada saya tentang CINTA. CINTA itu indah kerana lahir dari ALLAH yang MAHA INDAH.

Tanamlah benih cinta seadanya..gitar masih baru dipetik, seruling baru ditiup,jangan terus bernyanyi dan menari..raikanlah seadanya.."pada prosesmu, aku selalu percaya.."

..agar sama2 kita memahami..bahawa takdir cinta itu kita sebenarnya yangmencetak..sutera itu kita sebenarnya yang jahit.. memang agaknya benar orang kata cinta itu buta..dan sesungguhnya hati juga punyai mata.....kerana prosesnya lebih hebat..

..tapi biarlah panggung yang anda siapkan itu anda sendiri yang bernyanyi dan memetik gitarnya..nanti anda sendiri akan memahami rentak dan iramanya..lagu apa yang sebenarnya anda nyanyikan..

Saya selalu percaya pada khauf dan raja' pada TUHAN lebih membibitkan mahabbah Ilahiyah. Kita bercinta kerana ALLAH , itu UTAMA..kerana pada takut dan harap akan lahir cinta yang indah..percayalah..memang berkelana di gurun ini berat dan penat..hanya jangan jadi unta yang terlontar...tapi belajar dari sang sufi yang pernah menderita...hanya, jangan pernah takut pada suratanTuhan..sentiasalah yakin..ana inda zhanni abdi bii..


.. akhirnya..kalau kata-kata saya ini rimbun, sudilah berteduh..

Yang Menyambut Cinta Hakiki,





Tiada ulasan: