Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

31 Oktober 2009

MERDEKA , MERDEKA, MERDEKA..................

Salam semua....

Baru tadi seminar saya tamat....Sbg Pengarah saya amat berpuas hati,

Sbg peserta mungkin sedikit lelah sebab kena naik dan turun tangga untuk ke dewan makan, mungkin tak dapat makan sarapan pagi ......sebagai peserta saya juga amat puas hati sebab saya menantikan kemunculan otai2 ilmuwan ulul albab dalam seminar ini, macam Prof Dr. Kamal Hasan, Prof Dato Osman Bakar, Uthman El-Muhammady, Dr Sidek Baba , Prof Dr NIk Azis Nik Pa.....

Semua tokoh di atas , mmg sejak saya kecil usia 12 tahun saya sukakan ideologi yang di bawa oleh mereka....macam BEST2....dan hari ini saya dapat bersama mereka semua. Apatah lagi , suami saya menjemput Prof Osman Bakar dari rumahnya dengan kereta saya sendiri......Siapa tak kagum dengan Osman Bakar, seluruh dunia menyanjungi inteleknya, dia otai sains dan math.....

Perjalanan seminar saya juga amat menggembirakan, semua berjalan dengan lancar hanya di akhir2 seminar, masa CEO bercakap student dah bangun, sebabnya nak naik bas (tak best jugak alasan tu), sebab tu apa tindak tanduk kita buat jangan melulu tapi tengok kondisi masjlis.

Saya tak tahu , tapi mungkin ada orang marah sebab masa banyak lari, 40 minit baru nak habis, tapi bila saya kenang2 balik, amat sedih nak habiskan program nie sebab dah tak jumpa lagi diorang. Bak kata Dato' kat dewan makan tadi perjumpaan pendekar2 lama .....kerana geng2 mereka yang bawa pengaruh praktik Islam di MAlaysia.....

Sebagai urusetia, saya tak tahu nak bagi apa....tapi saya amat berterima kasih pada mereka semua, pada Pn Azizah , KAk zahrah di meja pendaftaran mereka amat letih sekali, sebab kali nie banyak dapat sambutan luar jadi mereka kena layan semua2 tuh. Saya tak pernah nampak pendaftaran sesibuk ini di mana2 program. BUat Pn Azizah, saya minta maaf lantik dia sebagai AJK pendaftaran, saya ingatkan tak sibuk sangat. APAPUN SEMOGA BERJAYA DALAM KONVOKESYEN KE 18 nie pulak....i luv u as my team partner.....

Semua AJK , saya ucapkan SYABAS......

Saya tak tahu menggambarkan betapa berbunganya hati saya seumpama mekarnya baju2 seragam kami AJK perempuan dengan warna GOLD dan MERAH yang menunjukkan glory dan kejayaan.....

APAPUN , terima kasih semua....

PADA PESERTA2 dari luar KDH, Terima Kasih menjayakan program ini.

LAstly, buat suami , anak2 yang tak faham apa kerja mamanya....terima kasih jugak.....!

THANK YOU ALLAH

29 Oktober 2009

NILAI KASIH SAYANG

Kasih sayang amat bernilai dalam kehidupan insan. Kuasa inilah yang menggerakkan mereka dari kedukaan, membangunkan mereka dari kelemahan dan menggembirakan mereka. Ibarat bunga-bunga di taman begitu juga kasih sayang adalah bunga kehidupan yang menyegarkan jiwa sepanjang masa. Jika tiada kasih sayang dalam kehidupan manusia yang celik menjalani hidup dengan kegelapan dan segala perkara tidak akan berlaku tanpa adanya kasih dan sayang. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan kasih dan sayang mampu membina tamadun manusia dan dapat menyambung kehidupan manusia yang aman dan tenteram.

Objektif kasih sayang haruslah jelas dan sahih, tidak merugikan dunia dan akhirat. Kalau kita cintakan anak-anak misalnya jangan menuruti segala kemahuannya hingga batas agama diseberang Ukhuwah Mahabbah harys disertai dengan maslahah, contohnya kalau kita menyintai adik kita, kita akan memberikan ubat yang pahit tetapi untuk dia sihat.

Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan uda dan dara sahaja malah ia mempunyai makna yang lebih luas, kasih sayang ibu bapa, keluarga, masyarakat, teman, ilmu, agama, para nabi, dan ahli keluarganya dan sebagainya. Yang penting dan pusat segala kasih sayang adalah kepada Ilahi.

Bagaimanakah cinta kepada manusia dan sesuatu ini akan berkembang dengan baik dan jelasnya?Satu jawapan yang sudah tabii dalam minda kita adalah semakin kita berkasih dengan Ilahi kita akan menambah kasih kita sesama manusia juga. Contohnya seperti dua insan yang mendaki bukit di lereng yang berlainan dan puncaknya adalah Tuhan.

Semakin pencinta ini mendaki, orang yang dikasihi ini juga turut mendaki dan akhirnya kedua-dua akan berjaya sampai ke puncak cinta Ilahi. Ironisnya, kita melihat manusia selalunya hanya mengungkapkan kasih sayang kepada manusia saja tanpa menghubungkan terus kepada Tuhan. Ingatlah kita bahawa kasih sayang yang tulus kepada Allah tidak bererti mengingkari tabiat manusia dan fitrahnya. Kasih kepada Ilahi bererti kita berusaha untuk mengenali Allah, juga pada masa yang sama mengenali diri sendiri sebagai seorang hamba yang lemah. Bila sudah rasa diri adalah hamba, sifat-sifat buruk (mazmumah) secara automatik akan mati dalam jiwa. Rasa sombong, besar diri kerana kehebatan yang dimiliki, pentingkan diri sendiri akan hilang. Maka akan

bergantilah dengan sifat terpuji (mahmudah) yang menjadi pakaian diri. Sifat-sifat terpuji seperti rendah diri, menghormati orang lain, mengambil berat terhadap orang lain, merupakan asas jalinan kasih dan sayang.

Terlintaslah dalam fikiran kita, mengapa harus kita menunjukkan cinta kepada Tuhan, kalau selama ini hanya malang yang menghiasi hidup kita. Dalam setiap apa yang Tuhan turunkan pada kita adalah bukti kasihNya. Di sebalik ujian ada kemanisan yang tersirat. Dengan ujian itu Tuhan mengajak kita untuk bertaubat, bersyukur, merintih kepadaNya sekaligus membuktikan kasih kita kepadaNya, Ambillah kasih sayang Tuhan ini kepada kita.

Sekarang kita ingin menyingkap tabir yang menghalangi hati nurani kita untuk cinta kepada Allah. Tabir pertama adalah maksiat yang membuat hati berkarat. Sekali manusia berbuat dosa akan terbentuk satu noda dalam hatinya. Bila ia tidak segera bertaubat, noda ini akan semakin tersebar ke dalam hati, sehingga hati itu hilang akan sinarnya dan menutup ingatan kita kepada Tuhan. Tabir yang lain adalah cinta dunia dan pergantungan terhadap dunia. Allah tidak menjadikan dua buah hati dalam diri manusia. Nabi berkata : tidak berkumpul dalam hati anak adam dua perkara dalam satu masa. Ini bermaksud kita tidak boleh mengumpulkan satu perkara dalam satu masa, dalam erti pengertian kasih yang sebenar, kita harus memusatkan cinta kita kepada Allah, dan kemudian mengembangkannya dalam setiap perkara yang kita cintai iaitu keluarga, ilmu, harta dan sebagainya.

Apabila kita disibukkan dengan urusan dunia dan menganggap ia adalah penting maka seluruh hati kita akan terhapus dari kenikmatan cinta kepada Allah. Kita tidak akan merasa manisnya cinta dan zikir kepada Allah. Contohnya dalam lingkungan kehidupan pelajar yang sibuk dengan assignment, persatuan, ujian bulanan, dan sebagainya. Jika kita tidak menganggap semua perkara ini datangnya dari Tuhan maka hati kita tidak akan lalai dariNya.

Jika kita sudah termampu menyelami cinta yang sebenar, maka hati yang indah dengan sinar makrifat telah terpancar di hati kita, maka berhembuslah angin kasih ini untuk menikmati lindungan Tuhan. Kita mula menyintai apa yang dicintai oleh kekasih dan akan benci apa yang tidak disukainya. Kita mencintai Nabi Muhammad kerana dia adalah kekasih Allah dan kita mencintai keluarga nabi kerana nabi menyintai mereka. Cinta kepada nabi dan para ulama serta orang yang soleh juga mampu untuk kita menyucikan hati dalam konteks mencapai perhubungan vertikal tinggi ke langit samawi kita tidak dapat lari daripada hubungan kasih secara horizon di atas muka bumi.

Kasih sayang akan menumbuhkan jiwa dan hati yang indah. Dengan kasih sayang akan lahirlah cinta,rindu,ketenangan dan sebagainya. Apa yang penting ke mana kita ingin membawa kasih sayang ini. Kasih sayang kepada Allah atau kasih sayang kerana Allah. Pilihlah salah satu di antaranya atau lebih sempurna kalau kita memilih kedua-duanya. Marilah kita berkasih sayang dengan hati yang indah, anggun dan menawan.

Al-Rumi seorang penyair sufi terkenal menghalusi mata hatinya dengan kata-kata ini :
Aku memohon kekuatan dn Tuhan memberikanku kesulitan untuk menjadikan ku gagah, aku memohon cinta dan Tuhan memberikanku mereka yang bermasalah untukku cari penawar duka, aku memohon keteguhan hati dan Tuhan memberiku bahaya untukku atasi,justeru,aku tidak mmperolehi apa yang kuimpikan, namun aku mendapat segala apa yang kuinginkan.”

ARTIKEL INI SAYA TULIS DAN TERBIT DI DALAM MAJALAH FAJAR TAHUN 2003 @)))--

Hari ini




Dah lama tak menulis ......




Rasa nak tulis sesuatu tapi tak tahu apa.




Ini baru recover dari sakit tekak, demam dan sebagainya (hingga tak boleh cakap), so terpaksa batalkan kelas modular. Minta maaf kepada pelajar2.....so masuk hari ni, dah 7 hari makan macam baby atau orang dah takde gigi. Makan semua main telan jer, takde nak gigit dulu sebab mulut sakit. Menyebabkan penyakit lain pulak datang seperti lemah dan tak cukup darah. Harap Semua doakan kesihatan saya.




Kerja2 seminar Alhamdulillah dah siap 85%, hanya tunggu beg, banner dan buku cenderamata, dan kertas kerja pembentang iaitu Prof. Em. Dato' Dr Osman Bakar dan El-Muhammady. Yang lain2 dah sampai.




Bersyukur kali ni, team2 semua best2, dari promosi yang ada Safura yang rajin dan tangkas buat kerja dan surat2 pada sponsor. Alhamdulillah sponsor pun banyak kali ni (paling banyak kot dari sebelum ni).




Bahagian lain, Kak Zahrah pendaftaran , dan promosi pun ok (cuma kali ni aku tolong buat blog untuk promosi seminar so nampaknya penyertaan dari orang luar amat menggalakkan hampir 100 orang dan mungkin 100 orang dari pelajar KDH sendiri.




Semuanya berjalan lancar......Harap Sabtu nie Allah mudahkan semua urusan perjalanan seminar. Terima kasih Allah!




Di bawah ini, adalah ucapan dalam buku cenderamata, harap2 boleh jadi renungan dan pengetahuan. Kata2 kat bawah ini adalah yang ori dibuat dan tidak diedit lagi oleh pengedit. Yang dalam buku cenderamata tu yang dah diedit.





Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad s.’a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya dahulukan alu-aluan ini dengan berterima kasih kepada pihak pengurusan Kolej yang memberi kesempatan kepada kami untuk memikul amanah melaksanakan Seminar Pengajian Tinggi Islam Kali Ke-7 (SPTI) ini. Kalungan syabas kepada pasukan kerja KDH yang sejak dini menghulurkan komitmen dan kesungguhan yang tidak ternilai.

Juga ucapan selamat datang kepada semua peserta Seminar dan tetamu jemputan yang hadir memaknakan lagi SPTI kali ini. Seminar tahunan ini merupakan salah satu acara Sambutan 20 Tahun KDH yang merupakan ‘kolej rakyat di hati masyarakat.’ Seminar yang bertemakan “Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab” ini merupakan rumusan model manusia sempurna yang paling layak menanggung peranan cendikiawan dalam mendidik umat. Paling tidak, Al-Quran menawarkan tiga ciri Ulu’l Albab yang harus diperankan bagi pembinaan generasi ulung; satu, mereka yang memiliki kualiti ilmu dengan mencari dan gigih menggali serta mengaut butiran hikmah yang bertebaran dalam ayat dan tanda kebesaran-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 269)

Kedua, mereka yang memiliki kualiti amal jihadiyah yang kritis mendengar hujah, bersedia menimbang pelbagai teori dan proposisi serta pendalilan yang sihat (Surah 39, ayat 18). Mereka juga mampu memilih antara buruk dan baik, bahkan rela mempertahankan kebaikan itu – walaupun terpaksa bersendirian dan terasing.

Ketiga – dan bukan yang terakhir – mereka yang memiliki kualiti iman dengan memerhati ayat-ayat al-Quran, membekali diri dengan taqwa dan bangun berdiri di malam hari lalu sujud antara takut dan harap terhadap Tuhan mereka. (Surah 39, ayat 9).

Akhiran, kami merakamkan selautan penghargaan kepada para pembentang, panelis forum, ahli akademik dan tokoh pendidik yang sudi hadir pada hari ini dan menjayakan SPTI-7. Mudah-mudahan secerah cahaya keilmuan ini mencerahkan akal budi kita semua. Tidak lupa kepada para penyumbang, jasa dan jihad anda adalah pohon-pohon yang meneduhkan di sana nanti. Insya Allah.

Sekian, terima kasih. Selamat berseminar.

Wassalam.

SALEHA IDRIS
Pengarah

21 Oktober 2009

TAHNIAH ...PELAJAR MENGIKUTI JOM BINA BLOG

Salam

Kepada semua pelajar yang mengikuti Bengkel Bina Blog Bersama Puan Saleha.....

Belajar betul2 jangan main2.

Tahniah kepada pengarah (Hanis) yang berjaya mengadakan program ini dalam tempoh yang terlalu singkat.

Kepada Semua pelajar MPP..terima kasih

dan kepada semua peserta SELAMAT BERBLOG!

13 Oktober 2009

Hari Wanita Sedunia


Saya tidak sempat mencari tentang kenapa hari ini diwartakan sebagai HARI WANITA SEDUNIA....namun saya rasa saya catitkan artikel ini untuk melihat semula tokoh wanita yang menjadi kebanggan kita dan ikutan kita sehingga putus nyawa terakhir. Tidak lain dan tidak bukan adalah ibunda kita Sayidatina Fatimah binti Rasulillah SAW.






Dengan Nama Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kepada roh Ibuku, Zahra,
cermin kesederhanaan, perasaan dan kesucian,
yang baginya kehidupan hanyalah kesedihan,
sementara kewujudannya bagi saya,
adalah kasih sayang semata-mata.






Dalam sejarah Islam, Fatimah adalah sebuah nama yang mengingatkan kaum Muslimin pada sosok Nabi Muhammad SAW. Dia bukan lelaki gagah, melainkan seorang perempuan soleh dan berbudi luhur yang menyandang gelaran “Pemimpin Perempuan Seluruh Alam” (Sayyidatul Nisa’ al-Alamin). Dia seorang perempuan yang rajin solat, sehingga bengkak kakinya. Dia seorang perempuan yang suka menderma, bahkan di saat dirinya menahan lapar. Dialah Fatimah binti Muhammad SAW, isteri Ali bin Abi Thalib. Aisyah puteri Abu Bakar, yang diperisterikan oleh Nabi, melukiskan Fatimah sebagai “seorang yang paras dan tuturnya mengingatkan kita pada Nabi. Saya tidak pernah berjumpa dengan peribadi yang lebih luhur daripada Fatimah, kecuali keperibadian ayahnya," kata Aisyah memuji Fatimah.

Fatimah lahir di Makkah. Tarikh kelahirannya diperdebatkan. Thabari, Ibn Ishaq dan Sirah Ibnu Hisyam mengatakan lima tahun sebelum kenabian Muhammad SAW. Mas’udi menyebut lima tahun setelah kenabian. Yaaqubi mengambil jalan tengah, tetapi tidak menyebutnya secara tepat dengan hanya mencatat, ‘setelah penerimaan wahyu’. Jadi, ada suatu perbezaan pendapat para pencatat sejarah. Sehingga kini catatan kelahiran yang paling tepat adalah pada hari Jumaat, 20 Jamadil Thani, tahun kelima setelah kerasulan Muhammad SAW. (Kita tinggalkan pembahasan ini kepada para ilmuwan supaya mereka dapat memberi pencerahan kepada kita mengenai tarikh kelahirannya yang tepat). Dia dilahirkan dari rahim perempuan agung, Khadijah al-Kubra. Waktu melahirkan Fatimah, Khadijah menghadapi pemulauan daripada penduduk Quraisy. Saat dia memerlukan pertolongan persalinan, tidak ada seorang pun warga Quraisy yang mahu membantunya. Untunglah atas kekuasaan Allah, datanglah empat orang perempuan dari “zaman lain” yang menolong persalinannya. Menurut riwayat, mereka adalah Sarah, ibunda Nabi Ishak as, Maryam, ibunda Nabi Isa as, Asiah isteri Firaun dan Ummu Kulthum, kakaknya Nabi Musa as. “Mereka semua duduk di sekelilingku dan merawatku sehingga puteriku Fatimah lahir," katanya menceritakan peristiwa itu.

Apapun, yang penting kita menaruh prihatin kepada Fatimah sendiri serta realiti Fatimah. Sekarang, seorang anak perempuan menjadi pemilik nilai-nilai ayahnya, pewaris dari semua kehormatan keluarganya. Dia adalah kelanjutan dari mata rantai para nenek moyangnya yang agung, kelanjutan yang dimulai dari Adam dan melewati semua pemimpin kebebasan dan kesedaran dalam sejarah umat manusia. Rantaian yang sampai kepada Ibrahim dan menggabungkan Musa dan Isa padanya. Yang mencapai Muhammad. Mata rantai terakhir dari keadilan Ilahi, renteten kebenaran yang absah itu adalah Fatimah, puteri terakhir dari suatu keluarga yang mengharapkan seorang anak lelaki. Muhammad telah mengetahui bahawa tangan-tangan nasib tersedia baginya. Dan, Fatimah juga telah mengetahui siapa dia sendiri. Ya! Akidah ini menciptakan revolusi semacam itu. Seorang wanita, dalam agama ini, harus seperti ini. Bukankah ini agama Ibrahim dan Fatimah itu ahli warisnya?

Anugerah Kehormatan Untuk Seorang Wanita

Tidak seorang pun berhak dikuburkan dalam sebuah masjid. Masjid terbesar di dunia adalah Masjidil Haram di Makkah. Kaabah, rumah milik Allah. Ia diabdikan kepada Tuhan. Ia merupakan kiblat di mana seluruh solat di dunia terarah. Pembangunan rumah ini diperintahkanNya, dan Ibrahim melaksanakan. Itu adalah rumah di mana Nabi Muhammad diberi kehormatan untuk membebaskannya. Ia membebaskan ‘Rumah Kebebasan’ ini, tawaf mengelilinginya dan sujud menghadapnya. Semua nabi besar dalam sejarah adalah para pelayan rumah ini. Tetapi tidak ada nabi yang berhak dikuburkan di situ. Ibrahim membangunnya, tetapi dia tidak dikuburkan di situ. Muhammad membebaskannya tetapi dia tidak dikuburkan di situ. Dalam seluruh sejarah umat manusia, hanya ada satu orang yang diberi hak istimewa ini. Tuhan agama Islam menghormati satu orang dengan kehormatan untuk dikuburkan dalam rumah khususNya, untuk dikuburkan di Kaabah. Siapa? Seorang wanita. Seorang hamba. Hajar isteri Ibrahim, ibu Ismail. Tuhan memerintahkan kepada Ibrahim untuk membangun rumah ibadat terbesar bagi manusia, dan di sisinya, kubur perempuan itu. Umat manusia harus berkumpul di sekitar makam Siti Hajar dan tawaf di sana. Tuhannya Ibrahim memilih seorang perempuan antara masyarakat manusia yang besar sebagai tenteraNya yang tak dikenal, seorang ibu dan dia seorang hamba. Dengan kata lain, Tuhan memilih suatu makhluk yang dalam semua sistem kemanusiaan, tanpa kemuliaan dan kehormatan.

Anugerah Kehormatan Untuk Puteri Nabi

Ya, dalam akidah ini, revolusi semacam itu terjadi. Dalam agama ini, seorang wanita dibebaskan secara itu. Beginilah Islam menghargai kedudukan wanita. Dan sekali lagi, Tuhannya Ibrahim telah memilih Fatimah. Fatimah, seorang gadis, menggantikan seorang anak lelaki sebagai pewaris dari kejayaan keluarganya, memelihara nilai-nilai kehormatan dari nenek moyang mereka dan melanjutkan pohon keluarga dan kredibiliti. Dalam masyarakat yang menganggap kelahiran seorang anak perempuan sebagai suatu kehinaan yang hanya penguburannya hidup-hidup dapat menyucikan, di mana menantu terbaik yang dapat diharapkan ayahnya baginya adalah ‘kubur’. Muhammad mengetahui apa yang telah dilakukan takdir padanya, dan Fatimah mengetahui siapa dirinya.

Itulah sebabnya sejarah melihat dengan takjub pada perilaku Muhammad terhadap anak perempuannya Fatimah, cara baginda berbicara dengannya, dan cara baginda memujinya. Kita akan melihat rumah Fatimah di sisi rumah Muhammad. Fatimah dan suaminya Ali adalah satu-satunya warga yang tinggal di samping Masjid Nabi. Mereka berada di rumah yang sama kerana hanya ada satu halaman selebar dua meter yang memisahkan kedua rumah itu. Dua jendela saling berhadapan, terbuka dari rumah Muhammad ke rumah Fatimah. Setiap pagi Nabi membuka jendela lalu menghormati puterinya yang muda usia. Akan kita lihat apabila Nabi ingin melakukan perjalanan, baginda mengetuk pintu rumah Fatimah dan mengucapkan selamat tinggal padanya. Baginda memberi salam dan menanyakan keadaannya. Dalam beberapa dokumen sejarah, tercatat bahawa Nabi biasa mencium wajah dan tangan Fatimah. Perilaku semacam ini lebih dari sekadar hubungan seorang ayah yang ramah dan puterinya. Seorang ayah mencium tangan puterinya, dan dia, puterinya yang termuda! Perilaku semacam ini dalam lingkungan seperti itu merupakan suatu pukulan revolusi bagi keluarga lain. ‘Nabi Muhammad mencium tangan Fatimah.’ Hubungan ini membuka mata orang-orang penting, kaum aristokrat dan majoriti warga Muslim yang berkumpul di sekitar Nabi dengan rasa takjub akan kebesaran Fatimah. Perilaku semacam ini dari pihak Nabi mengajarkan kepada umat manusia dan kemanusiaan untuk datang dan membebaskan diri mereka dari kebiasaan dan fantasi sejarah dan tradisi. Mengajarkan kepada manusia untuk turun dari mahligai ala Firaun, menyingkirkan kesombongan dan penindasan kasar, menundukkan kepala apabila berhadapan dengan seorang perempuan. Mengajarkan kepada perempuan untuk mencapai kejayaan, keindahan manusiawi dan menyingkirkan rasa diri yang rendah dan jiwa yang hina.

Tidak ada seorang pun di bumi ini, termasuk isteri-isteri baginda mendapat layanan istimewa dari Rasulullah SAW, kecuali puteri bongsunya Fatimah az-Zahra. Baginda menunjukkan rasa sayang yang amat besar kepada Fatimah. Pernah suatu saat Rasulullah SAW bersabda; "Oh Fatimah! Allah tidak suka orang yang membuatkan engkau tidak senang dan Allah akan senang orang yang engkau senangi." Di saat yang lain, Rasulullah SAW mengingatkan; “Fatimah itu dariku, siapa yang membuatnya sedih, bererti membuatkanku juga sedih dan siapa yang menyenangkannya bererti menyenangkanku juga." Fatimah yang sangat mirip dengan ayahnya baik secara fizikal mahupun akhlaknya adalah seorang anak yang paling disayangi ayahnya dan sangat berbakti terhadap Nabi setelah ibunya meninggal dunia. Dialah yang sangat besar jasanya ketika Rasulullah menghadapi tahun-tahun yang sulit dalam dakwahnya menyebarkan agama Islam, terutama peranan Fatimah dalam mengisi kekosongan jiwa setelah wafatnya Khadijah al-Kubra. Peranan yang menonjol ini, nantinya membuatkan Fatimah disebut sebagai “ibu dari ayahnya” (ummu abiha).

Justeru itulah kata-kata Nabi bukan saja merupakan keramahan seorang ayah, bahkan membangkitkan rasa tanggungjawabnya dan kewajipannya yang tegas. Beliau menunjukkan penghargaan kepada Fatimah dan berbicara tentang dia dalam istilah penuh sanjungan;

“Empat wanita terbaik di dunia; Mariam, Asiah (isteri Firaun), Khadijah dan Fatimah.”
“Tuhan redha bersama keredhaannya, dan marah kerana marahnya.”
“Kerelaan Fatimah adalah kerelaanku, kemarahannya adalah kemarahanku.”
“Barangsiapa mencintai puteriku Fatimah maka dia mencintaiku. Barangsiapa membuat Fatimah redha, dia membuatkanku redha. Barangsiapa membuat Fatimah tidak senang, dia juga membuatkanku tidak senang.”
“Fatimah adalah bahagian dari tubuhku. Barangsiapa menyakiti dia, bererti menyakitiku, dan barangsiapa menyakitiku (dia telah) menyakiti Allah.”

Mengapa semua ini diulang-ulangi? Apa yang menyebabkan Nabi menekankan untuk memuji puterinya yang muda itu? Kenapa hingga baginda menekankan untuk memujinya di hadapan para sahabat? Mengapa beliau menghendaki semua masyarakat menyedari perasaan-perasaan khusus baginda kepadanya? Dan akhirnya, mengapa baginda begitu menekankan keredhaan dan kemarahan Fatimah? Mengapa baginda sedemikian sering mengulangi kata ‘menyakiti’ sehubungan dengan Fatimah? Jawapan untuknya sangat sensitif dan penting. Itu jelas. Sejarah telah menjawab semuanya. Rahsia dari tindakan menakjubkan ini akan terungkap di masa depan yang dekat, dan beberapa bulan singkat setelah ayahnya wafat.

Ummu Abiha

Sejarah selalu berbicara tentang ‘orang-orang besar’. Anak-anak kecil selalu dilupakan. Fatimah adalah anak termuda dari keluarga Muhammad. Zaman kanak-kanaknya dilewati dengan badai. Fatimah tinggal di Makkah sendirian. Kedua abangnya meninggal ketika masih kecil, Zainab kakaknya yang tertua pergi ke rumah Abu al-‘Ash. Fatimah dengan pahit menerima pemergiannya. Kemudian giliran Ruqayyah dan Ummu Kulthum. Mereka berkahwin dengan anak-anak Abu Lahab. Dan Fatimah kecil menjadi lebih kesepian. Demikianlah halnya apabila kita mengatakan kelahirannya sebelum kenabian. Apabila kita mengatakan selepas kenabian, maka pada hakikatnya sejak saat dia membuka matanya, dia sendirian. Awal kehidupannya bertepatan dengan tugas besar Nabi SAW. Masa yang penuh dengan perjuangan, kesulitan dan ancaman yang membayangi rumah Nabi.

Sementara ayahnya menjalankan tugas menyedarkan umat manusia dan menghadapi permusuhan dari musuh-musuh manusia, ibunya mengurusi Sang Nabi. Dengan pengalaman awal kanak-kanak, Fatimah merasakan penderitaan, kesedihan dan kepongahan hidup. Kerana dia sangat muda, dia dapat bergerak dengan bebas. Dia memanfaatkan kebebasan ini untuk menyertai ayahnya. Dia tahu bahawa ayahnya tidak mempunyai kehidupan sendiri untuk memungkinkan baginda memegang tangan puterinya, berjalan dengan bebas di sepanjang jalan dan pasar. Baginda selalu sendirian. Dalam gelombang permusuhan itu, baginda berenang dengan bahaya dari semua sudut. Gadis kecil itu, yang mengetahui nasib ayahnya, tidak pernah membiarkan baginda berjalan sendiri. Sering dia melihat ayahnya berdiri di tengah kerumunan orang. Baginda berbicara kepada mereka dengan lembut, namun mereka mengusir baginda dengan kasar. Satu-satunya jawapan mereka adalah mengejek dan memusuhinya. Baginda dicekik rasa sepi dan tidak berteman lagi. Tetapi dengan tenang dan sabar, baginda menyeru kelompok lain walaupun penuh lelah dan tanpa hasil. Sejarah memperingatkan kita bahawa pada suatu waktu ketika baginda masuk ke Masjidil Haram, baginda dimaki dan dipukul. Namun Fatimah gadis kecil berdiri sendirian dekat tempat kejadian itu, memperhatikan dan kemudian pulang bersama ayahnya. Di hari lain ketika baginda sujud di masjid dan musuh-musuhnya melempar perut kambing, tiba-tiba Fatimah kecil mendekati ayahnya, memungut najis haiwan itu lalu membuangnya. Dengan tangan-tangan kecilnya yang penuh kasih, dia membersihkan kepala dan wajah ayahnya, menghibur beliau, lalu kembali ke rumah mereka. Orang yang melihat gadis kecil kurus yang lemah ini, sendirian, di sisi ayahnya yang pejuang, melihat betapa dia menghibur baginda. Dia mendokong Sang Nabi sepanjang kepahitan dan penderitaan hidup. Dengan perilakunya yang murni, dia menaruh simpati kepada Nabi. Dia merawat dan menghiburkan Rasulullah. Kerana inilah dia dinamakan Ummu abiha, ibu dari ayahnya.

Epilog

Fatimah hidup seperti itu dan wafat seperti itu. Setelah wafatnya, dia memulai suatu kehidupan baru dalam sejarah. Fatimah muncul sebagai suatu payung suci di wajah-wajah semua orang tertindas yang kemudian menjadi jamaah Muslim yang besar. Semua orang yang telah diceroboh haknya, yang diperas, yang tertindas, yang menderita, yang hak-haknya telah dihancurkan dan dikorbankan dengan tekanan dan tipuan telah membawa nama Fatimah sebagai slogannya. Kenangan kepada Fatimah tumbuh dengan cinta, emosi dan keimanan yang menakjubkan dari para lelaki dan wanita yang sepanjang sejarah Islam berjuang untuk kebebasan dan keadilan. Sepanjang abad mereka dipelihara dengan sebatan berdarah yang tak kenal belas kasihan oleh kekhalifahan. Teriakan dan kemarahan mereka tumbuh dan melimpah dari hati mereka yang terluka.

Itulah sebabnya maka sejarah bagi seluruh umat Islam dan mereka yang hak-haknya diragut, Fatimah adalah sumber inspirasi bagi kebebasan, hasrat, para pencari keadilan, orang-orang yang melawan penindasan, kekejaman, kejahatan dan diskriminasi. Amat sangat sulit untuk berbicara tentang keperibadian Fatimah. Fatimah adalah wanita yang dijadikan simbol oleh Islam agar dicontohi. Konsep pandangannya dilukiskan oleh Nabi SAW sendiri. Baginda meleburnya dan memurnikannya di api kesulitan, kemiskinan, perjuangan, pemahaman yang mendalam dan keajaiban manusiawi. Dia adalah simbol dalam segala dimensinya sebagai wujud seorang wanita. Simbol seorang puteri apabila menghadapi ayahnya. Simbol seorang isteri apabila menghadapi suami. Simbol seorang ibu apabila menghadapi anak-anak. Simbol seorang wanita bertanggungjawab, wanita yang berjuang apabila menghadapi zamannya dan nasib masyarakatnya.

Dia adalah suatu teladan ideal wanita yang memikul kesaksian yang ingin menjadi ‘dirinya sendiri’ melalui pilihan sendiri. Dia menjawab pertanyaan tentang bagaimana menjadi seorang gadis kecil yang berjiwa besar, remaja yang mengisi makna hidup, isteri yang mencintai dan ibu yang mencetak keluarga dengan warna mithali. Lebih dari itu menjadi seorang manusia maksum yang dengan kefaqiran jiwa terdalam menggapai Tuhan, Tuhannya Fatimah, lambang keperibadian dan kembang cinta yang sungguh menakjubkan.

Fatimah tidak mempunyai kubur untuk kita tangisi, maka saya datangkan makam ibunda Fatimah untuk sedikit sebanyak kita renungi sejarah keluarga Rasulullah yang dicintai. Pernah kah kita menyelidik sejarah Fatimah?




*** Lantas marilah kita mengambil contoh hidup Fatimah Zahra' sebagai idola dan lambang kehidupan kita dalam bekeluarga dan kita pasakkan dirinya bersama dalam berhubungan bersama Allah . Janganlah menjadi wanita yang hanya punya mulut tetapi membawa kecelakaan , punya hati tapi busuk yang amat namun biarlah hati yang kita miliki merah umpama mawar mekar , bibir molos menjadi manis bila berbicara dan akhlak yang murni dipandang orang manis perilaku ditimbang Tuhan dalam kebaikan.






06 Oktober 2009

PENAT & INSAF

Salam pada semua.

Dah lama tak jenguk blog ni, makin sibuk rasanya.....saya harus bahagikan otak saya kepada bahagian2 yang mempunyai pelbagai tugas.

Dengan kata lain saya harus menggunakan otak yang diberi oleh Allah semaksima mungkin dari sebelum ni. Jika sebelum ni otak saya hanya digunakan hanya untuk memikirkan tentang pelajar, pengajaran dan pembelajaran saya dan perkara lain sekarang sudah ditambah dengan perkara2 yang lebih besar dan lain.

Kadang2 manusia penat/letih dengan pekerjaan akan jadi stress dan mungkin akan lahir gejala marah2 (kalau kat rumah mungkin nak melenting), tapi adakah ini yang dikatakan sebagai nilai Islam.



Di dalam otak ada satu sel yang dinamakan neuron. Jika kita bekerja dengan menghubungkan setiap pekerjaan dengan nama Allah, maka sel2 ini akan bercantum dengan lebih baik dan menyebabkan proses di dalam otak lebih baik dan berkesan.

Mungkin sebab ini , saya banyak kerja kot, sebab Tuhan ingin memberikan saya ruang dan peluang untuk membaiki otak saya agar menjadi lebih baik.

Walaupun letih namun dalamnya ada keinsafan. Terima kasih Tuhan.

Apapun nanti balik rumah saya tetap ceria untuk melayan gelagat anak2 kurniaan Tuhan. Terima Kasih Tuhan kerana memberi anak2 penyejuk mata penawar di hati.