Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

28 Mei 2009

TAHNIAH

TAHNIAH

KEPADA SEMUA

PELAJAR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

YANG MENDAPAT ANUGERAH DEKAN BAGI SEMESTER TIGA 2008/2009

1. FAIZ FANSURI

2. FAEZAH MOKHDIR

3. HIDAYAH AKMAL

4. ADWA NAZIHAH

5. NORLINA ALFAN

SEMOGA KEJAYAAN INI MEMBERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR LAIN

22 Mei 2009

AJK PACC 2008/2009


TERIMA KASIH KEPADA SUMBANGAN AJK LAMA 2008/2009

TAHNIAH KEPADA PERLANTIKAN AJK BARU 2009/2010


SEMOGA KELAB YANG BARU INI
BERGERAK DALAM GELOMBANG POSITIF DAN KUKUH

Pn Saleha menyampaikan amanat kepada pimpinan PACC lama dan baru





Azzah menerima fail tugas Unit Perhubungan PACC daripada Mohd Farhan

Presiden yang lama (Faiz Fansuri) menyerahkan fail tugas kepada

presiden yang baru (Wan Sapiq)



Ketua Pembangunan Insan dan Motivasi (Ahmad Mohaimi)





Dari kanan; Siti Khairun Nisa (Bendahari baru),
Nur Lela (Setiausaha baru), Norlina Alfan (Ketua Pendidikan lama),




Dari kiri Diyanah (Ketua Penerbitan & Promosi baru), Saadah (Timbalan Presiden baru),
Akmal (Ketua Pendidikan baru) dan Azzah (Ketua Perhubungan baru)



Harapan terbaru terletak di pundak bahunya.
Baikilah personaliti diri dan majukan kehidupanmu

NAMA AJK PACC 2009/2010
Presiden : Wan Sapiq Khairul bin Wan Abdul Majid
Timbalan Presiden : Nur Sa'adah Mohd Puzi
Setiausaha : NorLela
Bendahari : Siti Khairun Nisa Saudi
Ketua Pembangunan Insan & Motivasi : Abdul Mohaimi bin Ismail
Ketua Perhubungan : Saidatul 'Azzah bt. Mohd Sani
Ketua Pendidikan : Nurhayatul Akmal bt Zainal Abidin
Ketua Penerbitan & Promosi : Nurdiyana bt Hj Rahmat


















SUARA HATI ATUK




Saya hidup tidak pernah merasa akan kehadiran seorang datuk, lalu terciptanya cerita ini adalah lahir dari seorang yang ingin memberikan fahaman maknawi kepada saya. Teruskanlah membaca sambil berfikir dan mengambil iktibar:




Ayu, si anak kecil hanya mengenali atuknya dari cerita ibunya. Khabarnya, usianya sudah di atas 60 tahun. Sebetulnya, Ayu takut dengan orang yang sangat tua. Mereka keriput dan jika berjalan terbongkok-bongkok seperti mahu roboh. Ketika mereka meninggal, seisi rumah menggetarkan semua lantai dan alang dengan tangisan. Tangisan itu mengerikan, konon kerana sayang. Aneh.





Tetapi kini, Ayu berada di salah satu kamar di rumah atuknya yang jauh terpencil di desa pergunungan untuk bercuti. Sementara ibunya pergi berbelanja di pasar, Ayu duduk di beranda, menyaksikan lelaki tua berambut putih itu bergerak-gerak di antara pasu-pasu bunga dan anak rambutan. Matahari pagi selalu menyembunyikan keriput kulitnya, dan jika petang dan hujan datang, usia tua tidak menghalanginya untuk berlari kecil mengangkat padi jemuran atau mengheret lembu dari padang perumputan. Sama sekali jauh dari gambaran orang tua yang sering sakit-sakit yang terbaring menggenapkan keputusasaannya dengan ajal, Ayu melihat atuk itu selalu melakukan sesuatu. Uniknya, semua sering dilakukannya dengan begitu asyik sehingga seakan-akan, tidak ada seorang manusia pun yang wujud di sekitarnya.
Ayu melihat seekor ulat yang amat menggelikan menempel di bahu baju lelaki itu, sehingga dia merasa punya cukup alasan untuk menyapa.
"Tuk. Tuh ada ulat di baju Atuk."
Atuknya menoleh, dan seketika tatapan sebening mutiara membuat mata gadis kecil terpana.
"Syuh, saya jatuhkan dan saya pijak ulat itu, ya, Tuk?" Atuknya menggeleng. Diambilnya selembar daun, disisipkannya di bawah perut ulat itu, dan dipindahkannya ulat itu ke sebuah celah akar pohon cempedak tua yang sudah ditebang.
Mengapa tidak dibunuh saja ulat itu? Lihat buruknya, dia selalu berjalan dengan perutnya. Hanya untuk berjalan saja, ia memerlukan tenaga yang begitu banyak hingga semua hijau pucuk daun, semua warna wangi bunga dan semua ranum manis buah dari sebatang pohon habis teraniaya bersujud paksa di depan mulutnya.
''Ulat ini sudah mahu jadi kepompong rupanya'' desis atuk itu seperti kepada dirinya sendiri. ''Ia tak memerlukan apa-apa lagi, selain tempat yang selamat.''
Angin berdesir menyalakan bara ingin tahu.
''Dari mana Atuk tahu?''
Dan bening mutiara menerpa mata Ayu lagi.
''Ulat itu baru sahaja beritahu,'' jawab atuknya tersenyum. Gigi tua itu juga turut tersembul.
''Mana suaranya?'' Ayu memprotes.
''Ada. Tidak terdengar dengan telinga biasa, tetapi tertangkap di sini.'' Dan atuk itu menunjuk dadanya sendiri, tepat di tengahnya, lalu juga ke dada Ayu, tepat di tengahnya.
Mana suaranya? Mana? Ayu penasaran. Dan pertanyaan itu seperti bergaung ke sana ke mari. Riuh sekali. Atuk itu mengusap kepala Ayu seakan berkata, nanti kau juga mampu mendengarnya. Sebenarnya suara itu ada. Namun ianya terlalu lembut untuk didengar jika diriuhkan oleh pelbagai suara lain dan tanda tanya.
Tetapi, bukankah meresahkan jika sebuah pertanyaan tidak dijawab? Atau jika jawapan untuk keresahan yang memuncak adalah kebisuan? Atau jika tuntutan akan kepastian justeru sebuah misteri? Dan Ayu masih amat muda, hingga dia amat berhak untuk resah.
Dan atuknya itu lalu ganti bertanya, ''Sayang, bagaimana Ayu dapat tahu bahawa ulat besar di baju Atuk ini akan membuat Atuk gatal-gatal jika dibiarkan, padahal Ayu duduk nun di hujung sana?''
Ayu diam, mengangkat bahu, dan hanya mampu menjawab, ''Ntah. Ayu err ..., tahu begitu saja.''
''Ayu sayang Atuk, kan?'' tanya atuknya lagi.
Ayu mengangguk.
''Atuk juga dapat tahu suara ulat itu, begitu saja. Sama. Dan Atuk juga sayang ulat itu, seperti Ayu sayang bunga-bunga itu. Sayang membuatkan kita mengerti sesuatu yang kita sayangi, seperti mengerti diri kita sendiri.''

Ah! Sekali lagi Ayu kecil dibelit resah.

20 Mei 2009

PERALIHAN KUASA












GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA PEMBUBARAN AJK PACC 2008/2009 DAN PERLANTIKAN AJK BARU 2009/2010:










18 Mei 2009

SEDIH & RAJUK

Hari ini saya berasa amat sedih atas kematian kounselor saya yang tak formal. Kalau saya sedih atau ada penyakit hati saya akan terus teringat kan dia. Walhasil dia adalah ulama besar yang amat saya hormati. Dia mengajar saya tentang ketenangan dan kedamaian hati.

Sekarang ini hati saya ada masalah, saya cepat tersentuh, cepat sedih, rajuk dan kecil hati (baru2 ni buat ujian psikologi tahap rajuk saya amat tinggi 90% berbanding dulu2). Hati sudah tidak kuat mungkin kerana kurangnya hubungan dengan Allah kebelakangan ini. Saya baru terfikir untuk menghubungi beliau. Nama beliau tidak akan saya sebut di sini. Marilah kita beramai2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Di sini saya boleh bercerita tentang sedikit personalitinya yang sama2 kita boleh ambil iktibar.

