Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

26 Ogos 2009

1000 PERKATAAN

Husin dan pandai pegang mouse .....SYUKUR. Perkembangan motor sistem kasarnya semakin baik. (Mama masa umur 15 tahun baru tahu guna komputer)
Tapi Husin suka jerit kuat-kuat. Mungkin orang di sekelilingnya suka jerit kuat-kuat atau marah2 jika Husin buat salah. Mama selalu pesan kat Husin, kita kena jaga 'adab'. Baru jadi manusia berguna
.


Husin dah pandai untuk sesuaikan warna dengan gambar yang ingin diwarnakan.


Inilah warna yang berjaya dihasilkan oleh Husin semasa
dia berusia 3 tahun 5 bulan.
Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati.
Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya.
Jika anda ingin tahu apa yang terkandung di dalam pemikiran otak anak anda. Berikan dia ruang untuk mengekspresi dirinya sendiri dengan memberinya pen dan kertas, maka anda akan tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka.


25 Ogos 2009

Puasa Zamyal

Salam kepada semua.

Salam juga kepada pelajar-pelajar yang pulang ke kampung (cuti sebulan 2 minggu)....seronoknya lah kan.....

Semoga semuanya bahgia, dan apa saja yang kalian lakukan moga ibadah diterima Allah SWT..

Untuk renungan saya kutip semula cerita yang pernah hinggap di talian mail saya suatu masa dulu, agar kita boleh berkongsi mungkin .


Zamyal berjalan dari padang ke padang, dari benua kebenua, dari cakrawala ke cakrawala, meskipun ramai yang tidak tahu dia sedang mengembara. Di dalam pengembaraannya, dia sentiasa berpuasa, meskipun orang tidak memahami bahawa dia sedang berpuasa.

Wajahnya kelihatan menderita, tapi jiwanya sangat bahagia kerana puasanya di'beli' oleh Allah. Dia meminta untuk diberi makanan tetapi tidak ada yang peduli, termasuk Nabi besar Yaakub as. Zamyal kemudian melewati seluruh malam dengan lapar dan menjalani pagi hari berikutnya dengan lapar. Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah.


Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Zamyal tidak pernah menangis di hadapan manusia, tetapi dia menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.
Cerita ini adalah tentang kesendirian dan tangisan di depan Tuhan.

Bersempena dengan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini, selalulah kita menghadirkan diri kepada Allah. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Dia datang kepada kita. Alangkah Indahnya Allah!

Selamat Beribadah (walaupun sambil terseguk2 di malam hari),

18 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Enter Fleedy.com
Fleedy.com Enter Fleedy.com
Fleedy.com

Apa Ada Dengan Ramadhan?

Saya bukanlah ustazah yang mengajar Sekolah Agama (bekas ustazah apa!), bukanlah pensyarah Pengajian Islam.

Maka untuk membahaskan tentang fadhilat Ramadhan , saya boleh. Tapi bukanlah ahli.

Di sini saya hanya ingin mengajak saya dan semua pembaca blog (termasuk pelajar2 tersayang dan orang tersayang) merenung kembali nature Ramadhan itu secara umum.

Ramadhan adalah di mana di buka pintu-pintu SYURGA dan ditutup pintu NERAKA. Maksudnya, Allah Yang Maha Pengasih itu memberi peluang kepada hambaNYA di dalam bulan ini untuk beribadat dengan sesungguh-sungguhnya.

Jadi, apa jadual kita untuk bulan ini? Kalau orang yang berniaga sudah siap dengan barangan jualannya, baju kurung, baju melayu, tapak bazar, pekerja dan macam2......Jadi seharusnya kita juga begitu.

Sediakan Jadual beribadah:

Kalau seorang suri rumah yang bekerja (muslimat kontemporari sekarang ada dua kerja), mungkin jadualnya begini:

4.00-4.30 = Tahajud (Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Witir)+ Baca Quran
4.35 -5.30 = Masak Sahur + Siapkan hidangan + Bersahur
6.00 = Subuh
7.00 = Siapkan anak-anak + Pergi kerja
8.00 - 4.00 = Kerja (Baca Quran Khatam 20 hari = dah tolak shopping dan uzur )
Kalau nak khatam Quran kena baca 1 hari paling kurang 2 juzuk.
4.00 -4.30 = Drive balik rumah (dengar yang bermanfaat, dekat dengan Allah)
4.30 - 6.30 = Solat Asar + Ajak anak2 baca Quran (Tadarus , kalau anak kecil Tadarus alif ba ta) + Beli hidangan atau masak
6.30 -7.30 = Berehat (entah sempat entah tidak)
= Buka Puasa (Kurma + Air)
7.30 - 8.15 = Solat Maghrib + Zikir + Makan berat
8.30 = Terawih
= Yang tak ke masjid terawikh ( Solat di rumah + Baca Quran ) Buat jadual dengan anak2 bagi Tazkirah ker?

Sepintas lalu jadual Ramadhan.................

Nasihat saya berhubung lah selalu dengan telefon Allah (Al-Quran) kerna apabila kita membacanya , ia terus kepada Allah. Telefon Allah tidak perlu bayar bil , free saja.


Bulan Ramadhan ini tiada SYAITAN yang mengganggu, sekarang kita hanya berlawan dengan nafsu kita. Sebab tu bulan Ramadhan nie kena ringan2 kan badan beribadat untuk menjadikan hati kita kembali putih berseri dan suci, Basuh noda hitam , habuk hitam.

Banyakkan bersedekah (kalau takde duit bagilah juga RM1 atau RM2 kerana Tuhan pasti mengirim khabar gembira setelah itu.

Berbuat baik dengan anak-anak Yatim. Kalau tak kesempatan nak pergi RUMAH ANAK YATIM, risik2 jiran yang sebelum ni kita lupa kan (mungkin ada yang tidak mampu di sekitar kita)

Di samping fikir kan perut sendiri fikir kan jugak perut orang2 yang tiada wang untuk membeli makanan.

Akhir sekali,

Untuk Pelajar Full time yang cuti lama nie, " penuhi masa dengan beribadah (bukan duduk atas sejadah, tidur sejadah, makan sejadah), lebih menghabiskan masa dengan ALLAH, IBUBAPA, adik beradik dan keluarga.

AJAK MEREKA SUCIKAN HATI........

Sama-sama ke arah SATU RAMADHAN "ALLAH diutamakan Pembersihan Jiwa didahulukan"

Salam Ramadhan,

16 Ogos 2009

SALAM MAJU JAYA

UNTUK SEMUA PELAJAR YANG TERSAYANG

Enter Fleedy.com
Fleedy.com

Selamat Menjawab Soalan,

14 Ogos 2009

Menangis Betul-Betul

Dalam diri kita bernama manusia, semua orang MENANGIS......

Kali ni saya nak cerita tentang nangis saya yang betul2 kalau ada orang mati, seingat saya
masa arwah nenek belah mak , kakak angkat saya Wan Nurhaizan dan arwah ibu suami saya meninggal saya menangis betul2.....kali ni saya menangis masa tgk gambar di bawah nie,


Hari ni saya tak tahu kenapa saya search "asri rabbani meninggal dunia" di dalam Internet, walaupun saya tidak pernah menelefon untuk menempahnya membuat show dan sebagainya. Tapi saya dapat rasakan dia memang orang yang baik, jujur dan ikhlas. Apatah lagi dia dikebumikan di malam penghulu hari (Khamis malam Jumaat).

Bila tengok gambar isteri ust Asri dan anak2nya di depan menangisi pemergian teringat (muhasabah diri saya) tentang segala amalan yang telah saya lakukan di dunia.

Apatah sudah menjadi (bermanfaat) kepada suami, ibubapa, anak-anak, keluarga, dan semua orang di sekeliling. Teringat dosa (terampunkah, @ pernah minta ampunkah? kepada Allah)

Sesungguhnya kematian Ust Asri membuat saya bermuhasabah.
Semoga arwah dicucuri Rahmat.
Al-Fatihah!
Lirik Nasyid Rabbani " Pergi Tak Kembali":
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup
surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa
jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

12 Ogos 2009

Markah UJIAN dan PENGUKURAN

Berikut adalah markah ujian dan pengukuran.

PEMBAHAGIAN MARKAH:
Pembentangan=10%
Tugasan=10%
UPS=40%
JUM=60%

1.0704 1679
8
6
8
=22

2. 0808 1826
7
9
36
=52

3. 0808 1825
7
6
16
=29

4. 0808 1830
8
8.5
33
=49.5

5.0804 1814
8
7
34
=49

6.0804 1817
9
9
29
=47

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN

11 Ogos 2009

Markah Metodologi Penyelidikan

Berikut adalah pembahagian markah dan jumlah markah pelajar.

Proposal =10%
Soalan kajian = 5%
Soalan tinjauan =10%
Hasil kajian = 10%
Abstrak=10%
Penilaian kumpulan =5%
Jum. Tugasan = 30%
UPS =30%
Jum =60%


1. 0704 1686
4
4
7
9
4
=19
=17.5
=36.5

2. 0704 1726
8.5
4
6
9
9
5
=25
=18.5
=43.5

3. 0708 1794
7
4
4
8
9
5
=22
=20.5
=42.5

4. 0712 1807
4
4
4
7
9
4
=19
=19.5
=38.5

5. 0712 1808
8.5
4
6
9
9
5
=25
=21
=46

6. 0712 1809
7
4
4
8
9
5
=22
=16
=38

7. 0712 1810
8
3
6
8.5
10
4
=24
=14
=38

8. 0804 1823
8
3
6
8.5
10
5
=24
=20
=44

SEMOGA SEMUA PELAJAR BERJAYA DI DALAM MINI PROJEK AKHIR.

07 Ogos 2009

DUA BERCINTA

Saya suka melihat orang yang bercinta. Terasa mekar kehidupan, dan cerahnya alam. Cinta adalah satu fitrah insani yang Tuhan kurniakan untuk manusia bagi memakmurkan alam ini.

Add Image

Namun cinta jika tidak berlandaskan syariat akan tumbang harga diri manusia. Contohnya, dua orang lelaki dan perempuan yang bercinta tidak dapat membendung rasa hati ingin bertemu dengan kekasih akan membuat janji untuk bertemu di mana-mana (dating), mungkin dari sifat malu akan lahir perasaan ingin bersentuh, kemudian berpegangan tangan, mungkin naik motor sekali. Jika bercinta itu maksudnya ingin berpegangan tangan maka manisnya sudah hilang. Jika tidak berpegang tangan sekalipun namun luah rasa dan kata "abang rindu Milah, Milah rindu abang" ini semua akan membuang rasa keni'matan selepas berkahwin.

Apapun, di antara lelaki dan perempuan punya TAQWA sebagai duri pendinding diri dari jebak nafsu syaitan yang menggoda. Moga durimu akan tetap berbahaya...


Untuk pelajar-pelajar yang sentiasa bertanya kepada saya tentang CINTA. CINTA itu indah kerana lahir dari ALLAH yang MAHA INDAH.

Tanamlah benih cinta seadanya..gitar masih baru dipetik, seruling baru ditiup,jangan terus bernyanyi dan menari..raikanlah seadanya.."pada prosesmu, aku selalu percaya.."

..agar sama2 kita memahami..bahawa takdir cinta itu kita sebenarnya yangmencetak..sutera itu kita sebenarnya yang jahit.. memang agaknya benar orang kata cinta itu buta..dan sesungguhnya hati juga punyai mata.....kerana prosesnya lebih hebat..

..tapi biarlah panggung yang anda siapkan itu anda sendiri yang bernyanyi dan memetik gitarnya..nanti anda sendiri akan memahami rentak dan iramanya..lagu apa yang sebenarnya anda nyanyikan..

Saya selalu percaya pada khauf dan raja' pada TUHAN lebih membibitkan mahabbah Ilahiyah. Kita bercinta kerana ALLAH , itu UTAMA..kerana pada takut dan harap akan lahir cinta yang indah..percayalah..memang berkelana di gurun ini berat dan penat..hanya jangan jadi unta yang terlontar...tapi belajar dari sang sufi yang pernah menderita...hanya, jangan pernah takut pada suratanTuhan..sentiasalah yakin..ana inda zhanni abdi bii..


.. akhirnya..kalau kata-kata saya ini rimbun, sudilah berteduh..

Yang Menyambut Cinta Hakiki,





PENILAIAN PENGAJARAN

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELAJAR SEPENUH MASA SEM. MEI 2009

ARAHAN:
Anda dikehendaki untuk menjawab soalan penilaian pengajaran . Setelah menjawab soalan anda hendaklah menghantar butir-butir berikut :

Nama
No Matrik
Waktu menjawab soalan (Hari/ Tarikh / Masa)
No ID soalan

email ke salehaidris@gmail.com


SILA KLIK DI BAWAH.


Click Here to take the survey



TERIMA KASIH,

Markah Pelajar FT PSY 2013

Di bawah adalah markah sebenar, pengiraan di dalam kelas adalah salah.

Persembahan individu = 15%
Tugasan = 15%
UPS = 30%
Markah = 60%

1. 0904 2101
14
12
25
= 51

2. 0904 2099
12.5
13
23
= 48.5

3. 0904 2095
14
13
24.5
= 51.5

4. 0904 2096
12.5
13
26
= 51.5

5. 0904 2106
12
12
22
= 46

6. 0904 2092
13.5
13
26
= 52.5

7. 0904 2107
11
13
17
= 41

8. 0904 2103
11
13
21.5
= 45.5

9. 0904 2102
12
13
27
= 52

10. 0904 2093
13
13
25.5
= 51.5

TAHNIAH KEPADA SEMUA, KEKALKAN PENCAPAIAN DUNIAWI DAN UKHRAWI....

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR YANG MENCABAR!