Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

05 Mei 2009

JUITA



Dulu masa kat sekolah rendah, ada seorang kawan perempuan yang baik sangat. Dia anak orang kaya tapi tak sombong macam satu budak lelaki yang kaya juga dalam kelas saya.





Juita nama dia. Dia suka pindah randah ikut ayah dia. Macam darjah satu dia takde. tapi darjah dua dan tiga dia ada. Lepas tu darjah 4 takde, dia pergi Belanda. darjah 5 ada sekejap lepas tu langsung tak contact dia sampai sekarang.





Tapi tadi terbuka blog ayah dia. MUHAMMAD HAJI SALLEH. Sasterawan negara yang sama2 perjuangkan PPSMI .





Cuma kat sini nak pinjam sajak bapa Juita nak beri kepada pelajar2 KDH tersayang, nanti lain kali lah saya cipta untuk anda semua.





Sajak ni tuju khas untuk pelajar yang nak duduk di asrama.



"SELAMAT PULANG JUITA
INI RUMAH KITA
RUANGNYA SEDERHANA
TETAPI BERTETANGGA BAIK
OLEH ITU LEBARNYA SEKAMPUNG
KAU AKAN BESAR DI LAMAN KELILING
DI RUMAH INI KAU AKAN TAHU NANTI
BAHAWA KAMI INGINKAN KAU BEBAS
KERANA KEBEBASAN ITU LINGKUNGAN WUJUD
YANG AKAN MENUMBUHKAN MU
MEMPERPUCUKAN PERCAYA
BERBUNGA MENJADI BENIH BARU
KEBEBASAN BERMAKNA MEMPELAJARI TANGGUNGJAWAB
YANG DATANG DENGAN HAK
KEBEBASAN MEMBANTU PERASAAN
SEPERTI IA MELAHIRKAN FIKIRAN
SELAMAT PULANG JUITA
INI RUMAHMU
KAMI AKAN LUANGKAN RUANG UNTUKMU
ATURKAN HARI KAMI
SUPAYA KAU MENJADI MATAHARINYA"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasulillah (Saw) bersabda: Didiklah(addibu)anak2 kamu dengan tiga perkara; membaca(qiraati) al-Qur'an, mencintai Rasulillah dan mencintai Ahlul-Baitnya.

Zolgoji, Bukit Bandaraya SA