Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

31 Julai 2009

Pensyarah Itu Marah



Seorang pensyarah yang merasa dirinya dihina kerana perbuatan yang tidak baik pelajar2 yang sudah ditegur beberapa kali tidak menampakkan hasil , kini telah meletakkan jawatan daripada menjaga anak-anak yang tidak mendengar kata (bukan letak jawatan dari jadi pensyarah). Ibarat ibu tanggang yang sangat menderita melihat tingkah laku tanggang yang tidak mengenang jasa. Jika pada mereka perbuatan yang mereka lakukan adalah sangat menjaga hati kekasih2 mereka namun sekeping hati pensyarah itu sudah mereka robek, koyak dan hancurkan.

Perasaan amat sedih dan tangis hiba kerana perbuatan anak-anak didiknya diluahkan pada Azali pemilik jiwa dan diri ini. Doa pensyarah itu agar ”budak2” itu mendapat hidayah dan membuat sesuatu yang lebih bermakna di dalam kehidupan, dari melayan nafsu syahwat kepada seorang yang kononya bergelar boyfriend. Allah swt juga menegaskan :-




إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh anak2 didik itu amatlah memberi kesan yang mendalam kepada diri pensyarah tersebut kerana mereka adalah seperti anak2 pensyarah tersebut. Walhasil apa yang dilakukan dengan ”bangganya” oleh mereka amat meruntun hati pensyarah tesebut.





Apapun, untuk semua umat pelajar yang suka berdating (sebab pensyarah tak suka murid berdating atau sesiapa saja kerana remaja adalah obor harapan masyarakat, jika mereka tidak boleh mengawal nafsu bagaimana dengan masa depan dan generasi masa depan yang akan ditonjolkan?) Menurut petikan yang diambil dari Ustaz Zahar bagaimana mengekang nafsu ? (http://www.zaharuddin.net/content/view/856/72/): bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
· Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.

· Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.


· Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
15. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-


وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )


16. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

17. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
18. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.





وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Itu adalah beberapa pandangan yang sempat saya kongsi dari Ust Zaharudin. Pensyarah itu amat berharap semua murid2nya dapat menjadi hamba Soleh, pelajar yang berkualiti dan punya pemikiran Islami yang futuristik.

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Kalau pelajar rajin banyakkan mengamal disiplin diri dan banyak munajat dengan Tuhan , tentu perkara2 maksiat begini dijauhi. Dulu masa pensyarah itu remaja dia juga bercinta tapi dia cuba jauhkan perkara2 yang mengundang cubaan Tuhan ini. Tundukkan pandangan (walau kita rasa sudah berkopiah berudung berbaju kurung itu bukanlah sahaja pakaian yang indah kerana seindah2 pakaian adalah TAQWA (takut pada Tuhan dan bukan segan dengan pensyarah itu).


Sayang Semua,

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelajar ini berbagai ragam. Kita sebagai pendidik kalau cepat putus asa ...... bagaiman nasib pelajar itu....... balik pada pangkal tugas pendidik ........ nama pun pendidik mesti untuk mendidik ....... jangan anggap mendidik itu untuk orang baik aje .. tugas siapa untuk mendidik anak-anakk yang nakal itu....... kepuasan pendidik bila anak-anak didiknya menunjukkan perubahan walau sedikit.... sabar la puan pendidik yang sampai meletak jawatan kerana pelajar itu.

Unknown berkata...

Salam kepada tanpa nama,

Saya tidak faham tulisan "sabar la puan pendidik yang sampai meletak jawatan kerana pelajar itu."

Saya sebenarnya bukan saja meletak jawatan kerana pelajar2 itu, tetapi kerana jawatan itu saya sudah pegang 2 tahun, bagi "pendidik" lain pulak lah pegang. Baru dia tahu perangai pelajar yang beragam.

Tambahan pula saya dah dapat jawatan yang lain, itu antara sebab saya meletakkan jawatan.

Cerita pensyarah itu merajuk , tidak sebenarnya merujuk kepada saya, awak harus baca dengan pemikiran yang berlapis2, kalau awak yang terasa sebagai pelajar itu, what gonna say.....?

Tanpa Nama berkata...

perlu ke pensyarah merajuk atas perbuatan(dating dgn pensyarah) pelajarnya? bukn ke apa yg dilakukan oleh pelajar tersebut adalah hak peribadinye? hormati lah hak org lain sebgaimana org lain menghormati hak kita.

kita hanyalah manusia biasa yg tak lari dari kesilapan..tegurlah cara baik dan tak perlu bermasm muka hingga sebulan.. sebgai pendidik,puan lbh arif ape yg baik dan ape yg buruk..ape yg patut dilakukn dan tak patut di lakukan.. jangan bertindak mengikut emosi kerana manusia memg banyak dengan nafsu..maaf jika ada silap kata..

