Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

18 Mei 2009

SEDIH & RAJUK

Hari ini saya berasa amat sedih atas kematian kounselor saya yang tak formal. Kalau saya sedih atau ada penyakit hati saya akan terus teringat kan dia. Walhasil dia adalah ulama besar yang amat saya hormati. Dia mengajar saya tentang ketenangan dan kedamaian hati.

Sekarang ini hati saya ada masalah, saya cepat tersentuh, cepat sedih, rajuk dan kecil hati (baru2 ni buat ujian psikologi tahap rajuk saya amat tinggi 90% berbanding dulu2). Hati sudah tidak kuat mungkin kerana kurangnya hubungan dengan Allah kebelakangan ini. Saya baru terfikir untuk menghubungi beliau. Nama beliau tidak akan saya sebut di sini. Marilah kita beramai2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Di sini saya boleh bercerita tentang sedikit personalitinya yang sama2 kita boleh ambil iktibar.

1. Pembangunan Jiwa:

Beliau sejak muda/remaja sentiasa terlibat di dalam pembersihan jiwa dan pembangunan jiwa. Beliau sejak remaja apabila bersolat, mula2 sebut "Allahhu Akbar" mesti dah nangis teresak-esak. Tidak pernah sekalipun beliau menunaikan solat dengan tidak menangis. Hal ini saya pernah lihat di dalam youtube. Ada orang ambil gambarnya dan masuk dalam youtube. Beliau tinggal dekat dengan masjid jadi hari2, setiap waktu solat jemaah tak tinggal.

Beliau sentiasa bekerja keras ke arah jiwa yang bersih. Beliau berpendapat akhlaq dan ilmu harus jalan sama rata. Seseorang yang mempunyai Ilmu tanpa pembersihan jiwa akan menghancurkan diri sendiri. Seseorang ada menyebutkan beliau adalah manifestasi Taqwa. Sesiapa yang mendekati beliau akan merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai.
Meminjam kata-kata seorang teman: "From his youth, he was constantly engaged in self-purification and self-building. In his ethical instructions, he always insisted that one should work hard at this task and forego and abandon many luxuries in order to make headway against the endless demands of the soul. He is extremely reserved and does not like to reveal anything about himself, especially about the special favours and extraordinary spiritual powers that God has granted him.”
Salah seorang anak murid beliau juga melaporkan bahawa setiap malam gurunya duduk bersendirian, kelihatan seperti bertafakkur dan bertadabbur. Tidak pernah pun sesaat beliau habiskan dengan perkara yang sia-sia.
2. Kalau sesiapa yang rajin baca cerita ttg tokoh2 ulama dulu2 yang zuhud, rendah diri, jaga hubungan dengan Tuhan atau yang kita rasa dia ada kelebihan yang Tuhan beri, itu semua kita boleh nampak dalam diri beliau. Yang kita rasa tak mungkin orang atau ulama sekarang yang macam tu, tapi beliau adalah orangnya di dalam zaman moden ini.
Dengan terciptanya manusia manifestasi Tuhan ini saya boleh katakan bahawa beliau adalah "INSAN KAMIL KONTEMPORARI".

Tiada ulasan: