Saya bukanlah ustazah yang mengajar Sekolah Agama (bekas ustazah apa!), bukanlah pensyarah Pengajian Islam.
Maka untuk membahaskan tentang fadhilat Ramadhan , saya boleh. Tapi bukanlah ahli.
Di sini saya hanya ingin mengajak saya dan semua pembaca blog (termasuk pelajar2 tersayang dan orang tersayang) merenung kembali nature Ramadhan itu secara umum.
Ramadhan adalah di mana di buka pintu-pintu SYURGA dan ditutup pintu NERAKA. Maksudnya, Allah Yang Maha Pengasih itu memberi peluang kepada hambaNYA di dalam bulan ini untuk beribadat dengan sesungguh-sungguhnya.
Jadi, apa jadual kita untuk bulan ini? Kalau orang yang berniaga sudah siap dengan barangan jualannya, baju kurung, baju melayu, tapak bazar, pekerja dan macam2......Jadi seharusnya kita juga begitu.
Sediakan Jadual beribadah:
Kalau seorang suri rumah yang bekerja (muslimat kontemporari sekarang ada dua kerja), mungkin jadualnya begini:
4.00-4.30 = Tahajud (Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Witir)+ Baca Quran
4.35 -5.30 = Masak Sahur + Siapkan hidangan + Bersahur
6.00 = Subuh
7.00 = Siapkan anak-anak + Pergi kerja
8.00 - 4.00 = Kerja (Baca Quran Khatam 20 hari = dah tolak shopping dan uzur )
Kalau nak khatam Quran kena baca 1 hari paling kurang 2 juzuk.
4.00 -4.30 = Drive balik rumah (dengar yang bermanfaat, dekat dengan Allah)
4.30 - 6.30 = Solat Asar + Ajak anak2 baca Quran (Tadarus , kalau anak kecil Tadarus alif ba ta) + Beli hidangan atau masak
6.30 -7.30 = Berehat (entah sempat entah tidak)
= Buka Puasa (Kurma + Air)
7.30 - 8.15 = Solat Maghrib + Zikir + Makan berat
8.30 = Terawih
= Yang tak ke masjid terawikh ( Solat di rumah + Baca Quran ) Buat jadual dengan anak2 bagi Tazkirah ker?
Sepintas lalu jadual Ramadhan.................
Nasihat saya berhubung lah selalu dengan telefon Allah (Al-Quran) kerna apabila kita membacanya , ia terus kepada Allah. Telefon Allah tidak perlu bayar bil , free saja.

Bulan Ramadhan ini tiada SYAITAN yang mengganggu, sekarang kita hanya berlawan dengan nafsu kita. Sebab tu bulan Ramadhan nie kena ringan2 kan badan beribadat untuk menjadikan hati kita kembali putih berseri dan suci, Basuh noda hitam , habuk hitam.
Banyakkan bersedekah (kalau takde duit bagilah juga RM1 atau RM2 kerana Tuhan pasti mengirim khabar gembira setelah itu.
Berbuat baik dengan anak-anak Yatim. Kalau tak kesempatan nak pergi RUMAH ANAK YATIM, risik2 jiran yang sebelum ni kita lupa kan (mungkin ada yang tidak mampu di sekitar kita)
Di samping fikir kan perut sendiri fikir kan jugak perut orang2 yang tiada wang untuk membeli makanan.
Akhir sekali,
Untuk Pelajar Full time yang cuti lama nie, " penuhi masa dengan beribadah (bukan duduk atas sejadah, tidur sejadah, makan sejadah), lebih menghabiskan masa dengan ALLAH, IBUBAPA, adik beradik dan keluarga.
AJAK MEREKA SUCIKAN HATI........
Sama-sama ke arah SATU RAMADHAN "ALLAH diutamakan Pembersihan Jiwa didahulukan"
Salam Ramadhan,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan