Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

29 Oktober 2009

Hari ini




Dah lama tak menulis ......




Rasa nak tulis sesuatu tapi tak tahu apa.




Ini baru recover dari sakit tekak, demam dan sebagainya (hingga tak boleh cakap), so terpaksa batalkan kelas modular. Minta maaf kepada pelajar2.....so masuk hari ni, dah 7 hari makan macam baby atau orang dah takde gigi. Makan semua main telan jer, takde nak gigit dulu sebab mulut sakit. Menyebabkan penyakit lain pulak datang seperti lemah dan tak cukup darah. Harap Semua doakan kesihatan saya.




Kerja2 seminar Alhamdulillah dah siap 85%, hanya tunggu beg, banner dan buku cenderamata, dan kertas kerja pembentang iaitu Prof. Em. Dato' Dr Osman Bakar dan El-Muhammady. Yang lain2 dah sampai.




Bersyukur kali ni, team2 semua best2, dari promosi yang ada Safura yang rajin dan tangkas buat kerja dan surat2 pada sponsor. Alhamdulillah sponsor pun banyak kali ni (paling banyak kot dari sebelum ni).




Bahagian lain, Kak Zahrah pendaftaran , dan promosi pun ok (cuma kali ni aku tolong buat blog untuk promosi seminar so nampaknya penyertaan dari orang luar amat menggalakkan hampir 100 orang dan mungkin 100 orang dari pelajar KDH sendiri.




Semuanya berjalan lancar......Harap Sabtu nie Allah mudahkan semua urusan perjalanan seminar. Terima kasih Allah!




Di bawah ini, adalah ucapan dalam buku cenderamata, harap2 boleh jadi renungan dan pengetahuan. Kata2 kat bawah ini adalah yang ori dibuat dan tidak diedit lagi oleh pengedit. Yang dalam buku cenderamata tu yang dah diedit.





Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad s.’a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya dahulukan alu-aluan ini dengan berterima kasih kepada pihak pengurusan Kolej yang memberi kesempatan kepada kami untuk memikul amanah melaksanakan Seminar Pengajian Tinggi Islam Kali Ke-7 (SPTI) ini. Kalungan syabas kepada pasukan kerja KDH yang sejak dini menghulurkan komitmen dan kesungguhan yang tidak ternilai.

Juga ucapan selamat datang kepada semua peserta Seminar dan tetamu jemputan yang hadir memaknakan lagi SPTI kali ini. Seminar tahunan ini merupakan salah satu acara Sambutan 20 Tahun KDH yang merupakan ‘kolej rakyat di hati masyarakat.’ Seminar yang bertemakan “Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab” ini merupakan rumusan model manusia sempurna yang paling layak menanggung peranan cendikiawan dalam mendidik umat. Paling tidak, Al-Quran menawarkan tiga ciri Ulu’l Albab yang harus diperankan bagi pembinaan generasi ulung; satu, mereka yang memiliki kualiti ilmu dengan mencari dan gigih menggali serta mengaut butiran hikmah yang bertebaran dalam ayat dan tanda kebesaran-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 269)

Kedua, mereka yang memiliki kualiti amal jihadiyah yang kritis mendengar hujah, bersedia menimbang pelbagai teori dan proposisi serta pendalilan yang sihat (Surah 39, ayat 18). Mereka juga mampu memilih antara buruk dan baik, bahkan rela mempertahankan kebaikan itu – walaupun terpaksa bersendirian dan terasing.

Ketiga – dan bukan yang terakhir – mereka yang memiliki kualiti iman dengan memerhati ayat-ayat al-Quran, membekali diri dengan taqwa dan bangun berdiri di malam hari lalu sujud antara takut dan harap terhadap Tuhan mereka. (Surah 39, ayat 9).

Akhiran, kami merakamkan selautan penghargaan kepada para pembentang, panelis forum, ahli akademik dan tokoh pendidik yang sudi hadir pada hari ini dan menjayakan SPTI-7. Mudah-mudahan secerah cahaya keilmuan ini mencerahkan akal budi kita semua. Tidak lupa kepada para penyumbang, jasa dan jihad anda adalah pohon-pohon yang meneduhkan di sana nanti. Insya Allah.

Sekian, terima kasih. Selamat berseminar.

Wassalam.

SALEHA IDRIS
Pengarah

Tiada ulasan: