- I "ter" peluk Irma kerana I terkejut dan terkesima
-lagipun apa salahnya dia kan girlfriend I.Melihat Nabil sebagai ikon remaja dan beragama Islam dia tidak harus melakukan yang sedemikian.
Isu ini saya titipkan bukan untuk memburukkan Nabil. Tetapi saya ingin membawa kita semua melihat kepada aksi remaja kini yang bila berpacaran hal agama tidak pernah diperhati. Bermula dengan berjumpa, kemudian berpegangan tangan bila berjalan, ada yang berani bonceng motor bersama, naik kereta berdua, hinggakan yang perempuan berani untuk ke rumah si lelaki dan mungkin yang terakhir terjerumus ke lembah hina.
Saya hanya ingin mengingatkan remaja2 kini bahawa apabila satu wanita dan satu lelaki bertemu maka syaitan akan cuba untuk menyesatkan dan mereka akan gelak besar jika kita jatuh ke lembah hina. Sehingga kini saya masih belum mendapat statistik jumlah anak luar nikah, cuma saya amat takut apabila mendengar rumah-rumah yang membantu memulihkan atau menolong gadis2 yang "tersasar" ke lembah maksiat (tapi ada juga yang dinodai). Bukan marah pada rumah2 ini, tapi saya fikir jika kita Muslim yang benar2 berpegang pada ajaran Islam hal2 ini tidak perlu terjadi.
Apa yang remaja harus lakukan, bukan tidak boleh berkawan lelaki perempuan, berkawanlah, berpacaranlah tapi jaga batasan, tidak perlu bersentuhan (kerana ini kunci kepada kemungkaran). Anda bertanggungjawab kepada masyarakat dan sosial pada masa depan. Corakkan yang baik dan bersih jangan yang kotor. Nanti buruk padahnya. Anda malu, ibu malu, bapa malu, abang-adik-kakak benci, makcik malu, pakcik malu, orang kampung mengejek dan ????
Alangkah indahnya jika anda berkawan tetapi anda ingin menambah kecintaan kepada Allah. Indahnya kalau anda bercinta kerana tujuannya untuk mendekatkan diri kerana Allah. Jika begitu anda bercinta bukan kerana ada aura atau Chemistry antara anda berdua tetapi kerana ALLAH.
Ps: Kalau bercinta dengan Allah, tentu mereka buat sesuatu yang baik2 saja. Seperti:
1. Berborak (bergayut) perkara yang baik dan yang bagus menambah iman.
2. Masing2 beringat untuk bangun tahajud dan berdisiplin baca Quran lepas Maghrib atau
Subuh
3. Berpuasa sunat seperti Isnin dan Khamis setiap minggu.
4. Meraikan bulan2 Islam seperti Rejab , Syaaban dan Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan