Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

04 Ogos 2010

Rapport For Us

Anda tahu apa itu rapport, kalau dalam Bahasa Melayu nya membina hubungan....atau dalam maksud yang lain cuba mendekatkan jarak yang jauh. Contohnya kalau dalam bisnes, biasa kita buat bisnes kita cuba approach orang asing yang mana kita tak kenal dia. Tapi kita cuba mendekatkan jarak kita dengan dia dan start guna rapport ni. Rapport ni gunanya untuk kita merasa dekat dengan dia dan mudahkan kita berbicara dengan dia tanpa ada sesuatu yang menghalang. Dan kita harap kita punya komunikasi dengan dia berjalan dengan lancar. Itu serba sedikit tentang rapport ni. Kalau tak faham tanya lagi yer....

Saya belajar tentang rapport semasa aktif dengan perniagaan amanah saham saya PUBLIC MUTUAL 6 tahun yang dulu. Saya belajar dari mentor saya Pn Zaiton Yahaya dan Puan Azizah Saad.

Ternyata dengan membina rapport dengan client saya berjaya merealisasikan impian saya. Saya berhasil 3 kali memenangi jualan terbanyak dan melayakkan diri ke Beijing , Guangzhou dan satu lagi tak ingat (oh itu nyaris2 sebenarnya , short dalam 30 ribu jer, jadi tak dapat pergi )

Hari ni saya nak ajar semua orang termasuk saya, kawan-kawan pelajar saya yang kebanyakannya guru atau pensyarah atau pendidik. Macamna kita nak bina rapport dengan pelajar.

Bila kita bina rapport dengan pelajar kita akan cuab membina emosi yang positif di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan membina rapport yang baik dengan pelajar kita sebagai pendidik senang didekati oleh pelajar dan kita merasakan pelajar seperti kawan-kawan kita juga (sambil tidak melanggar batas dan mengekalkan rasa hormat kita sebagai pendidik).

Bagaimana untuk membina rapport di dalam kelas?

1. Dengan tunjukkan " sense of humor" , buat jenaka atau lawak yang simple untuk bagi pelajar kita ceria dan boleh senyum2...tak delah muka mereka ni tegang jer. Kita juga kena hargai mereka susah2 datang ke kelas dan timba ilmu. Lagi2 kalau di Kolej saya hari Sabtu dan Ahad....masing2 berkorban datang kelas macam kita juga. Jadi bagi mereka ceria dan gembira di dalam kelas.

2. Menggalakkan perbincangan di dalam kelas. Jangan kita cikgu atau pensyarah ni yang syok sendiri jer mengajar. Ini mungkin boleh dilakukan di masjid @ surau (ceramah agama yang biasanya dianggap mengantuk). Mungkin kalau cikgu KAFA tu boleh suruh anak2 murid bercerita tentang pengalaman mereka ambil wuduk dan sebagainya. Di samping soal mereka soalan yang boleh kecutkan perut mereka dan lepas tu tak dapat jawab kena denda pula.

3. Tunjukkan minat kita pada mereka.
Opss...ni bukan nak mengurat atau apa pun...Tapi maksudnya tunjuk bahawa pelajar adalah orang yang layaknya dihargai. Caranya , adalah dengan mengingati nama mereka. Kalau cikgu saya sekolah rendah dan menengah sebut nama saya ...amat lah saya terharu! Kita rasa dihargai oleh guru bukan? Best kan kalau orang menghargai kita. Lebih2 lagi guru kita yang martabatnya dan ilmu nya telah dicurahkan buat kita.

4. Berkongsi pengalaman peribadi juga dapat mendekatkan diri kita dengan pelajar. Tapi jangan cerita sampai syok sendiri yer....
Tapi kita bercerita atau kaitkan cerita dengan subjek yang kita ajarkan .



Antara Tips Untuk
Membina Rapport yang BAIK
dengan pelajar:



* Belajar untuk menyebut nama mereka di dalam kelas.
Yang ini Alhamdulillah saya dah amalkan. Saya pelajari kaedah ini dari pensyarah saya di UIA dahulu DR Haryati Shahrima Abdul Majid.

*Tahu sesuatu tentang minat, hobi dan cita-cita pelajar.
Yang ini pun saya ada amalkan sikit2. Kadang2 ada pelajar yang tak suka berkongsi. Memang susah nak bagi orang tak suka kat kita tapi dengan membina rapport yang baik ianya PASTI BERJAYA

* Bina contoh peribadi yang releven
* Datang kelas tepat pada masanya dan sentiasa berbual2 dengan pelajar.

* Sentiasa on line atau kalau boleh bina rangkaian sosial.
Kalau dulu pensyarah saya guna Yahoo forum. Senang kami nak berkomunikasi tentang pelajaran. Sekarang kita guna facebook. Ustaz Hasmuri yang mengajar saya di Sekolah Menengah Agama dulu pun ada fb ni. Kami masih boleh berbual dengan ustaz dan mendengar kata lawak ustaz.
Kita juga boleh menggunakan email untuk menguruskan tugasan atau projek pelajar.

* Komunikasi lebih dan kurangkan bercakap
Di sini perlu ada pembelajaran aktif dan interaktif.

* Beri hadiah atau puji-pujian yang senang jika mereka bercakap atau menjawab soalan .

* Mata bertemu mata
Bahasa Inggerisnya eye to eye contact. Bila kita mengajar jangan tengok satu tempat jer...contoh asyik pandang luar atau mata kita tengok atas ceiling atau tengok bawah lantai. Perhatikan semua pelajar semasa kita mengajar. Kalau bagus lagi berdiri dan jangan duduk. Dengan begini , kita dapat mengikuti tumpuan pelajar di dalam kelas kita.
Tapi jangan pula, kita menjeling, mengintai atau buka mata besar (macam mata orang nak marah)

* Jangan lupa SENYUM
Pelajar mudah dekati kita adalah dengan melihat kita tersenyum.
PERCAYALAH!!!
Dengan wujudkan RAPPORT ini suasana di dalam kelas akan berubah, pelajar pun akan berubah apatah lagi KITA BERUBAH!
-mereka akan seronok datang kelas
-minat kepada belajar semakin meningkat
-memberi motivasi yang tinggi kepada mereka.
-pelajar dan pendidik mempunyai hubungan yang baik seperti kawan.

Tiada ulasan: