Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

20 April 2009

ROADSHOW

Nampaknya minggu ni sudah banyak pasaraya dijelajahi oleh staf-staf KDH untuk sesi roadshow kali nie. Yang paling banyak dapat daftar nama adalah dari Giant Kuala Terengganu ( Pn Salawati / Pn Zulaihan) sebanyak 22 orang pelajar yang berdaftar. Diikuti Kuantan Parade (Cik Iffah/Cik Izlinda) 6 orang dan Kota Bharu (Pn Azanah/ En. Supawi/ En. Hafis) 2 orang. PKNS SHAH ALAM dan PKNS BANDAR BARU BANGI tak sempat tanya. Tapi hari tu Ustzh Shila cakap 2 orang di PKNS BBB.




Manakala group kami di WARTA BBB buka 4 hari paling lama lah tu. Kalau tak dapat banyak prospek malu sangat. Kami pun bekerja keras lah, tak duduk sebab nak tawan hati orang masuk belajar di KDH ni.

Group kami terdiri daripada En. Aladin (duduk browse montaj kolej, Azhana (memerhati montaj), Azrina, Pn. Halijah, Pn Azizah, Cik Khaleda dan saya sendiri (tengah panggil orang), Fansuri dan Faiz jaga malam hari.

Hari ni kami dapat 5 orang yang nak daftar masuk.



Terima kasih kepada kawan2 yang sudi ziarah kami: Pn Nafrul, Ust Shila, Pn Zulaihan, En. Hafis dan ketua unit promosi Tn Hj Munaim.


Apapun SYABAS dan TAHNIAH kepada semua staf yang berkorban tenaga dan semuanya demi melihat kejayaan kolej yang UNIK ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Di sini saya siarkan salah satu komen yang saya terima di dalam email saya.

A'kum.......

Puan Saleha....saya search web puan....saya tgk time program kemasukkan pelajar baru tu, semua staff buat promotion...memang bagus buat promotion tu....tapi saya tak puas hati sebab tak banyak promotion yg di buat...terutama kawasan yg terhad...kenapa tak meluaskan promosi pada tempat yg strategik?...KDH mmg tmpt yg bagus utk pelajar,terutama pelajar yg beraliran agama sebab dapat membuka minda pelajar aliran agama yg terlalu spesifik pelajarannya lepas abis STAM...cuba luaskan promosi ke sekolah2 agama di seluruh malaysia...tu hanya cadangan saja...sy banyak mengikuti prog seminar anjuran kdh, mmg bagus utk buka minda masyaakat...cuba luaskan pasaran dlm bentuk laman web & sebarkan pd syarikat korporat....ok...maaf kalau saya membuat ulasan yg mengguris perasaan puan tapi saya nak tgk kdh berkembang sebagaimana kolej2 yg ada d malaysia....TQ.