Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

30 September 2009

Kembali ke Semester Baru

Salam kepada semua pelajar.....

SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ .......

SALAM EID FITRI

MOHON MAAF ZAHIR BATIN





Sem baru ni ada yang nampak muka sedih muka gembira muka blur dan banyak muka lagi......



Apapun mungkin semua ini disebabkan keputusan peperiksaan yang lepas.



Yang mendapat markah rendah ada yang salahkan diri sendiri , asrama, mak ayah, pakwe, makwe dan sebagainya.



Apapun keputusan yang rendah harus dijadikan tamparan atau semangat untuk membina semula kesedaran yang kurang. Maka sem. baru ini harus buat persediaan, nota awal dan sebagainya.



Ingatlah, "kegagalan hari ini adalah kejayaan yang tertunda".




Bagi pelajar yang mendapat markah tinggi "TAHNIAH" diucapkan. Teruskan karisma anda, apapun jangan leka dengan semua perkara. Harus Istiqamah dan tekun juga fokus dalam setiap perkara yang dilakukan.



Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.



Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.




Apa yang terjadi?
Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.
Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus (irfan khairi, 2009).



Selamat kembali belajar.....moga mendapat ilmu yang barakah dunia akhirat

Tiada ulasan: