Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

15 April 2009

SEMINAR: PEMERKASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Assalamu'alaikum wrmt. wbth.
Warga Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan
menjemput Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudarihadir
ke:Wacana Ilmu Siri I:"Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"
Bertempat di:Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E
Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.
Masa: 8.00 pagi - 2.30 petang

Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Aturcara:

8.00 pagi – 8.30 pagi
Pendaftaran
Peserta dan jemputan mengambil tempat

8.35 pagi – 8.50 pagi
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan Aluan
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi
Ucaptama
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia
9.30 pagi – 9..45 pagi
Minum Pagi
9.45 pagi – 11.45 pagi
Wacana 1
Tema “Pendidikan & Kebudayaan”
1. Tn.. Hj. Ahmad Mohamad Said
(Ketua Eksekutif KDH)
2. Prof. Emeritus Abdullah Hassan
(Institut Peradaban Melayu, UPSI)
3. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
(Akademi Pengajian Melayu, UM)
Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari
Wacana 2
Tema “Sains dan Teknologi”
1. Dr. Shaharir Mohamad Zain
2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
(Fakulti Sains, UPM)
Sesi Soal Jawab
1.45 tengahari – 2.30 petang
Penutupan Majlis & Bersurai
Makan tengahari & Solat Zuhur

LATAR BELAKANG
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF
1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.
2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.
3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.
4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.
5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.

MATLAMAT
1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.
2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.
3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.
4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.
5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.
Yuran Penyertaan
RM 10 Sahaja
Alamat Perhubungan SekretariatAkademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur 'Iffah@ Cik Khalidah)
H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)
019-7049 772 (Pn. Halijah)Faks: 03-8925 2477
Email: akademi_akk@hotmail.
Untuk penyertaan boleh terus hubungi SekretariatSemua dijemput hadir.
Wassalam.
-Sekretariat Wacana Ilmu Siri 1-

Tiada ulasan: