Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

14 April 2009

MENGHADIRI MUHADHARAH DI ILIM

Seronok hari ni dapat menghadiri majlis ilmu di Institut Latihan Islam Malaysia.
Apatah lagi dapat bertemu dengan pensyarah saya Prof Dr Sidek Baba, seorang yang bercita-cita tinggi dan bersemangat gigih. Mendengar Cikgu Sidek (panggilan mesra) memberi ceramah, teringat sewaktu mengambil kelas CREATIVE THINKING IN ISLAM dengannya dua tahun dahulu.



Zaman di UIA masa tu sangat seronok, cuma ada satu kes hitam dan gelap di uia yang ada kaitan dengan projek akhir menyebabkan dah tawar hati dengan UIA. Bak kata Dr rizwan othman sejarah tetap sejarah kita tak boleh ubah, ambil iktibar saja. (Iktibarnya, tak perlu buat tajuk dengan supervisor yang tak faham tajuk apatah lagi yang sangat sibuk).

Sambung balik kat ILIM......

Antara yang disebut Cikgu Sidek atau pun yang memang selalu diungkap oleh Cikgu di dalam kelas, tentang God consciousness (kesedaran ketuhanan, kesedaran Ilahiyah). Bila manusia punya ini, kehidupan kita lebih bermakna dan beradab.

Dan satu lagi adalah tentang Hitech dan Hitouch. Hitech ini bermaksud kebendaan atau teknologi, ini bukan matlamat tapi alat untuk mencpai matlamat.

hitouch ini adalah sentuhan ketuhanan atau sentuhan spiritual yang baik dan tinggi. kalau kita punya ini , hidup lebih berkat dan manfaat.

Tiada ulasan: