Ramadhan semakin dekat, berdebar juga rasa bercampur gembira. Tetapi ada juga rasa sedih sebab amalan di bulan Rejab dan Shaaban sangat lah kurang. Mungkin sya boleh rate sebagai C...sebab bangun malam hanya 2 3 kali, baca Quran juga tidak hari2 (kecuali semasa mengajar anak mengaji), zikir pun kurang, dan serba serbi kekurangan. Ya ALLAH ampuni aku....
Dan kini , menjelang Ramadhan, bulan mengutip berlian dan emas, saya cuba untuk membuat dan memnuhi check list untuk tahun ini dengan tanggung jawab yang semakin bertambah. Apa pun saya cuba melaksanakan dengan gembira dan redha. Ameen...
Saya cuba mengikuti jejak langkah sahabat saya dalam membuat check list, sambil saya berfikir takkan ada target untuk goal planning tahunan seperti setiap tahun yang saya lakukan. Maka saya juga membuat target untuk setiap hari, setiap minggu dan di penghujung Ramadhan yang saya perlu capai. Risau tetamu istimewa ini berlalu tanpa saya sedar betapa penting kedatangannya. Secara ringkas perkara yang hendak dicapai serta bilangan yang saya sendiri tetapkan, tempoh dan target:
1. Membaca Quran dan khatam
2. Tadarus Quran
3. Tahajud/Qiyam
4. Zikrullah
5. Selawat
6. Doa
7. Sedekah (seminggu berapa/ sebulan berapa/ sedekah apa? makanan, duit, barang, dll)
8. sahur/berbuka
9.Terawikh/ witir
10. Solat jemaah dengan suami dn anak2
11. Solat sunnat
12....Lailatul Qadar hunter...
13. Taubat dan taubat dan taubat....
Tapi saya tahu, target yang saya sasarkan selalunya sentiasa kurang yang tercapai. Moga-moga Allah kasihankan saya. Saya harap sangat dapatlah saya tampung dengan menyusukan anak sambil berzikir, memasak sambil berzikir, menyediakan sahur sambil berzikir, membasuh dan mengemas sambil berzikir.
Jom kawan-kawan kita buat check list masing-masing. Kalau saya dapat capai 60% daripada perancangan ini pun saya bersyukur sangat-sangat. Allahem... Semoga kalian semua juga dipermudahkan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan