Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

16 Mac 2011

Iktibar Tsunami dan 211220012 (Siri 1)

Salam.

Entri tentang tsunami ini adalah seruan yang saya dapat dari pengurus kanan saya. Yang bertanyakan saya kenapa saya tidak menulis tentang Tsunami. Mula2 saya fikirkan tidak perlu tetapi kemudian saya juga menulis sebagai iktibar dan pengetahuan untuk saya juga. Bahawa KIAMAT SUDAH DEKAT!

Cerita Tsunami adalah sebahagian cerita yang menakutkan sejak zaman berzaman. Dan sejak saya hidup sehingga kini sudah 3 kali Tsunami yang terjadi, Di Acheh, Somalia (kecil sahaja) dan yang terbesar kali ini minggu lepa hari Jumaat 11.3.2011 di Jepun.



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah banyak berlaku gempa bumi.

Dan Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Mari kita kaitkan fenomena Retrograde Motion (Klik sini)Pernah dengar Kiamat akan berlaku pada 21 / 12 / 2012 dan dimana satu zaman baru akan muncul selepas itu?

Pada 21 disember 2012, bumi akan berada sebaris dengan pusat galaksi bima sakti buat pertama kali sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekaligus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Selain kalendar maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke -10 dan terbesar dalam sistem solar, planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar- besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam kitab injil perjanjian lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.

Jadi, benarkah dunia akan musnah bla dunia memasuki putaran melepasi phonton belt berdasarkan perkiraan kalender maya??

Dan adakah kiamat akan berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion??

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Harap yang buat lawak gambar kartun Berita Harian tempoh hari mengambil iktibar juga. Gunakan minda yang sihat Tuhan kurniakan untuk semua yang berlaku.
Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba.
Add Image
Hadith Nabi: "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu".(See Hadith No. 85 Vol 1, Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Ps: Fakta yang menarik, perkataan Tsunami itu sendiri adalah dari Bahasa Jepun yang bermaksud gelombang pelabuhan atau gelombang pasang.

Lagi tentang Tsunami klik sini dan sini

Mengutip kembali kata2 Pak Samad klik sini : Penginsafan tentang Tsunami ini.

SEMINGGU ini, sedar atau alpa, kita mula banyak diajari tabii alam. Ternyata alam sentiasa patuh menaati resam natijah logisnya. Hanya insan yang sentiasa tidak sewaras itu. Insan seolah sengaja lupa belajar—atau lebih buruk, enggan belajar!

Siapakah yang meledakkan bom atom kononnya demi “kedamaian” di Hiroshima?
Siapakah pula yang galak menyukat kesan ujian nuklearnya di perut samudera?

Bukan insan?

Pedih, tapi ternyata kini ombak lebih cermat bertamsil. Malah tsunami—ibu segala ombak—juga secaranya berupaya memujuk insan supaya merenungi erti “ketakabadian”!

Paling bermakna gempa tsunami mengajak insan saling berihsan.

Sementara terpaan ombak mendadak menyedarkan manusia supaya belajar bersatu (contohnya di Jepun), sebaliknya pancutan minyak mengasuh insan supaya berseteru (contohnya di Libya).

Kita patut merenungi dua iktibar peristiwa “tsunami air dan minyak” ini.

Sebelum mencekaunya tsunami, selama beberapa dekad, manusia telah terlebih dahulu mengganggu perut samudera melalui ujian nuklearnya. Apakah kesan ledakan itu memperkukuh atau memperuntuh kandungan perut samudera? Tidakkah ledakan-ledakan sedemikian dalam senyap sebanyak sedikit mula meretak dan mereputkan susunan tulen kandungannya?

Kerana manusia sendiri yang mencemari lapisan asal udaranya, maka hawa dan suhu samudera berubah. Air batu di Khutub Utara mulai mencair merobah paras air samudera kita. Begitu juga, manusia yang mengganggu tatanan tulen alam yang membibitkan tsunami.

Seminggu ini, sedar atau alpa, kita mula diajari tabii alam semula. Dan dalam serba ketakutan, malah dengan sekhusyuk doa, kita mengharapkan buana kita yang sebuah ini bakal terselamat daripada keangkuhan dan kedunguan kita sendiri.

Tiada ulasan: