Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

19 Mei 2010

Bot ini




Di dalam bot yang kecil ini
aku diajar mengenal erti diri
lautan ku tidak luas
hanya sekecil cuma

namun jiwa ku di dalam bot ini
harus besar nampaknya
Jika tidak gelora besar
tak mampu bertahan
kerana bot ini kecil

Di dalam bot ini ada seorang pejuang
matanya besar garang
jiwanya besar mendalam
hati nya tabah menikam
dengan kuatnya diri
bot kami tetap belayar

Bot ini selalu bocor
tampalannya adalah kain kami
kami koyakkan untuk menampalnya
Bot ini....
Sudah buruk sudah lama
Tapi pernah menolong di waktu susah
pernah menumpangkan aku
dengan barang-barang ku yang banyak

Pernah dulu aku tiada bertempat berteduh
Barang ku dicampak-campak
Diri pernah gundah gulana
Waktu itu bot ini
ditiup angin
mendekati aku memberi ku perlindungan

Tapi ....



Maafkan aku bot
Aku terpaksa belayar lagi mencari bot yang baru
BUkan tidak mengenang jasa
Bukan lupa budi pernah ditaburkan
Aku harus menampung diri ku lagi

Perlu mencari bot yang lain
Mungkin lebih selamat
Aku tetap takut
Takut pada ujian
walau apapun bot yang aku naiki
Aku tahu gelora tetap datang

Tuhan bantu aku dan bot ini
Jangan karamkan kami !



17 Mei 2010

Raikan


" Husin cepatlah sikit, nanti kita lambat"....

Pagi itu Husin bangkit dari tidur awal paginya dalam pukul 7.00 pagi, gosok gigi, mandi dan terus pakai baju warna kuning dan bertopi kuning.

" Hari ni Husin sukan tau, Husin nak nombor berapa? " Tanya mama sambil berharap adalah hadiah yang akan dibawa selain hadiah saguhati. Sebelum hari sukan lagi mama dah ajar Husin untuk menetapkan matlamat. Dia nak menang nombor berapa atau tak menang. Mana yang Husin pilih. "Abang nak no 2 lah mama" . Ujar Husin. "Isyh anak aku ni, no 1 tak nak ...no 2 pulak, macam cerita Iran 'Children of heaven'" , bisik mama di dalam hati. Filem Children of Heaven adalah filem Iran yang mengisahkan tentang seorang abang yang memasuki pertandingan lumba lari dan bercita-cita untuk memenangi tempat kedua kerana hadiah yang ditawarkan adalah sepasang kasut. Dan dia sangat ingin memenangi kasut itu.

Sampai di Stadium Kajang agak-agak jam 7.40pagi, mama dan abah menemani Husin. Adik2 akan menyusul kemudian dengan nenek dan pak uda dalam pukul 10.00 pagi.

Sampai di sana kelihatan Puan Azizah , teman sejawat mama satu jabatan di Kolej. Kelihatan bersama 3 orang anak, suaminya tak dapat datang kerana ada kelas master...tabahnya puan bersama-sama 3 org anak.
Husin bersama kawan baik (dia selalu sebut nama) Uwais
Beratur untuk perarakan barisan di padang


Di hari begini, tentu ibubapa ingin bersama meraikan hari kecergasan anak2. Hari bersukan. Hari ni ada yang ibubapa nak tengok anak2 mereka menjadi juara sukan atau sekadar untuk mengisi jadual tadika. Bagi aku seorang mama hari ni nak lupakan segala bebanan kerja dan meraikan seorang anak dalam perkembangan umurnya ......

Selepas bersarapan secara berkala roti coklat gardenia yang dibekalkan (sepatutnya AJK letak dalam plastik peruntukkan setiap seorang, jadi senang diberi pada anak2 tadika). Beratur untuk perarakan. Semasa perarakan nasyid asmaul husna , lagu perjuangan dan doa oleh pelajar umur 6 tahun kemudian ada senaman ringan sambil menyanyi lagu anak kucing. Mama tak suka sangat lagu ni sebab geli dia sebut anak kucing duduk atas riba...hisyhhh!!!!

Ok , banyak lah acara yang dipertandingkan ......


Tapi Husin masuk acara lari pecut (kalah yang ni dapat no 4 dari belakang), acara masuk bola dalam pingpong dapat no2 tapi masa dekat mangkuk kedua husin masuk bola salah dalam mangkuk org lain tapi nasib baik AJK cepat2 cakap jadi dapat gak Husin no2, yang kutip bola pingpong pulak mama ingat Husin kalah tapi dapat no3 oklah...Masa acara pertama Husin kalah sebab dia tengok orang (1st time berlawan tu lah tak biasa), acara lain mama dan abah asyik abgi semangat macam mak dan ayah orang lain. KAlau anak bertanding ada mak ayah yang sorak nama anak bagi semangat (kalau nak bersorak bagi anak dengar pakailah mikrofon, kalau tak mana anak nak dengar sambil lari2, dah lah bising keliling, tu tak campur MC bercakap...)

Habis acara untuk anak2 ni, acara mak ayah pulak. Abah masuk acara lari berganti tapi kalah sebab abah lari laju sangat kot, bila pas kat Husin tertolak Husin jatuh...ahahhaahah....happy betul semua org gelak2...lepas tu ada lah abah masuk lagi 1 acara tapi kalah jugak....akhirnya mama penat bagi semangat , abah penat berlari dan Husin kembali ke khemah.....ingat kan nak tunggu acara bagi hadiah .

Tiba-tiba dengar MC announce, "acara kaedah pakai tudung suami isteri masih tidak cukup peserta hanya 4 orang sahaja", sesiapa yang berminat sila beri nama pada MC". Sebelum tu Sahid pelajar mama ada suruh masuk acara ni tapi mama kata malu lah, akhirnya bila tgk cian takde org masuk jadi mama tanya pada abah, nak masuk tak acara ni, jomlah cian kat diorang". Lalu abah anggukkan kepala kami pun bersedia di padang trek. Berbanding acara lain mmg acara ni tak berapa dapat sambutan akhirnya adalah 6 orang yang masuk tapi masa dah tiba acara tu hanya 4 org sahaja.

Acara ini adalah acara suami memakaikan tudung untuk isteri. Puan Azizah senyap2 datang dan ambil gambar mama dan abah dalam pertandingan dan dah add dalam facebook dia...heheheh...

Berdebar juga mama tunggu nak dipakaikan tudung oleh suami apa lah kelihatannya.....Selepas wisel dibunyikan , abah berlari dengan laju dan pakaikan tudung mama....abah dengar arahan mama ttg cara pakai tudung, "sengetkan tudung ni, ok pen kat leher ni jangan cucuk leher aku sudah lah, ok yang pendek pin kat tepi bahu, yang panjang lilitkan , ehh jangan lilit leher lilit ke atas kemas2....ok dah pin kemas2..."

Dan kami sebut SIAPPPPPPP!....kami org pertama siap, apsal cepat lak? hehehe....

Nampak macam kami menang No 1 tapi tak confirm lagi sebab pengadil akan adili kekemasan pulak...Lepas semua peserta siap , dan kami diadili YESSS , dapat no 1...hehehe....

Pandai gak abah pakaikan untuk mama, kemas dan teratur.

Kami no 1 , No 2 sebelah kiri dan no3 sebelah kanan

So hari tu kami raikan dapat NO 1, 2, 3.....No 1 mama dan abah menang, NO 2 dan 3 HUSIN menang.....

Syabas dan Excellent anak mama dan abah....

13 Mei 2010

Berjuang

Salam anak2 mama,


Apa yang terbaik akan mama sediakan buat kalian.....cinta dan kasih mama pada kalian fitrah alami yang Tuhan anugerahkan. Kehidupan yang baik akan mama bentangkan buat kalian agar kalian mendapat kasih sayang ini dan kalian membesar dengan ketenangan dan kedamaian....


Doakan mama bahgia di atas setiap pengorbanan ini. Apa saja mama lakukan , mama mesti dahulukan anak2 mama, fkiran mama hanya untuk kalian. Cita2 mama adalah kalian yang menunjanginya.


Mungkin itulah jiwa seorang mama....


Mama tahu apa saja yang mama buat anak2 bila besar akan persoalkan kesannya. Tingkahlaku mama yang sekarang hasil dan kesannya akan tertempias juga pada anak2 di masa depan . Maka itu, keputusan mama harus memikirkan anak2....

Hargai apa di sisi kamu


10 Mei 2010

Hutang Mama

Suatu petang, seorang anak kecil berlari menuju ibunya di dapur. Tergesa-gesa dia menyerahkan sekeping kertas. Si ibu lantas mengambil dan melihat apa yang tertulis di atasnya:

Potong rumput: RM5.00
Kemas bilik tidur minggu ini: RM2.00
Temankan mama ke Tesco: RM2.30
Jaga adik tidur: RM3.00
Buang sampah:RM2.00
Buat kerja sekolah: RM3.00
Jumlah hutang: RM17.30

Si ibu menoleh kepada anaknya sambil tersenyum. Si anak menanti dengan penuh harapan. Lalu si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas tersebut. Setelah beberapa minit, kertas itu diserahkan semula kepada anaknya. Dia membaca apa yang tertulis di atasnya:

Mengandung 9 bulan: percuma
Berjaga sepanjang malam, merawat dan berdoa: percuma
Buatkan susu dan pujuk supaya tidak menangis: percuma
Belikan mainan, baju, kfc dan lap hingus: percuma
Kasih sayang: percuma
Jumlah hutang: halal


Selesai membaca dia merenung ibunya. Airmatanya mengalir. Hanya yang mampu diucapkan ialah, “Mama, saya sangat mencintaimu.”

Dia lalu mengambil pen dan menulis di atas kertas dengan huruf besar:

SAYA BERHUTANG DENGAN MAMA DUNIA AKHIRAT!!
Selamat Hari Ibu

07 Mei 2010

NAK......

Salam ,

Ada pelajar bertanya kan saya , " puan, sekarang ni blog puan dah selalu tak update".....alamak ! saya terfikir dan terbenam imaginasi masuk ke dlam neuron otak saya....

Macam2 rasa ada.....malu, segan, malas , kesian (kat pembaca blog saya).....

Saya akui , saya mmg bercuti 2 bulan , bukan saja bercuti kerja sebab bersalin tetapi juga bercuti duduk depan komputer masa pantang, itu pun curi sikit2 masa dah larat duduk tapi hanya sebentar tak sampai 6 minit setengah terus bangun....

Sekarang lepas bercuti (n baru 3 minggu masuk kerja), saya hanya ada 4 posting kot seingat saya.....

Jawapan saya kepada pelajar itu, saya sibuk ke sana sini...(mudah saja, jom kita menyanyi ke sana sini jom bergembira mudah saja)....kalau nyanyi macam ni (mudah saja zikir ini, agar hati ingat Allah di sana sini di sini sana)....ini lagu iklan celcom...isyh apa saya merepek ni....

Saya beritahu pelajar tu, selepas saya bercuti dalam masa 3 minggu ni saya ada banyak tempat nak pergi, pertama ke agrotek Hulu Langat (teman pensyarah pengajian Islam dan bahasa Arab yang manja dengan saya (hehehe) menyuruh saya menemani mereka atau tunjuk jalan sebab saya jer tahu tempat tu maka di ajak pergi tunjuk tempat untuk buat program mukhayyam lughawi untuk pelajar .

Kemudian saya ke OUM bincang pasal degree in psychology untuk pelajar KDH transfer kredit ke sana ...insyaAllah bakal membuahkan hasil (tapi pelajar ni suh saya pergi bincang kat UM , UPM, UKM ....isyh banyak pulak saya nak pergi....saya kata kalau nak suruh saya pergi semua tu bincang , saya kata kena ada 1000 pelajar kat KDH...hehehehe....baru saya buat...

Saya juga ke USIM untuk degree in councelling tapi nampak macam sukar sedikit....

Walhasil saya jugak seperti dia , hari2 buka blog saya ....mana tahu ada org masuk entry saya dan tuliskan entry ...hehehhe...macamni kena cari PA buat blog pulak lah....

Apapun sejak menjatuhkan jawatan satu lagi saya dilantik untuk jadi acting jawatan lain pulak,.,...maka saya harus berkecimpung dengan kerja2 teknikal yg mmg saya tak suka sejak sekolah, sebab saya suka kerja yang interaction dengan orang (pemasaran....dah lama jugak saya tinggalkan , just serve client sikit2 j)....

Kenapa saya tak suka, saya tak suka buat kerja yang kecik2 nie....contoh kena check satu2, fotostat, print, stapler, punch dan sebagainya .....

Saya juga terpaksa berebut untuk hantar artikel ke AKK (nak terbit dalam jurnal)....bila nak menulis (saya kira sempat kot sebab nak buat book review jer) tajuk buku saya nak review pasal cara otak berfikir ....best buku ni , kalau dah siap saya buat entry dalam blog saya....

Ada dua artikel saya yang tak siap , satu pasal informal learning (menurut suami saya menarik untuk ditulis dan satu lagi tajuk peranan ibubapa di dalam personaliti remaja (menurut suami saya tak de poin sangat artikel ni ....yang kalau dia tak kritik tentu saya dah edit dan hantar, berbanding artikel informal tajuk best poin best cuma nak duduk menaip dan buka buku masih takde masa lagi).......apapun saya akan berusaha sebagaimana ulama2 dulu menulis.....tapi mereka mengorbankan malam untuk menulis buku, tapi saya korbankan malam untuk rehatkan badan kerana jika tak cukup tidur 5 jam badan saya letih lesu dan lemah.....)

Apapun saya akan cuba bahagikan masa dengan baik 24 jam ini (untuk diri saya, suami, mak ayah, anak2, adik beradik, adik beradik suami, nenek suami, pelajar, staf KDH dan masyarakat semuanya).....supaya bila saya mati saya ada 3 bekal untuk dibawa....

1. ilmu manfaat
2. sedekah jariah
3. Doa daripada anak2 saya (anak2 soleh & solehah )masa saya dalam kubur sejahtera dan bercahaya hendaknya.....

" Ya Allah, jadikan anak2 ku penyejuk di mataku penawar di hatiku.....jadikan mereka orang2 yang berjaya di dunia akhirat , di bidang yang mereka ceburi, jauhi hindari mereka dari dosa2 kecil dan besar, pengaruh buruk dan terkutuk yang engkau tidak redhai....Jadikan Husin Syirazi, Hasan Masyhadi, Zahra Shirini, Haura Fatimi...anak2 yang cantik akhlaknya, berbudi bahasa dan menghormati orang2 tua...biar ke mana saja mereka pergi,,,,peribadi mereka adalah Al-Quran dan sunnah nabi Mu......ameennnnnnn......"

Sekian, amin.....

04 Mei 2010

Kisah kami

Salam semua....

LAma tak menulis di blog....alasan tak perlu cerita (aku mmg jenis org tak suka dengar alasan sebab slogan hidup aku banyak alasan adalah tanda orang yang gagal)....

Tulisan ni ada aku ambik sikit2 kat blog suami, sebab cerita dan "kisah kami" adalah sama....

Yang aku nak cerita ialah kisah hujung minggu aku. Sepatutnya aku balik kampung suami di 2 minggu lepas untuk uruskan perkahwinan adik bongsu nya. Rancangnya nak adakan kenduri kat KL, tak jadi. So mereka pakat buat kat kampung. Awalnya suami aku ingat banyak menda yang dah setel, tetiba nenek call suruh balik gak.

Kami asyik tertangguh sebab minggu pertama anak aku yang no 3 demam, pastu tu pulak abang dia jatuh terseliuh kaki. Tambah pulak Roadtax keta pun dah sebulan tak idupkan. Pastu tu pulak suami kena handle program. Pastu pulak aku ada kelas Sabtu Ahad. Pastu macam-macam lagi.

So, hari Jumaat 30 April baru nie, kami nekad balik kampung. Urusan mesti diselesaikan, full stop. Takde pastu-pastu lagi dah. Kalau tak balik minggu ni lagi 2 minggu baru nak free balik, urusan perkahwinan adik tak buat lagi. Rerupanya Jumaat tu aku dah masak nasi, kunyitkan ayam nak goreng buat bekal, kemas baju anak2, semua kira dah settle nak blik kampung, dan siap ambik cuti ...tapi suamiku masih banyak kerja nak siapkan.

So nak jadikan cerita hari Sabtu pagi kami gerak melalui plus highway. ding-dong2 pukul 3 petang sampai kampung. pukul 5 adik beradik suami pun sampai jugak dari kl.
malam rehat sikit. pagi ahad suami ku, abang ipar ku yang cute tak kawin lagi , adik ipar ku yang umur baya ngan aku tak kawin lagi sebab asyik putus jer...hahaha (maaf jo), adik ipar perempuan ku dengan anaknya 2 tahun (dia ni assistant adik bongsu lah sebab adik yang nak kahwin ni tak balik ) dan aku serta , anak aku yang 2 bulan dan 1 1/2 tahun bersama2 dalam kereta start operasi.

Dalam setiap perjalanan aku tak turun kereta hanya suami, dan 3 adik beradik yang turun ....aku jaga anak safiyah (anak buah), baby haura dan zahra...cuma turun di pasir mas sebab dah penat duk dlm keter....

pertama kami cari guest house untuk rombongan sebelah lelaki yang nak datang nanti. pusing sana sini, call "sini sana jom bergembira mudah saja"..booking satu banglo dan satu semi-D. yang lain2 reserve.

pastu cari set pelamin. part ni paling seksa. nak cari yang sebijik macam adik aku nak memang payah. dia google dalam internet, download gambar pastu nak suruh cari menda alah tu kat kelantan. singgah ayer lanas, bukit bunga, rantau panjang, pasir mas dan tanah merah. sampai orang tu kata, "adik awak ni taste tinggi ni. adik fasha sandha yang saya uruskan pun tak cam gini." hahahha. sorang tu pulak kata, "ni kalau kat kl baru ada nih..tu pun harganya mungkin dalam 20-30 ribu kot.." aduyai. last sekali, mungkin sebab dah nak jadi rezeki, dapat la satu kedai tu dengan harga bajet. ok la tuh.

pastu cari set bilik tidur. syarat nak serba putih. satu hal lagi dah..
pastu cari kek pulak. ni pun satu hal jugak. kek fondant bunga meleleh warna light bulat dua tingkat dan halal. pusing sana sini jugak baru la dapat. harga dia kalau ikut standard aku yang bukan kerja petronas ni mmg mahal lah, setakat nak makan kek cukup lah puluh2 tak perlu ratus2 ....membazir pun satu hal... masa tu dah dekat pukul 8 malam dah.

selesai semua, kami balik semula ke rumah. sampai jam 9 malam, mandi, packing barang2, terus bertolak semula ke kl dalam pukul 10.30 malam. tengah malam2 lalu hutan grik dengan anak2 yang masih kecil ditemani bulan mengambang dan sesekali lolongan anjing hutan, dengan badan yang keletihan. Nasib baik tak jumpa gajah.....terpaksa juga bertolak malam sebab pagi esok aku kena ada kat Open University MAlaysia pukul 10 pagi nak bincang pasal program degree psychology kerjasama dengan Kolej Dar al- Hikmah. Kalau aku tak pergi, jatuhlah kredibiliti aku dan aku nak program ni jalan cepat , nak bagi student KDH kat sini boleh sambung degree....aku ingat nak suh mereka start program bulan Mei ni tapi tak fair lah sebab aku baru rquest , so maybe start bulan september, InsyaAllah.

Dalam perjalanan ingatkan nak bertukar memandu dengan suami tapi aku betul2 mengantuk.....cian gak kat suami tapi dia ni takut aku bawak...maka dalam mengantuk kereta terbengkok2....

pukul 12.30 mlm sampai sungai perak. suami basuh muka sikit, sambung lagi perjalanan. pukul 3 pagi mata mula mengantuk. lelap setengah jam kat rnr ladang bikam. pastu jalan terus sampai kajang pukul 5 pagi. Anak2 pun tak ada kerenah lah sebab bertolak malam, semua tidur lena sampai kajang.

tidur kejap, bangun mandi pergi ofis. berkumpul dengan orang2 besar kolej kemudian bertolak ke OUM.....

minggu depan suami nak kena balik edar kad, jemput sedara mara, setelkan khemah, renovate rumah, wiring, jenis menu dll. OOOO...mesti org terfikir apsal adik beradik aku urus semua...sebab mereka tidak ada mak ayah....anak yatim piatu , yang ada nenek seorang sahaja penjaga mereka....sedih pulak aku tulis. (tiba2 air mata keluar). Walhasil aku kahwin pun tak pernah rasa kasih sayang atau jeling2 marah mak/pak mertua, arwah ayah meninggal masa suami ku tingkatan 1, arwah mak meninggal masa suami ku belajar di oversea, tak sempat balik tgk arwah mak sebab dia exam.

So, suami ku dan adik beradik nya tengah berusaha mengungkapkan kasih sayang kepada adik kami yang bongsu tu. kasih yang betul-betul. bagi mereka inilah amanah arwah ibu yang harus ditunaikan. seperti ibu yang tidak pernah minta setiap kasih sayangnya dibalas, mereka juga membantu adik sejujurnya. paling penting mereka tidak menangis. atau sekurang-kurangnya - tidak hanya menangis.

Bagi mereka satu-satunya pusaka arwah ayah ialah memberikan mereka pengertian tentang makna kehilangan. kehilangan ayah menjadikan mereka semua ayah-ayah yang sentiasa memikirkan antara satu sama lain. semua mereka - setelah ketiadaan ayah - bekerja, berfikir dan bertindak seperti ketua sebuah keluarga. Mereka menjadi dewasa lebih cepat daripada usia mereka. rata-rata mereka faham sangat erti berdikari, semangat, perjuangan, pengorbanan dan makna kehilangan.

Aku doakan semoga kasih sayang mereka adik-beradik tidak akan pernah pudar. atas nama kasih sayang, dan untuk generasi kami yang akan datang, kami tidak akan berhenti dan menangis kerana kami faham benar makna kehilangan.