Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

05 Mei 2009

Tinggal di asrama

Sekarang ni sibuk sangat dengan isu tak nak tinggal asrama. Macam2 lah alasannya kan. Tapi saya ingat pelajar2 ni tak nak dikongkong kot. Sebenarnya duduk di asrama ni , nak hidupkan balik jiwa2 yang mati. Beri pentarbiyahan yang terancang. Apatah lagi dengan pelajar yang sedikit takkan tak dapat dijaga. Bukan kata duduk asrama semua jadi soleh/solehah tapi dengan lokus dan circulation yang kecil ni harap boleh tarbiyah anak2 ni. Kalau rasa bosan masih boleh juga keluar bersiar2, siapa yang nak kerja part time pun takde masalah.
Kalau saya duduk asrama lagi best, boleh jual nasi lemak, jual kerepek, jual jambu macam dulu2 masa kat UIA. Hari Sabtu Ahad balik rumah lah tolong mak ayah berniaga pasar malam. Mak ayah saya pun tak ada duit dulu (pandai2 lah berdikari).
Kutip kata2 seorang kawan di dalam salah satu forum:
"tgl di asrama selama 3 tahun kat uni, kenangan pahit & manis jugak ade. dpt belajar berdikari & kenali byk kawan, "tapi malam tak dpt keluar, tak dpt minum dgn kawan kat luar "
Apa yang penting, fikir2 kan lah duduk asrama nie untuk menguatkan jiwa. Rumah sewa atas tu pun sama juga. Rumah sewa pun kolej punya juga, cuma susah nak pantau, apalagi kalau buat program kena jerit panggil semua orang datang. tapi tak ada yang tunjuk muka pun. Balik2 10 orang muka yang sama.
Cuma mmglah duduk asrama ni tak dapat naik motor bonceng lelaki perempuan. Tak dapat berdua-duaan di rumah sewa. Tak dapat pakai singlet pendek2, tak boleh buka tudung dan banyak lagi tak boleh........(tapi yang tak boleh tu semua kerja syaitan).
Entahlah, tapi renung2kanlah ayat Quran nie sambil malam2 buat tahajud (istikharah juga) minta petunjuk Allah.
" Ingatlah, tidak semestinya yang kamu suka itu baik untuk kamu,
dan yang kamu benci itu tidak baik untuk kamu"

Tiada ulasan: