Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

28 April 2009

Takziah

Seluruh warga alam kita sedekahkan AL-Fatihah kepada :
1. Ayahanda Ust Rosilawati (pensyarah Bahasa Arab) yang kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 26/4/2009.

2. Ayah mertua Pn Azizah (pensyarah Psikologi) yang kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 27/4/2009.

Takziah kepada mereka!

26 April 2009

MAKLUMAN PSY2013

1. Kepada pelajar yang tidak mengambil midterm atau yang tidak menghadiri midterm sila rujuk midterm anda yang telah saya siarkan di dalam blog ini. Lihat kategori dan klik PSY2013 dan lihat midterm.

2. Tugasan individu bertajuk "Kajian Tingkah Laku" hendaklah di hantar selewatnya 3/6/2009. Tugasan lewat hantar tidak akan dilayan dan markah tidak diberikan.

3. Kepada semua kumpulan pembentang psikologi perkembangan, sila hantar slide show anda ke email salehaidris@gmail.com selewat-lewatnya hari Rabu jam 12 tengah malam. Lewat hantar 4 markah akan ditolak daripada markah pembentangan.

4. Pelajar yang tiada kumpulan pembentangan sila siapkan slideshow anda dan hantar ke email saya.

MIDTERM

ARAHAN:
Jawab semua soalan dan hantar ke email salehaidris@gmail.com. Anda dibenarkan untuk melihat rujukan di dalam buku teks sahaja.
SOALAN 1:
Berikan definisi psikologi. Terangkan faedah-faedah yang boleh didapati dengan mempelajari mata pelajaran psikologi. Hurai jawapan anda dengan mengambil pendekatan di dalam Islam.
(10 markah)
SOALAN 2:
Nyatakan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Dengan menggunakan konsep tersebut, bagaimana seorang guru dapat menggalakkan motivasi pelajar di dalam kelas.
(10 markah)
SOALAN 3:
Terangkan perkembangan fizikal kanak-kanak dan remaja. Bagaimana anda seorang ayah dapat membantu anak perempuan yang mengalami tahap baligh untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka.
(10 markah)

24 April 2009

ZAHRA - bunga indah

Gambar terkini, sudah pandai baca buku. Kalau tarik buku dia marah nanti

Usia 4 bulan......

Usia 3 bulan


Usia 2 bulan


7 hari di dunia




Baru dilahirkan


Bunga itu indah dipandang
Sukar dijaga gemerlapan jiwa
Iman dan taqwa duri pegangan
Hidup sejahtera hiasan maknawi
Subur kan hati
Tangan yang rajin membantu
Kaki beruzlah mencari Tuhan
Anak gadis manis orangnya.......
NUR ZAHRA SHIRINI nama diberi
Jagalah akhlaq
bila berjalan
umpama Quran dan Sunnah
yang sedang bergerak
menjadi idola
manusia akhir zaman


























































PERTUMBUHAN SPIRITUAL KANAK-KANAK

Manusia dijadikan Allah lengkap dengan elemen fizikal, mental dan spiritual. Manusia yang sempurna akan menggunakan kapasiti yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sebaiknya bagi mencapai kesempurnaan sifat sebagai manusia seperti yang termaktub dalam surah at-Tin ayat 4. Inilah matlamat hidup yang sebenarnya yang ingin dicapai oleh manusia bagi kestabilan dan pencapai kendiri atau self-actualization yang utama.

Pembangunan spiritual kini amat sedikit malah tidak ada langsung diambil berat oleh kebanyakan ibu bapa. Umpama mereka tidak ada rasa akan kehadiran ruh atau entiti yang tidak kelihatan ini. Walhal, inilah perkara asas dan pokok yang perlu diambil berat di kalangan ibu bapa bagi mencapai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.

Sebenarnya, ibu bapa adalah susuk tubuh yang penting bagi mendedahkan anak-anak dengan spek spiritual agar perkembangan ruhani dan moral mereka bangun sejajar dengan pencapaian yang lain. Pembangunan spiritual ini haruslah diberi perhatian sejak anak dalam kandungan ibu hingga mereka dewasa.


Setiap anak yang disuburkan dengan akidah yang betul, maka segala gerak gerinya akan selari dengan ajaran agama. Justeru ibu bapa tidak perlu merasa terlalu bimbang dengan pengaruh buruk yang mengancam kehidupan anak mereka. Sebaliknya jika anak-anak tersebut gagal ditanam dengan akidah yang betul, pasti akan mendatangkan masalah kepada keluarga bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dalam hal ini ibn qayyim pernah berkata:’ sesiapa yang cuai mengajar anaknya apa yang bermanfaat untuknya dengan membiarkan begitu sahaja , maka sesungguhnya dia telah benar-benar melakukan kerosakan. Kerana kebanyakan anak-anak punca kerosakan mereka datang dari kecuaian ibubapa dengan mengabaikan pendidikan fardhu dan sunat. Mereka membiarkan anak-anak di masa kecil, maka ia tidak mendatangkan manfaat untuk diri mereka dan tidak juga memberi manfaat untuk kedua ibu bapa mereka di masa tua (tuhfatul maudud bi ahkamil maulud).

Islam mengajarkan beberapa amalan untuk diamalkan oleh ibu dan bapa. Antara doa-doa yang digalakkan ialah:
Sayyidul Istigfar (penghulu Istigfar)



















Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau;
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu,
dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku;
aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan;
aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku;
dan aku mengakui dosaku,
maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Doa memohon zuriat yang baik (Ali Imran:38)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
"Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".



Doa agar anak tetap menjaga solat (Ibrahim 40-41) :

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.QS. Ibrahim (14) : 40
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat) ".QS. Ibrahim (14) : 41



Doa agar anak patuh perintah Allah (al-Baqarah :128):

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.QS. al-Baqarah (2) : 128"


22 April 2009

GAMBAR PELAJAR TERBARU

Intan budak yang bising tapi bagus buat kerja dan berdedikasi tinggi.
Teman saya yang baik di waktu susah dan senang.

Hidayah Akmal sukarela membantu dalam program PPSMI baru-baru ini

Ani Azira mengawal anak2 murid di Tadika.
Dia seorang pelajar bersifat keibuan dan berdedikasi.


Farhan seorang yang macho tetapi pemalu



Azim suka dan berani mencuba sesuatu yang baru tetapi
bermanfaat untuk diri, agama, bangsa dan keluarga

TIDAK MENERIMA

PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR,
TUGASAN UNTUK MIDTERM KEDUA TIDAK AKAN DITERIMA LAGI. SESIAPA YANG TIDAK MENGHANTAR TUGASAN, KEKAL DENGAN MARKAH MIDTERM PERTAMA.

BIODATA EX PELAJAR

NAMA: Mohd Faiz Fansuri Bin Mohd AffandyT
ARIKH LAHIR: 02 March 1986
ALAMAT PEJABAT: Takde lagi...coming soon...kat KDH kot hu3
ALAMAT RUMAH TETAP: no 9 Lorong Bertam Indah 11 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas SPU Pulau Pinang
PEKERJAAN: psychologist
STATUS: Bujangan...insyallah kawin gan ....... kot ha3...
NO TELEFON: 012 596-66651


NAMA: AHMAD FARHAN B. ABD RAZAK
TARIKH LAHIR: 20/01/1988
ALAMAT PEJABAT: -
ALAMAT RUMAH TETAP: NO 20, JALAN KENANGA, TAMAN SRI RAYA, BATU 9, 43200 CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN
PEKERJAAN: USTAZ
STATUS: BELUM BERKAHWIN
NO TELEFON: 017-6385695 / 013-7046755
EMAIL: ALAN_EVO7@YAHOO.COM

20 April 2009

ROADSHOW

Nampaknya minggu ni sudah banyak pasaraya dijelajahi oleh staf-staf KDH untuk sesi roadshow kali nie. Yang paling banyak dapat daftar nama adalah dari Giant Kuala Terengganu ( Pn Salawati / Pn Zulaihan) sebanyak 22 orang pelajar yang berdaftar. Diikuti Kuantan Parade (Cik Iffah/Cik Izlinda) 6 orang dan Kota Bharu (Pn Azanah/ En. Supawi/ En. Hafis) 2 orang. PKNS SHAH ALAM dan PKNS BANDAR BARU BANGI tak sempat tanya. Tapi hari tu Ustzh Shila cakap 2 orang di PKNS BBB.




Manakala group kami di WARTA BBB buka 4 hari paling lama lah tu. Kalau tak dapat banyak prospek malu sangat. Kami pun bekerja keras lah, tak duduk sebab nak tawan hati orang masuk belajar di KDH ni.

Group kami terdiri daripada En. Aladin (duduk browse montaj kolej, Azhana (memerhati montaj), Azrina, Pn. Halijah, Pn Azizah, Cik Khaleda dan saya sendiri (tengah panggil orang), Fansuri dan Faiz jaga malam hari.

Hari ni kami dapat 5 orang yang nak daftar masuk.



Terima kasih kepada kawan2 yang sudi ziarah kami: Pn Nafrul, Ust Shila, Pn Zulaihan, En. Hafis dan ketua unit promosi Tn Hj Munaim.


Apapun SYABAS dan TAHNIAH kepada semua staf yang berkorban tenaga dan semuanya demi melihat kejayaan kolej yang UNIK ini.

BIODATA EX-PELAJAR

INI ADALAH DATA BEKAS PELAJAR YANG SAYA TERIMA MELALUI EMAIL SAYA. HARAP PELAJAR2 DAPAT MENGHANTAR DAN MENYEBAR LUAS TENTANG ALUMNI PELAJAR DI DALAM BLOG SAYA.

NAMA: FATIHA BT. BORHAN
TARIKH LAHIR: 02 MEI 1989
ALAMAT PEJABAT: -
ALAMAT RUMAH TETAP: NO, 5B JALAN SEKOLAH MENENGAH, KAMPUNG JAWA BARU, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM
PEKERJAAN: -
STATUS: BUJANG
NO TELEFON: 019- 7229855 / 017- 2823017
EMAIL: blue_riders89@yahoo.com
ALUMNI: JUN 2009


NAMA: NOR FAEZAH BT. MOKHDIR
TARIKH LAHIR: 15 DISEMBER 1989
ALAMAT PEJABAT: -ALAMAT RUMAH TETAP: LOT 1071, JALAN RANTAU PANJANG, 42100 KLANG, SELANGOR
PEKERJAAN: -
STATUS: BUJANG
NO TELEFON: 017- 3303621
EMAIL: ezu_civiz89@yahoo.com
ALUMNI:JUN 2009


NAMA: NUR AZWANI BT. ADENAN
TARIKH LAHIR: 15 JUN 1989
ALAMAT PEJABAT: -
ALAMAT RUMAH TETAP: G-1-1, RUMAH PANGSA BANDAR BUKIT PUCHONG, JALAN BP 1/2 BANDAR BUKIT PUCHONG, 47100, PUCHONG
PEKERJAAN: -
STATUS: BUJANG
NO TELEFON: 017- 6495939 / 013- 3633116
EMAIL: Sempoi_1588@yahoo.com
ALUMNI : JUN 2009


NAMA : ANI AZIRA BINTI SA'AID@ABD.KARIM
TARIKH LAHIR : 15 JANUARI 1984
ALAMAT PEJABAT : TASKA, DARUL HIKMAH, SG.RAMAL DALAM.
ALAMAT RUMAH TETAP: PERLIS
PEKERJAAN : GURU TASKA
STATUS : BERKAHWIN ( ANAK PEREMPUAN 1 ORANG )
NO TELEFON :019-5528 733
EMAIL :keyrul 83@yahoo.com
ALUMNI: JUN 2008


NAMA: Nur Hidayah Akmal Bt. Ramli
TARIKH LAHIR: 09- 06- 1989
ALAMAT PEJABAT: takde la....
ALAMAT RUMAH TETAP: No, 54 Jalan P11 A5/6, Presint 11, 62300 Putrajaya
PEKERJAAN: belum lagi....
STATUS: Bujang
NO TELEFON: 017- 2373449 or 013- 2377471
EMAIL: trainers_slumber89@yahoo.com
ALUMNI : JUN 2009


NAMA : Abdul Azim Bin Rosli
TARIKH LAHIR : 22 November 1989
ALAMAT PEJABAT: Takde lagi...copming soon...
ALAMAT RUMAH TETAP: no 91 lorong 26 taman yayasan 34600, kamunting, perak
PEKERJAAN : praktikal lagi ni KBS
STATUS : Bujangan
NO TELEFON : 013-5955826/012-3389521
EMAIL : ajieem_bear89@yahoo.com.my
ALUMNI : JUN 2009


NAMA:GUSTINA SARI BINTI MUKSIR
TARIKH LAHIR: 2.OGOS.1989
ALAMAT PEJABAT: (TIADA)
ALAMAT RUMAH TETAP: 358, BATU 8 GOMBAK, 53100 KUAL LUMPUR
PEKERJAAN: (TIADA)
STATUS: BUJANG
NO TELEFON:017-2349428
EMAIL: pinky.psycho@yahoo.com

18 April 2009

Nabil....Nabil

Semalam saya baru menonton galaksi, dan dengar tentang isu si Nabil pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru2 nie memeluk makwe nya. Terkejut dengan kata2 Nabil :





- I "ter" peluk Irma kerana I terkejut dan terkesima
-lagipun apa salahnya dia kan girlfriend I.










Melihat Nabil sebagai ikon remaja dan beragama Islam dia tidak harus melakukan yang sedemikian.



Isu ini saya titipkan bukan untuk memburukkan Nabil. Tetapi saya ingin membawa kita semua melihat kepada aksi remaja kini yang bila berpacaran hal agama tidak pernah diperhati. Bermula dengan berjumpa, kemudian berpegangan tangan bila berjalan, ada yang berani bonceng motor bersama, naik kereta berdua, hinggakan yang perempuan berani untuk ke rumah si lelaki dan mungkin yang terakhir terjerumus ke lembah hina.



Saya hanya ingin mengingatkan remaja2 kini bahawa apabila satu wanita dan satu lelaki bertemu maka syaitan akan cuba untuk menyesatkan dan mereka akan gelak besar jika kita jatuh ke lembah hina. Sehingga kini saya masih belum mendapat statistik jumlah anak luar nikah, cuma saya amat takut apabila mendengar rumah-rumah yang membantu memulihkan atau menolong gadis2 yang "tersasar" ke lembah maksiat (tapi ada juga yang dinodai). Bukan marah pada rumah2 ini, tapi saya fikir jika kita Muslim yang benar2 berpegang pada ajaran Islam hal2 ini tidak perlu terjadi.




Apa yang remaja harus lakukan, bukan tidak boleh berkawan lelaki perempuan, berkawanlah, berpacaranlah tapi jaga batasan, tidak perlu bersentuhan (kerana ini kunci kepada kemungkaran). Anda bertanggungjawab kepada masyarakat dan sosial pada masa depan. Corakkan yang baik dan bersih jangan yang kotor. Nanti buruk padahnya. Anda malu, ibu malu, bapa malu, abang-adik-kakak benci, makcik malu, pakcik malu, orang kampung mengejek dan ????




Alangkah indahnya jika anda berkawan tetapi anda ingin menambah kecintaan kepada Allah. Indahnya kalau anda bercinta kerana tujuannya untuk mendekatkan diri kerana Allah. Jika begitu anda bercinta bukan kerana ada aura atau Chemistry antara anda berdua tetapi kerana ALLAH.











Ps: Kalau bercinta dengan Allah, tentu mereka buat sesuatu yang baik2 saja. Seperti:

1. Berborak (bergayut) perkara yang baik dan yang bagus menambah iman.

2. Masing2 beringat untuk bangun tahajud dan berdisiplin baca Quran lepas Maghrib atau

Subuh
3. Berpuasa sunat seperti Isnin dan Khamis setiap minggu.

4. Meraikan bulan2 Islam seperti Rejab , Syaaban dan Ramadhan.







15 April 2009

MY EX STUDENT

Hanya gambar-gambar ini yang berada di dalam file saya.......
ZAMRI KINI DI SARAWAK

KAKLIN MASIH BELUM MENINGGALKAN SAYA, S
EBAB TU SEKARANG DIA DAH TIRU PERANGAI SAYA ATAU
SAYA YANG TIRU PERANGAI DIA (suka muncung dan cepat terasa). hehehe




FAIZ FANSURI BERGAMBAR BERSAMA IDOLANYA


KEPADA SESIAPA YANG TIDAK ADA DI DLM BLOG INI ,
SILA HANTARKAN GAMBAR ANDA KE salehaidris@gmail.com












SEMINAR: PEMERKASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Assalamu'alaikum wrmt. wbth.
Warga Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan
menjemput Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudarihadir
ke:Wacana Ilmu Siri I:"Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"
Bertempat di:Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E
Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.
Masa: 8.00 pagi - 2.30 petang

Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Aturcara:

8.00 pagi – 8.30 pagi
Pendaftaran
Peserta dan jemputan mengambil tempat

8.35 pagi – 8.50 pagi
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan Aluan
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi
Ucaptama
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia
9.30 pagi – 9..45 pagi
Minum Pagi
9.45 pagi – 11.45 pagi
Wacana 1
Tema “Pendidikan & Kebudayaan”
1. Tn.. Hj. Ahmad Mohamad Said
(Ketua Eksekutif KDH)
2. Prof. Emeritus Abdullah Hassan
(Institut Peradaban Melayu, UPSI)
3. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
(Akademi Pengajian Melayu, UM)
Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari
Wacana 2
Tema “Sains dan Teknologi”
1. Dr. Shaharir Mohamad Zain
2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
(Fakulti Sains, UPM)
Sesi Soal Jawab
1.45 tengahari – 2.30 petang
Penutupan Majlis & Bersurai
Makan tengahari & Solat Zuhur

LATAR BELAKANG
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF
1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.
2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.
3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.
4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.
5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.

MATLAMAT
1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.
2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.
3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.
4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.
5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.
Yuran Penyertaan
RM 10 Sahaja
Alamat Perhubungan SekretariatAkademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur 'Iffah@ Cik Khalidah)
H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)
019-7049 772 (Pn. Halijah)Faks: 03-8925 2477
Email: akademi_akk@hotmail.
Untuk penyertaan boleh terus hubungi SekretariatSemua dijemput hadir.
Wassalam.
-Sekretariat Wacana Ilmu Siri 1-

MIND'S EYE - Mata Akal

Semua orang yang berjaya di dalam dunia ini mempunyai mata akal yang baik. Di mana mereka memancarkan semua tenaga positif yang ada di dalam diri.

Tetapi orang mukmin lebih baik di dunia dan akhirat kerana mereka mempunyai mata hati, itu yang hakiki.

Teringatlah pula lirik nasyid masa saya di dalam darjah 6. Ada seorang kawan nama Nurul Huda suka nyanyi nasyid "pandangan hati".

"pandangan mata selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
jika hati itu bersih
hati kalau selalu bersih
pandangannya kan menembusi hijab"

Sedikit coretan Dr George Kohlrieser:

Every individual can be succesful if he or she sees things from the right perspective, says world renowned hostage negotiator and best selling author of HOSTAGE AT THE TABLE, Dr george Kohlrieser.

According to him, " all high performers have a secret, they use their mind's eyes to focus on the benefits and not the pain."

This positive focus would determine the state we were in, whch determined the results we would achieve.

the mind's eyes direct whether we focus on the pain and frustration (negative) or on the benefit (positive). it filter reality and shapes our view of the world.

ROADSHOW KOLEJ

SEMUA STAF KDH DENGAN BEKERJA KERAS DAN GIGIH KORBAN TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK MENJAYAKAN "GERAK GEMPUR 50 PELAJAR SESI MEI 2009". DI BAWAH ADALAH JADUAL ROADSHOW. DIHARAP SEMUA (PELAJAR, BEKAS PELAJAR, BEKAS STAF DAN BEKAS PENSYARAH) BOLEH TURUN MEMBANTU MENJAYAKAN ROADSHOW DEMI KOLEJ RAKYAT INI.

KAWASAN SELANGOR / WILAYAH
1. TARIKH: 13-14/4/2009 (ISNIN-SELASA)
TEMPAT: PKNS BANDAR BARUI BANGI

2. TARIKH: 20-24/4/2009 (ISNIN -JUMAAT)
TEMPAT: WARTA BANDAR BARU BANGI

3. TARIKH: 18-19 /4 /2009 (SABTU -AHAD)
TEMPAT: PKNS SHAH ALAM

4. TARIKH : 23/4/2009 (KHAMIS)
TEMPAT: SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT BATU 10

5. TARIKH: 25-26/4/2009
TEMPAT: BILLION TANJUNG KARANG

6. TARIKH: 17/4/2009
TEMPAT: MASJID PUTRAJAYA

KAWASAN PANTAI TIMUR
1. TARIKH: 18-19/4/2009 (SABTU - AHAD)
TEMPAT: KUANTAN PARADE (DEPAN THE STORE)

2. TARIKH :17 -18/4/2009 (JUMAAT -SABTU)
TEMPAT: GIANT KUALA TERENGGANU

3. TARIKH : 17- 19/4/2009 (JUMAAT - AHAD)
TEMPAT: PANTAI TIMUR, KOTA BHARU, KELANTAN

KAWASAN PANTAI BARAT
1. TARIKH: 18 - 19/4/2009 (SABTU-AHAD)
TEMPAT : TERMINAL ONE, SEREMBAN


MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENJAYAKANNYA............

14 April 2009

MENGHADIRI MUHADHARAH DI ILIM

Seronok hari ni dapat menghadiri majlis ilmu di Institut Latihan Islam Malaysia.
Apatah lagi dapat bertemu dengan pensyarah saya Prof Dr Sidek Baba, seorang yang bercita-cita tinggi dan bersemangat gigih. Mendengar Cikgu Sidek (panggilan mesra) memberi ceramah, teringat sewaktu mengambil kelas CREATIVE THINKING IN ISLAM dengannya dua tahun dahulu.



Zaman di UIA masa tu sangat seronok, cuma ada satu kes hitam dan gelap di uia yang ada kaitan dengan projek akhir menyebabkan dah tawar hati dengan UIA. Bak kata Dr rizwan othman sejarah tetap sejarah kita tak boleh ubah, ambil iktibar saja. (Iktibarnya, tak perlu buat tajuk dengan supervisor yang tak faham tajuk apatah lagi yang sangat sibuk).

Sambung balik kat ILIM......

Antara yang disebut Cikgu Sidek atau pun yang memang selalu diungkap oleh Cikgu di dalam kelas, tentang God consciousness (kesedaran ketuhanan, kesedaran Ilahiyah). Bila manusia punya ini, kehidupan kita lebih bermakna dan beradab.

Dan satu lagi adalah tentang Hitech dan Hitouch. Hitech ini bermaksud kebendaan atau teknologi, ini bukan matlamat tapi alat untuk mencpai matlamat.

hitouch ini adalah sentuhan ketuhanan atau sentuhan spiritual yang baik dan tinggi. kalau kita punya ini , hidup lebih berkat dan manfaat.

09 April 2009

JOM BELAJAR....


Marilah kita war-war kan pada semua orang di Malaysia.
Masih lagi ada Institusi Pendidikan Islam Swasta yang BERSIH, SUCI dan HIKMAH!!


Kursus-kursus yang ditawarkan......
-Diploma Kaunseling
-Diploma Pengajian Syariah
-Diploma Usuluddin
-Diploma Perakaunan
-Diploma Pengajian Islam (Muamalat)
-Sijil Perguruan Prasekolah


HUBUNGI :
Tel:03-89252392
http://web.hikmah.edu.my/

01 April 2009

CONGRATULATION


CONGRTULATION TO MR SAHEL AND MDM AZARDEH FOR YOUR WEDDING!

ENJOY HAPPY LIFE AND I ALWAYS PRAY FOR YOUR HAPPINESS!


Gambar-gambar diambil semasa meraikan perkahwinan mereka berdua.


Apa yang menariknya mereka hidup di dalam tiga budaya berlainan tetapi berkomunikasi di dalam bahasa English. Tetapi Sahel sedang bertatih bercakap Parsi dan Melayu. Manakala Azardeh belajar Bahasa Arab dan Melayu.

Apapun Malaysia telah menemukan mereka berdua antara ARAB dan PARSI . Mereka telah bersatu !

Allah mengingatkan kita manusia, tiada bangsa apa pun yang terbaik melainkan mereka benar-benar bertakwa.

Firman Allah di dalam surah Hujurat:13"Wahai manusia, sesungguhnya Aku menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan. dan menjadikan kamu dari berbagai-bagai bangsa dan berkabilah untuk kamu saling kenal mengenal. sebaik-baik kamu adalah yang berTAKWA"




















SELAMAT DATANG......

SALAM KEPADA SEMUA KEPADA BEKAS PELAJAR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING , DAN JUGA KEPADA PELAJAR YANG PERNAH BELAJAR DENGAN SAYA.

UNTUK MERAPATKAN SILATURRAHMI KITA SEMUA SILA NYATAKAN:

NAMA:
TARIKH LAHIR:
ALAMAT PEJABAT:
ALAMAT RUMAH TETAP:
PEKERJAAN:
STATUS:
NO TELEFON:
EMAIL:

SEMOGA KITA TIDAK PUTUS HUBUNGAN. DAN DENGAN ITU KITA JUGA BOLEH MENGANJURKAN PROGRAM YANG DAPAT MEMBINA KEWANGAN, SPIRITUAL, KOGNITIF YANG BAIK!

SEMOGA KITA DAPAT MEMBENTUK KUMPULAN YANG DIREDHAI ALLAH.!!!