Unknown berkata...

"Saya lebih mengetahui dunia saya". Banyak berkata banyak dosa!

Tanpa Nama berkata...

Puan mesti positif ....... saya hanya bagi pandangan .... saya tidak mengenali puan dan tidak mengenali tempat puan bekerja.... saya hanya taip "Projek Akhir" dan keluar blog ini......... saya hanya beri pandangan ....... kalau puan tidak dapat terima ..... maaf kan saya ..... banyak berkata banyak dosa .... saya tak setuju secara peribadi saya ulang secara peribadi ........ saya melihat orang korporat ... orang menipu ini tidak banyak berkata tapi banyak buat dosa..... tapi pendakwah , Menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang perkara hak dan mencegah mungkar seperti dilakukan oleh warga kerja kumpulan Harakah dalam menyiapkan berita dan lain-lain tanggungjawab seiringnya, merupakan satu ibadah yang baik dan dituntut Islam. Iklan



Menurut pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Fauzi Yamani berkata setiap hari, seorang pekerja yang memperbaharui niatnya dengan tujuan untuk melakukan kebaikan akan dilipatkan ganda oleh Allah SWT, ganjaran pahala sekaligus akan mendapat rezeki yang mulia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

"Menyampaikan maklumat dengan tujuan supaya orang akan mentaati perintah Allah swt dan menghindar kerja maksiat dan zalim seperti yang disuruh syaitan, akan mendapat pahala dan satu ibadah.

"Semua ini terkandung dengan janji Allah dalam surah At-Thalaq yang mana sesiapa yang bertawakal dan bertaqwa akan mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, baik di dunia dan di akhirat," katanya.

Unknown berkata...

Terima kasih bertandang ke blog saya dan memberikan komen.

Saya memang positif dan amat positif, mula2 saya ingat student saya.

Hal (rajuk dan sebagainya) itu kalau anda lihat di tempat lain institusi lain jarang berlaku (apatah lagi anda tidak mengenali saya),kerana saya amat rapat dengan student dan saya mengganggap mereka seperti jantung hati saya, maka mereka saya jagai, bajai dan siramai agar mereka berkualiti. Apatah lagi saya amat menyayangi student saya kerna mereka adalah sebahagian daripada saya.

Berkaitan hal yang dikupas oleh anda, apabila kita sudah tegur dengan 3 cara (billisan, bilhal, binniat) seperti yang dituntut oleh Nabi, maka kita harus meninggalkan dia untuk dia merenung (hukuman kepadanya) akan perbuatannya.

Nah, ternyata berhasil. Dia sedar akan kesilapannya!

Tanpa Nama berkata...

Buat puan saleha........saya terbaca ttg laman puan berkaitan dgn marahnya pensyarah....ape yg puan ketengahkan tu mmg ada benarnya....saya setuju dgn pdpt puan...kita perlu penuhkan masa dgn perkara yg berfaedah,dari situ kita akn lupa setiap perkara yg tdk berfaedah.....tapi sy sedih & terkilan bila dpt tau puan dah bertukar ke ( ? )..........sebagai pelajar puan,wlaupun hanya sekadar satu subjek,sy suka cara puan....pernah sy melawan ckp seorg pensyarh,tetapi impaknya terlalu besar buat diri sy....pensyarah perlu dihormati wlau bagaimana sikapnya sekalipun....sebagai ank murid, kita perlu menghormatinya kerana setiap ilmu yg dicurahkan itu adalah satu keberkatan buat diri kita....tapi sy mmg rasa sedih bila baca tulisan puan dlm blog....harap2 kita dapat eratkan lagi silaturrahim wlaupun tidak bersua lagi....salam syg dari NINA......

Tanpa Nama berkata...

tapi sy sedih & terkilan bila dpt tau puan dah bertukar ke ( ? )mana ...... tue dengar cerita .... puan bukan sahaja rajuk dengan pelajar tetapi juga dengan pentadbiran ...... betul ka ..... anak muridmu

Unknown berkata...

Salam anak muridku,

Takde istilah rajuk2 nie dah. Mana ada merajuk ngan sapa2, semua ok.... belum tukar lagi lah, tak yah sedih2. Belum tukar lagi. Kalau dah betul2 tukar pun tak yah sedihlah.

Ok.....Tolong Bergembira!