1. Pembangunan Jiwa:

Beliau sejak muda/remaja sentiasa terlibat di dalam pembersihan jiwa dan pembangunan jiwa. Beliau sejak remaja apabila bersolat, mula2 sebut "Allahhu Akbar" mesti dah nangis teresak-esak. Tidak pernah sekalipun beliau menunaikan solat dengan tidak menangis. Hal ini saya pernah lihat di dalam youtube. Ada orang ambil gambarnya dan masuk dalam youtube. Beliau tinggal dekat dengan masjid jadi hari2, setiap waktu solat jemaah tak tinggal.

Beliau sentiasa bekerja keras ke arah jiwa yang bersih. Beliau berpendapat akhlaq dan ilmu harus jalan sama rata. Seseorang yang mempunyai Ilmu tanpa pembersihan jiwa akan menghancurkan diri sendiri. Seseorang ada menyebutkan beliau adalah manifestasi Taqwa. Sesiapa yang mendekati beliau akan merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai.
Meminjam kata-kata seorang teman: "From his youth, he was constantly engaged in self-purification and self-building. In his ethical instructions, he always insisted that one should work hard at this task and forego and abandon many luxuries in order to make headway against the endless demands of the soul. He is extremely reserved and does not like to reveal anything about himself, especially about the special favours and extraordinary spiritual powers that God has granted him.”
Salah seorang anak murid beliau juga melaporkan bahawa setiap malam gurunya duduk bersendirian, kelihatan seperti bertafakkur dan bertadabbur. Tidak pernah pun sesaat beliau habiskan dengan perkara yang sia-sia.
2. Kalau sesiapa yang rajin baca cerita ttg tokoh2 ulama dulu2 yang zuhud, rendah diri, jaga hubungan dengan Tuhan atau yang kita rasa dia ada kelebihan yang Tuhan beri, itu semua kita boleh nampak dalam diri beliau. Yang kita rasa tak mungkin orang atau ulama sekarang yang macam tu, tapi beliau adalah orangnya di dalam zaman moden ini.
Dengan terciptanya manusia manifestasi Tuhan ini saya boleh katakan bahawa beliau adalah "INSAN KAMIL KONTEMPORARI".

16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


GURUKU.......
UMPAMA LILIN YANG MENYINARI
BERKORBAN DEMI AKU
SEMOGA KALIAN MENDAPAT RAHMAT ILAHI.

YA ALLAH, BERKATILAH SEGALA ILMU DAN PENGETAHUAN MU
YANG TELAH DISAMPAIKAN MELALUI GURUKU.

TERIMA KASIH CIKGU

.....ucapan ringkas itu saya tujukan buat semua guru2 yang pernah mengajar saya termasuklah cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu tuisyen, cikgu sekolah menengah, cikgu matrikulasi uia dan cikgu uia dan semua orang yang pernah mengajar saya terutama kepada ayah saya HJ IDRIS HJ YUSOF yang merupakan cikgu terbaik buat saya. Dan juga kepada ibu saya HJH AISHAH BINTI AHMAD walaupun beliau buta huruf tapi beliau mengajar ilmu rumahtangga kepada saya.

Luv u all!!!



.............................> Hari ini pagi2 lagi saya menerima ucapan selamat hari guru dari

1) GUSTINA SARI : " Salam..puan SELAMAT HARI GURU ye.. halalkan sume ilmu yg pn curahkan pada saya sepanjang saya berguru ngan puan....dan sepanjang saya belajar di KDH jikalau sayapnh menguris hati puan harap dimaafkan kesilapan saya...terima kasih untuk semuanya"

2) 017-626 8101: It's 16 Mei today selamat hari guru, May Allah bless u always.

3)013-419 7246: Hadirnya sebuah kejayaan adanya seseorang yang digelar pendidik. Jasamu tetap dikenang walau di mana berada. SELAMAT HARI GURU. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu. Terima kasih atas segalanya.

4)En. Nazir: selamat hari guru.. semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. senyum
sokmo..

TERIMA KASIH ATAS INGATAN SEMUA. !!!!! SAYA REDHAKAN APA YANG TUHAN BERI KEPADA SAYA DAN DISAMPAIKAN KEPADA ANDA.
SELAMAT BERJAYA!

15 Mei 2009

WALAUPUN KECIL

Sumber: Utusan 15/5/2009
Walaupun kecil di dalam suratkhabar tetapi itu adalah usaha yang kuat dan dengan kaki yang lemah mencari jualan. Terima sajalah walaupun ke Jakarta dan Bandung.
Terima kasih kepada semua.
PS: Gambar foto kecil saya tersiar di dalam akhbar UTUSAN, NST, THE STAR dan surat khabar umum yang lain sebagai perunding-perunding amanah yang mendapat insentif khas ke Jakarta & Bandung.



THANKS TO ALL

I just want to say thank you to all members from:

-Egypt
-Australia
-New Zealand
-United States
-Singapore
-Germany
-Brazil
-Japan
-India
in supporting and reading my blog. I very appreciate if u can send your detail so we can having a good relation between Malaysia and other countries.

14 Mei 2009

KDH 0113

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR KDH YANG MEMBUAT
PROJEK AKHIR ATAU PENULISAN ILMIAH
SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK AKHIR SILA BERJUMPA DENGAN PN SALEHA

Ahlan wa Sahlan dan Selamat Datang

Saya hanya ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua pelajar baru semester Mei 2009. Lebih2 lagi kepada pelajar Psikologi dan Kaunseling.

Peribadi saya, saya merasakan ada wajah2 jernih dan tangan2 yang baik juga hati2 yang jujur di kalangan pelajar2 freshies ini.

Harap2 semua bahgia dan mendapat "HIKMAH".

Sekadar menghisab diri dan kerja

Profesionalisme Yang Sebenar

Orang profesional yang sebenarnya itu adalah yang merasa diri tidak layak dan tidak mampu membuat kerja-kerja yang diberikan kepadanya. Biarpun dia itu lahirnya memang cukup berbakat dan berpengetahuan dalam hal kerja yang diberikan tetapi rasa-rasa seperti itu membuatkan dia menyerahkan segala urusan kerjanya kepada Tuhan. Dia pun berdoa dan meminta kepada Tuhan, juga memohon dengan berkat gurunya.
Hasilnya, akan datang bantuan-bantuan ghaib datang membantu menyelesaikan kerjanya. Sehinggakan bila sempurna kerja tersebut, tidak terasa pun yang kerja itu hasil tangannya. Tidak terasa yang dia itu berbuat. Tidak terasa yang dia itu ada campurtangan dalam kerja tersebut. Maka, daripada kejayaan kerja itu, hatinya terselamat daripada dosa batin seperti riyak dan ujub. Daripada kegagalan kerja itu pula, hatinya merasa itulah dosa-dosanya.
Kegagalan tersebut tidak membuatkan dia buruk sangka dengan Tuhannya. Jauh sekali merasa kecewa atau dia putus asa.Bukanlah dikatakan profesional jika dalam hendak membuat kerja, dia itu merasa diri pandai, merasa diri mampu dan merasa diri dia layak membuatnya. Dia sebenarnya sombong dengan Tuhannya kerana tidak merujuk dengan Tuhan sebaliknya merujuk pada kepandaian dan kemampuan diri dalam hendak membuat kerja. Apabila berjaya, dia akan mendabik dada dan berkata “Sayalah yang punya idea”, “Sayalah yang membuatnya”, “Jika tanpa saya, kerja tersebut tak akan berjaya”. Jikapun tidak berkata di mulut, di hati dia tetap berkata.
Apabila gagal, dia tidak redha atas kegagalan sebaliknya mencari orang lain untuk dipersalahkan. Dia itu sudah membuat dosa-dosa batin tanpa disedarinya. Dia itu telah tenggelam dalam syirik khafi yang membawa kepada neraka jika tidak segera bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Orang seperti ini sebenarnya bukanlah orang yang profesional, sebaliknya adalah orang emosional.

08 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU


Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekepingkertas yang bertulis sesuatu. Si ibusegera mengesatkan tangan di apronmenyambut kertas yang dihulurkan olehsi anak lalu membacanya. Kos upahmembantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

07 Mei 2009



Perempuan Solehah........



Bersih hatinya Suci jiwanya


Tidak mudah terpesona


dengan godaan dunia





Mahkota dijaga


durinya adalah taqwa


umpama mawar merah


yang jantungnya ihsan


bernadi iman

Nama yang bersih


Fitnah dijauhkan


Maruah diterbit sejati


bibir yang manis


hanya kata-kata cinta Ilahi



zikir menjadi penyeri hati

Agar nanti syurga Firdausi

menjadi jelmaan realiti

(oleh:mawarduri: 7/5/2009)

05 Mei 2009

JUITA



Dulu masa kat sekolah rendah, ada seorang kawan perempuan yang baik sangat. Dia anak orang kaya tapi tak sombong macam satu budak lelaki yang kaya juga dalam kelas saya.





Juita nama dia. Dia suka pindah randah ikut ayah dia. Macam darjah satu dia takde. tapi darjah dua dan tiga dia ada. Lepas tu darjah 4 takde, dia pergi Belanda. darjah 5 ada sekejap lepas tu langsung tak contact dia sampai sekarang.





Tapi tadi terbuka blog ayah dia. MUHAMMAD HAJI SALLEH. Sasterawan negara yang sama2 perjuangkan PPSMI .





Cuma kat sini nak pinjam sajak bapa Juita nak beri kepada pelajar2 KDH tersayang, nanti lain kali lah saya cipta untuk anda semua.





Sajak ni tuju khas untuk pelajar yang nak duduk di asrama.



"SELAMAT PULANG JUITA
INI RUMAH KITA
RUANGNYA SEDERHANA
TETAPI BERTETANGGA BAIK
OLEH ITU LEBARNYA SEKAMPUNG
KAU AKAN BESAR DI LAMAN KELILING
DI RUMAH INI KAU AKAN TAHU NANTI
BAHAWA KAMI INGINKAN KAU BEBAS
KERANA KEBEBASAN ITU LINGKUNGAN WUJUD
YANG AKAN MENUMBUHKAN MU
MEMPERPUCUKAN PERCAYA
BERBUNGA MENJADI BENIH BARU
KEBEBASAN BERMAKNA MEMPELAJARI TANGGUNGJAWAB
YANG DATANG DENGAN HAK
KEBEBASAN MEMBANTU PERASAAN
SEPERTI IA MELAHIRKAN FIKIRAN
SELAMAT PULANG JUITA
INI RUMAHMU
KAMI AKAN LUANGKAN RUANG UNTUKMU
ATURKAN HARI KAMI
SUPAYA KAU MENJADI MATAHARINYA"

Tinggal di asrama

Sekarang ni sibuk sangat dengan isu tak nak tinggal asrama. Macam2 lah alasannya kan. Tapi saya ingat pelajar2 ni tak nak dikongkong kot. Sebenarnya duduk di asrama ni , nak hidupkan balik jiwa2 yang mati. Beri pentarbiyahan yang terancang. Apatah lagi dengan pelajar yang sedikit takkan tak dapat dijaga. Bukan kata duduk asrama semua jadi soleh/solehah tapi dengan lokus dan circulation yang kecil ni harap boleh tarbiyah anak2 ni. Kalau rasa bosan masih boleh juga keluar bersiar2, siapa yang nak kerja part time pun takde masalah.
Kalau saya duduk asrama lagi best, boleh jual nasi lemak, jual kerepek, jual jambu macam dulu2 masa kat UIA. Hari Sabtu Ahad balik rumah lah tolong mak ayah berniaga pasar malam. Mak ayah saya pun tak ada duit dulu (pandai2 lah berdikari).
Kutip kata2 seorang kawan di dalam salah satu forum:
"tgl di asrama selama 3 tahun kat uni, kenangan pahit & manis jugak ade. dpt belajar berdikari & kenali byk kawan, "tapi malam tak dpt keluar, tak dpt minum dgn kawan kat luar "
Apa yang penting, fikir2 kan lah duduk asrama nie untuk menguatkan jiwa. Rumah sewa atas tu pun sama juga. Rumah sewa pun kolej punya juga, cuma susah nak pantau, apalagi kalau buat program kena jerit panggil semua orang datang. tapi tak ada yang tunjuk muka pun. Balik2 10 orang muka yang sama.
Cuma mmglah duduk asrama ni tak dapat naik motor bonceng lelaki perempuan. Tak dapat berdua-duaan di rumah sewa. Tak dapat pakai singlet pendek2, tak boleh buka tudung dan banyak lagi tak boleh........(tapi yang tak boleh tu semua kerja syaitan).
Entahlah, tapi renung2kanlah ayat Quran nie sambil malam2 buat tahajud (istikharah juga) minta petunjuk Allah.
" Ingatlah, tidak semestinya yang kamu suka itu baik untuk kamu,
dan yang kamu benci itu tidak baik untuk kamu"