Manusia dijadikan Allah lengkap dengan elemen fizikal, mental dan spiritual. Manusia yang sempurna akan menggunakan kapasiti yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sebaiknya bagi mencapai kesempurnaan sifat sebagai manusia seperti yang termaktub dalam surah at-Tin ayat 4. Inilah matlamat hidup yang sebenarnya yang ingin dicapai oleh manusia bagi kestabilan dan pencapai kendiri atau self-actualization yang utama.
Pembangunan spiritual kini amat sedikit malah tidak ada langsung diambil berat oleh kebanyakan ibu bapa. Umpama mereka tidak ada rasa akan kehadiran ruh atau entiti yang tidak kelihatan ini. Walhal, inilah perkara asas dan pokok yang perlu diambil berat di kalangan ibu bapa bagi mencapai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Sebenarnya, ibu bapa adalah susuk tubuh yang penting bagi mendedahkan anak-anak dengan spek spiritual agar perkembangan ruhani dan moral mereka bangun sejajar dengan pencapaian yang lain. Pembangunan spiritual ini haruslah diberi perhatian sejak anak dalam kandungan ibu hingga mereka dewasa.

Setiap anak yang disuburkan dengan akidah yang betul, maka segala gerak gerinya akan selari dengan ajaran agama. Justeru ibu bapa tidak perlu merasa terlalu bimbang dengan pengaruh buruk yang mengancam kehidupan anak mereka. Sebaliknya jika anak-anak tersebut gagal ditanam dengan akidah yang betul, pasti akan mendatangkan masalah kepada keluarga bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dalam hal ini ibn qayyim pernah berkata:’ sesiapa yang cuai mengajar anaknya apa yang bermanfaat untuknya dengan membiarkan begitu sahaja , maka sesungguhnya dia telah benar-benar melakukan kerosakan. Kerana kebanyakan anak-anak punca kerosakan mereka datang dari kecuaian ibubapa dengan mengabaikan pendidikan fardhu dan sunat. Mereka membiarkan anak-anak di masa kecil, maka ia tidak mendatangkan manfaat untuk diri mereka dan tidak juga memberi manfaat untuk kedua ibu bapa mereka di masa tua (tuhfatul maudud bi ahkamil maulud).

Islam mengajarkan beberapa amalan untuk diamalkan oleh ibu dan bapa. Antara doa-doa yang digalakkan ialah:
Sayyidul Istigfar (penghulu Istigfar)
Sayyidul Istigfar (penghulu Istigfar)
Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau;
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu,
dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku;
aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan;
aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku;
dan aku mengakui dosaku,
maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.
Doa memohon zuriat yang baik (Ali Imran:38)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
"Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".
"Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".
Doa agar anak tetap menjaga solat (Ibrahim 40-41) :
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.QS. Ibrahim (14) : 40
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat) ".QS. Ibrahim (14) : 41
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat) ".QS. Ibrahim (14) : 41
Doa agar anak patuh perintah Allah (al-Baqarah :128):
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.QS. al-Baqarah (2) : 128"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan