Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

26 Ogos 2009

1000 PERKATAAN

Husin dan pandai pegang mouse .....SYUKUR. Perkembangan motor sistem kasarnya semakin baik. (Mama masa umur 15 tahun baru tahu guna komputer)
Tapi Husin suka jerit kuat-kuat. Mungkin orang di sekelilingnya suka jerit kuat-kuat atau marah2 jika Husin buat salah. Mama selalu pesan kat Husin, kita kena jaga 'adab'. Baru jadi manusia berguna
.


Husin dah pandai untuk sesuaikan warna dengan gambar yang ingin diwarnakan.


Inilah warna yang berjaya dihasilkan oleh Husin semasa
dia berusia 3 tahun 5 bulan.
Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati.
Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya.
Jika anda ingin tahu apa yang terkandung di dalam pemikiran otak anak anda. Berikan dia ruang untuk mengekspresi dirinya sendiri dengan memberinya pen dan kertas, maka anda akan tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka.


Tiada ulasan: