Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

12 Ogos 2010

Ramadan dan Kesedihan

Ibu Asydi yang mula-mula aku jumpa semasa di hospital tak dapat terima kematian anak kesayangannya

Dini (isteri Asydi) sedang memujuk Hazwani, anak sulong usia 5 tahun untuk menabur bunga di pusara tapi ditolak.


Selamat tinggal SAHABAT ...aku masih belum boleh menerima mimpi ini



Tiada kata, kita akan berjumpa di sana....tunggu lah kami semua

Salam ...

Ramadhan ni dibuka dengan pintu kesedihan untukku.
Baru rasanya aku bersedih dengan kematian Ust Amin Husin. Kini sahabat, teman baikku juga mengikut ustaz ke alam barzah.

Cukup sebulan 3 hari selepas kematian ustaz Amin, Asydi meninggalkan kami di dunia ini. Kepada Dini dan anak2, juga mak ayah asydi. Kuatlah menghadapi badai ini.

aku mengenali Asydi semasa sekolah menengah. Seingat aku dia mula menghubungi semasa di tingkatan 4 aku tak lah rapat dengan dia cuma borak2 mcm biasa. Kami rapat masa tingkatan 5 dan lepas sekolah kami selalu sama2, Aku, Asydi, Baizura dan sarijah. Selalu kalau ada apa2 kami berempatlah. Asydi kawin pun aku tolong di rumahnya sampai lewat malam.

Asydi semasa di sekolah bukanlah terkenal di kalangan budak2 yang pandai, dia berkawan dengan semua orang. Tak kira budak tu nakal ke warak ker semua dia kawan...

Asydi bila ada masalah suka kongsi dengan aku juga. Dia selalu ajak aku pergi gathering alumni (mungkin di ajak kawan2 lain juga), kadang2 dia marah juga sebab orang mcm tak tahu hargai penat lelah dia. Tapi dia tetap cool.

Dia amat sayang kan ustaz Hasmuri dan dia hormat guru2 sekolah dulu.

Asydi orangnya lawak suka cakap gurau2 sambil tersenyum. Dia anak tunggal mak ayah ....

Ahh...banyak lagi tentang dia. ****tidak mampu lagi menaip***

Tiada ulasan: