Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

25 Ogos 2009

Puasa Zamyal

Salam kepada semua.

Salam juga kepada pelajar-pelajar yang pulang ke kampung (cuti sebulan 2 minggu)....seronoknya lah kan.....

Semoga semuanya bahgia, dan apa saja yang kalian lakukan moga ibadah diterima Allah SWT..

Untuk renungan saya kutip semula cerita yang pernah hinggap di talian mail saya suatu masa dulu, agar kita boleh berkongsi mungkin .


Zamyal berjalan dari padang ke padang, dari benua kebenua, dari cakrawala ke cakrawala, meskipun ramai yang tidak tahu dia sedang mengembara. Di dalam pengembaraannya, dia sentiasa berpuasa, meskipun orang tidak memahami bahawa dia sedang berpuasa.

Wajahnya kelihatan menderita, tapi jiwanya sangat bahagia kerana puasanya di'beli' oleh Allah. Dia meminta untuk diberi makanan tetapi tidak ada yang peduli, termasuk Nabi besar Yaakub as. Zamyal kemudian melewati seluruh malam dengan lapar dan menjalani pagi hari berikutnya dengan lapar. Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah.


Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Zamyal tidak pernah menangis di hadapan manusia, tetapi dia menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.
Cerita ini adalah tentang kesendirian dan tangisan di depan Tuhan.

Bersempena dengan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini, selalulah kita menghadirkan diri kepada Allah. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Dia datang kepada kita. Alangkah Indahnya Allah!

Selamat Beribadah (walaupun sambil terseguk2 di malam hari),

Tiada ulasan: