"Saya tahu kini , mutu dan hasil kerja saya tidak baik, Saya dah takde mood nak buat kerja. Segala yang menimpa saya sekarang membuatkan saya hilang arah, tak fokus, tak best dan semuanya lah".
Itu adalah kata-kata pekerja di sebuah organisasi di mana jua yang mengalami situasi seperti di atas. Setiap daun pasti gugur begitu juga dengan semangat dan motivasi hatta iman sekalipun. Namun bagaimana untuk membaja dan menjadikannya kembali normal atau paling tidak positif.
Saya fikir yang penting kita harus menjadi positif, kerana ayat-ayat di atas adalah hasil dari pemikiran yang negatif. Cuba kita switch channel otak kita yang lebih positif. Setiap masalah melanda memang ada hikmahnya. Mungkin dulu kita terlampau selesa dengan rezeki yang Tuhan beri. Seperti saya pernah mengalami naik turun kehidupan, pernah di dalam poket saya hanya ada RM2. Tak tahu bagaimana ingin teruskan kehidupan tapi tetap saja bantuan Allah itu datang kerana saya tahu Allah itu ingin mengundang saya menyebut dan merindui suara saya untuk memanggilnya semakin akrab. Pernah saya mendapat komisen yang lumayan hasil jualan saya , berbelanja tak ingat dunia , maka di situ perlu ada syukur, jangan membazir, beringat kepada yang kurang, beramal di jalan Tuhan.
Dengan anak-anak saya ajar untuk tidak terlalu ingin membeli kerana ianya hanya hawa nafsu. Susu lembu mahal bukan tak sanggup untuk beli pada anak tapi saya ajar biar bersederhana seperti kebanyakan manusia atau anak-anak kecil sepertinya di luar. Malah mamanya ini pun bukan membesar dengan susu yang mahal , cukup apa yang ada. Bukan juga dengan susu ibu (hanya kadang-kadang).
Kadangkala bila mamak roti datang, pit pot pit pot bunyinya. Anak-anak ingin beli roti , ingin membeli jajan (saya beri anak saya makan jajan bukan untuk menjadikannya bodoh dan sebagainya tapi untuk meraikan hari-hari kanak-kanaknya, tapi saya akan edit juga jajan2 tu semua baru mereka boleh beli) namun ada masa anak2 akur pada mamanya tak perlu beli, makanan dah banyak kat rumah. Maka mereka hanya lihat dari bawah.
Saya sudah ajar mereka menabung dari kecil. Walaupun hanya sen sen sahaja simpanan mereka Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi anak-anak belajar untuk berdisiplin dan belajar gunakan wang di hari susah nanti. Cukup penuh saja tabung ajak mereka mengenali bank. Hahaha, mana tahu ada anak yang boleh jadi macam Tan Sri Teh Hong Piaw (cuma tak Islam). Teladani dari sudut strategi perniagaannya. Bukan apa , saya perasan anak saya pertama suka cakap pasal duit, dah pandai sebut Satu juta, 100 ribu, saya rasa masa saya kecil tak tahu sebut tu sampai seratus jer....mungkin masa mengandungkan dia saya tengah bergelumang dengan jualan unit amanah yang memang sebut satu juta , 100 ribu dan cash cash yang lain.
Itu saja catatan hari ni, tentang perkahwinan adik ipar saya Zamzila KAssim dan Arifuddin Basaruddin, takde cerita lagi. Diucapkan selamat berbahgia. Dan pada Arif, jagalah adik bongsu kami yang comel baik2, jangan sakiti hatinya. Adik juga begitu pegang tanggungjawab baik2. Saya pernah ingat pesan satu ulama, jika suami sedang berbicara dan jika bicaranya tidak benar sekalipun hendaklah si isteri diam sahaja hingga keadaan jadi tenang. Dan hendaklah si isteri berbicara kemudian. Begitu juga sebaliknya untuk sang suami. Maka kau akan tahu bahawa dengan begitu rumahtangga mu menjadi tenang dan teratur. Dan yang menjadikan perceraian berlaku kebanyakannya adalah kerana situasi di atas. Bila suami dan isteri marah, masing2 menegakkan benang, maka bertambah api dicucuk syaitan yang ingin membinasakan Arasy Tuhan. Pesanan untuk pasangan yang lain juga tu.
Salam sayang untuk semua. Doakan kebaikan saya!
Doakan juga ibubapa saya, Ibu saya sekarang nampak asyik sakit2 kembali, ayah juga kesian dalam keletihan dan kelemahan menjadi kuat untuk berbakti pada emak yang sakit2.
Seperti doa Husin anak ku yang kecil, Ya Allah Ya Tuhan kami, ampuni dosa2 kami dosa ibu bapa kami dosa atuk nenek dan kaum muslimin serta muslimat. Amin.
Maafkan atas catatan saya umpama rojak kerana sekrang saya suka makan macam rojak, pagi tadi nasi lemak sikit campur nasi goreng sikit campur mee sikit. Fikiran saya apatah lagi rojaknya....dan semua juga jadi rojak ......
4 ulasan:
Masya Allah ini namanya sesuai betul dengan keperibadiannya. Harapan saya ingin sekali setiap peremuan itu berpikir demikian. kerana kalau kita lihat dewasa ini banyak kaum perempuan yang berlombah dalam bermega-megah baik berhias, kereta, rumah samapi-sampai tudungpun di perlombakan. Banyak kaum hawa yang jadi dara tua yang susah dan binggung memilih teman hidup kerana cari lelaki yang kaya dan dapat mencukupi, menjamin keperluannya sehingga perkahwinan sudah menyimbapang dari tujuan yang sebenarnya sebab itulah kita tidak heran kalau melihat banyak pasangan yang gonta ganti suami. alasannya sederana ialah suami tidak dapat menjaminkan keperluan. Jika setiap perempuan mampu untuk menganalisa pandakang diatas saya rasa dunia ini agak tenang. sebab semuanya hiruk pikuk kerana perlombaan dan tidak mampu untuk mengaflikasikan ajaran agama dengan benar sebagai mana yang ditulis di atas. Dalam doa saya dan mimpi-mimpi malam saya . sangat meninginkan isteri yang demikian, keraana memang itulah inti dari kehidupan yang sebenarnya. Terima kasih semoga kita dapat merenungkannya.
by: ronn
alhamdulillah,,,,
ketika membaca tulisan puan yang macam ROJAK tu (heee,,, :) ), banyak pelajaran yang terdapat di dalamnya.
sye teringat juga sewaktu kecil, ibu bapa selalu mengingatkan agar semua anak2 nya menabung dan menabung,,, sebab kelak akan membina hidup sendiri tanpa lindungan ibu bapa lagi,, sehingga dari kecil di ajarkan menabung,,,
tpi puan, kenapa yee,,!!! hingga saat ini saye belum dapat menabung,, bahkan kewajiban saye sendiri pun belum terpenuhi,,, apakah di keranakan saya masih terlalu belia, atau karna masih bujang (tak tau manajemen kewangan?) atau,,memang di taqdirkan tak dapat menabung,,,,,
thank's be4
sekedar sharing puan :)
Roni: Semoga berhasil mendapat apa yang diimpikan. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya....
Sahabir: Untuk Simpanan Wang Perlu ada disiplin, ternyata dengan rm10 pasti mendapat untung selepas setahun, punya 120 jugak...asal namanya simpan dan harus punya target
Gud lucks...
Pn Saleha
terimakash puan yeee .....
memang disiplin tuh mesti ada,,, dan sekedar menambah saje mungkin,, setiap manusia pasti ada masalah,,,
mungkin,, sye tengah bermasalah la ni,, heeeee
ouh ye puan,,, sekejap lagi nak periksa,,, jdi mohon do'anya yeee,, heee
Catat Ulasan