Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

29 Julai 2010

UJIAN DAN PENGUKURAN PELAJAR SEPENUH MASA

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan yang berikut
1. Indeks kebolehpercayaan boleh digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran. Kaedah belah dua dan kaedah uji dan uji kembali adalah cara untuk menentukan nilai kebolehpercayaan alat ukuran.

Nyatakan salah satu kaedah yang anda lebih suka dalam menguji nilai ketekalan sesuatu alat ujian. Mengapa?

( 8 markah)


2. Kebanyakan ujian minat kerjaya yang ada di pasaran adalah ujian kekunci bukan empirikal. Di antaranya adalah Vocational Preference Inventory dan Self Directed Search.

Pilih salah satu contoh ujian minat kerjaya di atas dan terangkan ciri-ciri serta pentadbiran ujian tersebut.
( 8 markah)


● Ujian Projektif
● Ujian Subjektif
3. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti. Jika anda adalah seorang psikiatri,
ujian personaliti yang manakah akan anda gunakan. Mengapa?

( 8 markah)

4. Menyatakan kesahan adalah penting di dalam mentafsir sesuatu skor ujian. Nyatakan kesimpulan yang boleh anda berikan dalam mentafsir skor ujian pertengahan semester Ali dalam subjek ‘ Pengantar Psikologi’ tidak boleh digunakan untuk meramal skor di dalam ujian akhir. Jelaskan kenyataan anda.
(8 markah)

26 Julai 2010

15 Shaaban

SEMOGA SEMUANYA MENYAMBUT NISFU SHAABAN DENGAN PENUH HARAPAN DAN KEBERKATAN....

INI LAH GERBANG UNTUK MASUK KE BULAN RAMADHAN YANG MULIA

RAIKAN 15 HARI TERAKHIR DAN BERSIAP UNTUK KE MEDAN PERANG.

BERPUASA
BERSEDEKAH
INGAT DAN RAIKAN ANAK YATIM PIATU
ISTIGFAR
QIYAMULAIL

"Dekati Tuhan satu langkah Tuhan dekati kita 1000 langkah"

23 Julai 2010

Peminat Ayat-Ayat Jiwang

Salam

Hari ini saya nak cerita tentang minat saya terhadap sastera dan ayat-ayat yang indah.

Baru-baru ini saya seringkali berdampingan dengan blog-blog sasterawan negara A. Samad Said. Seingat saya , saya pernah bertemu dengannya (tapi tak sempat ambil tandatangan) di UIA 5 tahun yang lalu. Semasa itu ada MALAM UNTUK IQBAL.....

Saya sudah membuka buku-buku yang berkaitan sastera adalah sejak darjah 3 lagi. Semasa itu saya tekun meneliti ayat-ayat dan isi kandungan dari buku-buku sastera abang saya di tingkatan 5. Saya tak faham cara kata-kata itu ditulus, dan saya bertanyakan abang. "Kenapa diorang tulis buku ayat macam ni". Dan abang terangkan. Dari situ minat saya terhadap ayat2 puitis menjelma.

Tambahan pula semasa di tingkatan 1 ada seorang jejaka minat kat saya. Dia rajin tulis surat dengan ayat2 jiwang. Dari situ saya belajar kata2 yang puitis dan jiwang.

Dan, semasa kenal dengan suami saya pun, tulisannya adalah yang indah-indah dan penulisan nya agak berpuitis.

Dan kini, saya bekerja di Kolej yang Presidennya suka berkata hikmah dan ayat2 ucapan danpenulisannya juga enak dibaca.

Kini, saya persembahkan satu tulisan dari A. Samad Said yang saya ambil dari blognya http://wirabukit.com/. Saya amat menyukai membaca tulisan A. Samad Said dan artikel di bawah adalah yang saya suka.

Harap semua orang boleh memupuk minat membaca yang mendalam. Ingat, Islam diturunkan kepada Umat melalui Muhammad dengan perantaraan Jibril. Dan ayat pertama : IQRA'. Maka, BACALAH!

Mendengar Ombak Di Pantai Qalbu
February 18th, 2010 SAYA memanglah seorang pembaca buku yang lambat. Kurang tepat—saya adalah pengunyah buku yang lumat—atau mungkin, lebih tepat: saya adalah peleka buku sepenuh nikmat.

Benar, saya bukanlah pembaca yang pelari. Bukan kerana saya tidak ingin cepat tiba ke akhir buku, tapi lebih kerana saya ingin lama bersapa—dan mendakap—setiap kata yang berlinang nikmat.

Kata-kata adalah kerdip fikir dan bisik tafsir; kata-kata juga adalah titian seni ke ilmu murni. Makanya, mengapa harus gopoh berlari, meninggal atau tertinggal pesan yang sakti? Mengapa tidak cuba sabar dan tekun berhenti, khusyuk meneliti, daripada hanya melihat (atau terlihat) imbas pepohon, kabus jendela atau kelibat insan!

Ketika membaca, saya ingin benar menikmati permata ilmu, dan lebih bermakna, jika saya dapat juga mendengar debur ombak di pantai qalbu. Juga, mendengar senandung alam semesta.

Selalunya, serentak saya mengunyah tiga empat buku (ia boleh suara Tariq Ramadan atau telahan J. Esposito; ia juga boleh bentak Ravi Batra atau deklamasi Rendra). Saya menikmati setiap yang dilihat, mendengar getar irama kekata, menekuni degup qalbu syahdu berseru, juga belajar menggali falsafi baru.

Buku yang baik—tua dipandang, muda disayang. Setiap halamannya adalah pepintu baru, penyegar bijak, pendidik luhur, pendekat matlamat. Buku itu pengalaman. Jika berduka isi, ia sepantun lelaki sedu atau wanita pilu. Jika bergelora isi, ia adalah pelaut di gelombang atau pendaki di puncak suram.

Begitulah sesedikitnya—kalau benarlah sedikit—jasa buku terpilih. Ia lambat dibaca, tapi amat bergema gaungnya. Dan dalam khusyuk tertentu buku menyemai mimpi yang dahsyat, menuai celek yang nikmat.

Cuma, elakkanlah musim jemu—seperti dijauhkan saya dari pengkhianat, buku tebal yang tipis. Sebaiknya, curahilah saya halaman nan wangi—seperti dekatkan saya kepada adegan terindah, buku yang tipis tapi yang sasa.

Makanya, temukan saya khazanah Usman; pimpin saya ke rubaiyat Khayam; dekatkan saya ke api Rumi; syahdui saya ke ayat suci. Dan jangan lupa, jauhkan saya dari kuasawan licik, niagawan berpeta dan bangsawan pelupa!

Begitulah ragam saya membaca. Berbisik yang lambat, mengunyah yang lumat.

20 Julai 2010

Surat Ingatan dari Kekasih

Salam semua,

Hari ni rasa letih dan tak bermaya jer badan. Banyak benda2 yang tertangguh sebab facebook tak dapat access kat ofis ni. Ada orang cakap fb ni melalaikan tapi untuk saya dia penghubung dengan orang di luar sana. Lagi2 saya tengah susun untuk buat gathering reunion dengan bekas pelajar dan bekas staf Kolej Dar Al-Hikmah ini pada 1-8-2010. Ada kawan2 minta saya buat semasa jamuan hari raya di Kolej nanti. Tapi ada beberapa alasan yang saya harus saya buat segera. Nanti jamuan tu boleh jumpa lagi mungkin. InsyaAllah.

Banyak juga hal2 yang saya tunggu dan nanti masih belum menunjukkan reaksi yang positif. Saya perlu tunggu lagi , hingga bila hanya takdir menentukan.

Di sini, untuk ingatan buat pelajar saya Norashikin Zainal Abidin yang baru kematian ibunda tercinta dan yang lain juga saya selitkan nota cinta ingatan yang pernah saya terima dari orang yang istimewa dalam hidup saya. Yang dengannya, saya berkongsi rasa suka duka. Yang dengannya lengkap melengkapi hidup saya, dengannya juga kami meraikan Rejab bersama-sama. ....AlFatihah...

Surat ini saya terima ketika saya sedang bersedih atas perginya nenek yang saya sayangi. Dan saya juga adalah cucu kesayangannya (mungkin), sebab di bawah bantal tidurnya sentiasa ada foto saya. Hayatilah walau sedikit/sepotong ayat tapi menjadi ingatan yang berguna untuk kita semua.

"Kami doakan semoga nenek akan sentiasa bahagia di
sana..sesungguhnya kami dekat dengan nenek..

Setiap kali lepas semayang tu, baca 2-3 kali
qulhuwallah untuk arwah..sekali pun dah
cukup..bagaimana kalau kita terima hadiah 5 kali dalam
sehari? bahagia kan? begitu mak, ayah dan nenek di
sana..mereka gembira..sangat gmebira kalau kita dekat
dengan mereka....dan mereka akan sentiasa 'hadir'
dalam mimpi dan jaga kita....

Jangan sekali-kali ingat mereka 'pergi' dari
kita...mereka ada dan tetap bersama kita..cuma kita
kekadang tidak merasakan kehadiran mereka...yang
penting 'rasai' dan raikan keberadaan mereka - walau
dalam bentuk apapun kewujudan mereka...

Setiap kali nangis, bangun ambik wudhu dan baca quran untuk nenek..dan dia mendengarkan, bahkan merasakan.. waktu ini adalah waktu yang paling menakutkan bagi nenek..dan siapa saja..mereka sangat perlukan kita waktu2 ini..hantarkan hadiah kita yang paling berharga untuk mereka..nyalakan lilin untuk menerangi kegelapan mereka di sana.
...................

Bersama-sama kita cari cinta Allah, Kita cari dengan mata kita tapi penglihatan ALlah, dengan telinga kita, tapi pendengaran Allah, dengan tangan kita tapi kuasa Allah, dengan mulut kita tapi pembicaraan ALlah, dengan akal kita tapi hidayah dan petunjuk dariNya...

19 Julai 2010

Syaaban

Syaaban datang lagi.

Jom kita berpuasa ....sebagai latihan untuk masuk alam Ramadhan yang penuh barakah.

Banyak membaca al-Quran untuk kita sentiasa berhubung dengan tali Allah.

BAnyak ber ISTIGFAR " Asragfirullahal Azim" untuk sucikan hati dan buang dosa juga kotoran dalam hati dan cerahkan diri.

Banyak mengingati anak yatim dan bersedekah.

Moga2 diri kita yang hina diterima Allah .

Iktibar

Kisah Iktibar
May 11th, 2010

Pernah diperi cerita
lumba arnab dan kekura.
Lajunya arnab yang kencang,
lambatnya kekura perlahan.

Berlumba di satu pesta
arnab mengejek kekura
bergegas setengah jalan,
tidur sengaja ejekan.

Kekura sedar lambatnya
azamnya saja senjata;
sang arnab terus bermegah
tertidurlah amat lena.

Nyata, yang cekal berjaya;
yang sombong jelas kecewa.
Pengajaran bagi insan:
Sombong punca kejatuhan.

Tapi, katakanlah arnab
berlari penuh bertekad.
betapa nasib kekura?
Janganlah itu dilupa!

Ogos 2004 A.SAMAD SAID
http://wirabukit.com/

Salam.....
Dah lama tak menulis, maaf kepada pembaca blog2 saya ....mungkin anda adalah pelajar saya tak kira tua atau muda, mungkin ada sahabat2 saya, atau juga musuh2 saya (ada ker?) , atau mungkin yang tak pernah mengenali atau berjumpa dengan saya. Apapun terima kasih meminjamkan hari2 anda untuk menjengah saya.
Selepas kematian ustaz saya yang dihormati, saya jadi hilang arah dan tidak fokus (saya pun tak tahu kenapa saya terlampau sedih sangat), mungkin kerana dia adalah "Amin", orang yang sangat saya percaya lebih dari kaunselor lain (yang kadang2 suka menjaja cerita2 client di dalam ceramah). Jika saya ada masalah dia tempat saya merujuk, dan saya juga kerap memberi idea2 yang diminta, dan ustaz sentiasa menghargai idea saya.
Apapun, semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang Tuhan janjikan kebahagian dan cahaya ketenangan.
Sekarang, saya ada belajar mengambil Iktibar dari isteri beliau, kuat orangnya. Walau dia bukan seorang wanita yang kontemporari tapi hubungan dengan Tuhan amat kuat saya rasa.
Tambahan pula saya belajar dari ustaz cara untuk bersabar, jangan cepat marah dan sentiasa buat baik dengan semua orang hatta suami, anak2, emak ayah, adik beradik, anak buah dan semua. Sehingga nanti mati kita ada makna pada semua. Dan semua dapat mendoakan kita.

Suami saya kata, saya ni semua orang saya nak tolong. Bukan begitu, cuma rasa empati dalam diri saya mmg kuat sejak kebelakangan ini.
.....................
Maaf kepada semua yang kerana saya , Kursus Kahwin Kolej Dar al-HIkmah diBATALKAN. Semua orang tertanya2 , tak boleh ganti dengan ustaz lain ke kalau ustaz Amin dah meninggal. Jawapannya , Memang Tak Boleh.
Sebab kursus ini sudah dibatalkan di peringkat JAIS Shah Alam, tetapi atas jasa ustaz, saya dapat juga buat kursus ini yang dijangka berlangsung 17-18 Julai 2010 yang lalu. Tapi sekali lagi dibatalkan sebab Pegawai yang incharge kata dia tak berani buat takut dipanggil JAIS. Dia kata kalau Ustaz Amin ada mmg kursus ini akan diteruskan. Saya pun malas nak berdebat dan sebagainya.
Tapi mmg jelas, kursus ini saya buat untuk memberi khidmat kepada pelajar saya dan bekas pelajar juga staf2 di Kolej atau agensi.
............................
Saya juga terasa amat rindu kepada bekas2 pelajar saya, yang saya rasa hidup saya ini yang gelap dicerahkan oleh gelak tawa dan senda gurau mereka. Maka kehadiran mereka memberi cahaya untuk saya dan saya dapat merasakan ruh2 pendidik adalah dari mereka.
Pendek kata, mereka amat bermakna dalam hidup saya!!!
Saya AMAT SEDIH DAN SEBAK jika saya melihat pelajar2 saya melakukan perkara yang dilarang Syariat seperti, berdua2an, berpegang tangan lelaki perempuan, tidak menutup aurat, dan sebagainya. Bahkan jika melakukan perkara2 yang orang gagal lakukan seperti, ponteng kelas, masuk kelas lambat, tidak menghormati orang, malas belajar, suka membuang masa dan sebagainya ....perkara2 ini amat memilukan saya. Apabila saya melihat yang sedemikian saya merasakan bahawa saya sudah menjadi pendidik yang GAGAL. Saya amat sedih. Saya sudah menganggap pelajar adalah sebahagian dari saya.
Maka, itu rasa rindu hadir dalam diri saya untuk bertemu mereka kembali. Dan pada 1.8.2010 ini saya sudah aturkan satu perjumpaan untuk bertemu mereka. Mulanya di Agrotek Hulu Langat tapi saya agak2 tak jadi , mungkin di Dewan Kolej Dar al-HIkmah sahaja. Tetapi tak dapat lagi penyertaan dan hanya sedikit sahaja yang berdaftar. Apapun , semoga program ini jadi dan tidak akan gagal lagi.
Apapun kepada semua, setiap detik dalam kehidupan kita ada IKTIBAR yang harus kita ambil!
Doakan saya

09 Julai 2010

Al-Fatihah -Bersama kenangan

Ustaz bersama salah seorang bekas pelajar SAMTEN....lihatlah wajah ceria ustaz


Sibuk ceramah malam2 tetap juga pergi bermesyuarat di dalam kelas untuk membincangkan tentang alumni


Ustaz bersama AJK alumni 2009 berbincang di pejabatnya

Ustaz Amin dalam sibuk2 nyer tak pernah bagi alasan untuk bersama aktiviti alumni





Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Lirik ini adalah nukilan Munif dari kumpulan nasyid Hijjaz kepada sahabatnya yang meninggal. Saya meminjam lirik ini untuk menukilkan rasa hati saya di atas pemergian ustaz Amin ke Rahmatullah.

Al-Fatihah

Untuk entri pertama ustaz hanya di sini. Saya sedang mengutip kenangan bersama ustaz. Dan saya kira yang lain pun begitu juga. Saya akan cuba menukilkan kenangan bersama ustaz....

Moga ustaz tenang di sana!

08 Julai 2010

7.7.2010 Ustaz Amin edisi 1





7.7.2010 adalah tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tarikh yang mana aku dan yang lain mungkinnya kehilangan seorang insan yang penuh dengan akhlaq yang baik. Seorang yang disenangi karakter dan tingkahlakunya. Dia memberi makna yang besar dalam hidupku.

Dia adalah Al-Fadhil Ustaz Hj Muhammad Amin bin Husin. Seorang yang pernah mendidik ku dan kawan-kawan yang lain sewaktu di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Dia mengajar kami matapelajaran yang berkaitan dengan silibus agama. Semasa aku di tingkatan 3 dia berhenti menjadi guru kerana mendapat tawaran sebagai pegawai tadbir agama daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai Ketua Kadi daerah Hulu Langat. Dia juga mengawalselia semua yang berkaitan dengan hal ehwal pejabat agama. Dia bos nombor satu.

Masa tu semua orang panggil dia kadi muda. Kalau tak salah aku masa dia jadi kadi dulu umur dia 25 tahun. Dan yang paling kelakar , dia nikahkan orang tapi dia yang belum menikah. :)......Bayangkan masa tu atau masa sekarang pun yang biasa nikahkan orang adalah Tok Imam yang tua2 dalam bayangan kita. Tup tup ada pulak kadi muda ....jadi ustz mmg glamor sebagai kadi muda.

Semasa aku di sekolah, aku tidaklah begitu rapat dengan ustaz tapi yang jadi rapat sedikit sebab masa aku di tingkatan 3. Masa tu ada program perkhemahan Bahasa Arab, nak jadikan cerita aku dapat fasi yang amat sangat cantiknya. Wajahnya seperti bidadari. Tapi masa tu orang lelaki tak nampak sebab dia pakai purdah dan pelajar Mesir yang balik bercuti semester. Maka dia jadi fasi aku, best dapat kakak fasi cantik ni. Namanya Azarina. Kami panggil dia Kak Ina.
Bila diselidiki rupanya dia tunang ustaz Amin.

Kenangan di SAMTEN, jamuan hari raya tahun lepas. Kak Ina dan Ust Amin (pasangan yang baik dan bahagia)



Bermula dari situ aku sedikit ada hubungan dengan Kak Ina dan Ustaz Amin. Ustaz Amin ni seorang yang suka mengusik orang tapi tak buat orang sakit hati dan jenis pelawak orangnya. Dia juga tak pernah marah orang. Kalau dia marah orang dia simpan dalam hati dan buang api marah tu jauh2....perkara tu yang aku nak belajar dengan ustaz. Satu hari aku pernah tanya dia, " ustaz, tak pernah marah orang ker?", dia kata " buat apa nak marah orang, takde faedah pun, buat orang sakit hati dengan kita jer". Aku pun terdiam dan memikir....

Sampai sini saja , nanti sambung lagi.

06 Julai 2010

Anak yang Soleh

Aku ingin jadi anak yang solehah
Hari-Hari aku berdoa
" Ya Allah jadikan aku anak yang Solehah"

Ya, dan ternyata aku belum tahu
memangnya aku anak yang solehah
atau tidak ya

Tapi aku tahu
bapa angkat ku bernama Soleh

Solehah itu selalu diuji
dengan solehahnya
ujian itu ingin melihat
memang aku boleh jadi solehah
atau tidak solehah

ternyata berat sungguh ujian
untuk menjadi anak solehah
kerana yang bernama solehah
diuji uji akan solehahnya....

Semoga aku bisa menghadapi
ujian Anak Solehah !

Macam2 Cerita

Minggu ni pelajar modular atau separuh masa di kolej ku ada peperiksaan akhir semester. Tapi kali ini lain sikit suasana peperiksaannya. Soalan tetap sama, ada susah ada senang. Kertas soalan juga tetap bewarna putih.
Seperti yang dijadualkan hari Sabtu, hari pertama peperiksaan aku harus jadi Ketua Peperiksaan. Hari Ahad perlu jadi pengawas peperiksaan. Huhuuu, agak penat dan tambahan kesian anak2 harus bersama mama dan abah, tapi ternyata harus berkorban. Walhasil anak2 aku semuanya selalu berkorban jangan mereka terkorban sudah.
Nak dijadikan cerita, sepatutnya selepas Sabtu tengahari aku dan suami sudah berjanji pada ayah untuk menghantarnya ke Perak menziarahi datuk sedara yang sedang sakit tenat. Petang Jumaat , Allah lebih meyayanginya. Dia sudah kembali ke Rahmatullah. Cadangnya untuk ke Perak terus tapi ayah kata tak perlu kerana terus dikebumikan.
Untuk arwah Datuk Sit, yang hadirnya aku dapat merasakan erti sebuah kehidupan. Dengannya aku dapat merasakan kasih sayang seorang datuk dan hidupnya adalah sebuah kenangan untukku. Atuk ini punya keunikan kerana dia adalah satu2nya warga tua yang masih ada di dalam kelompok keluarga ku. Dahulunya dia rajin menziarahi seluruh ahli keluarga. Contohnya, bulan ini dia akan ke Kuala Lumpur, minggu depan ke Terengganu, minggu seterusnya Pahang...hampir seluruh Malaysia dikunjungi. Hanya dengan menaiki bas dia menziarahi seluruh sanak keluarga. Namun aku kira, sudah 7 tahun dia senyap sunyi di rumah kerana dia menghidapi penyakit dan ingatannya juga tidak berapa kuat. Alhamdulillah, aku pernah ziarahinya 3 tahun yang lalu, isterinya yang aku panggil nek sit juga baik orangnya. Masa aku kahwin dia ada buatkan kuih satu tin besar untuk menjamu sedara mara.
AlFatihah untuk Atuk sit, yang akhirnya ayah dan kami sekeluarga tidak dapat menziarahinya dan menatap wajahnya yang terakhir. Semoga Atuk di tempatkan di tempat orang2 yang soleh.
........................................
Sambung cerita Final Exam tadi. Alhamdulillah, walaupun pelajar sedikit stress kerana harus melunaskan hutang2 kolej tapi mereka mendapat pulangan, kerana sebelum ini katanya sakit pinggang duduk di kerusi yang tak punya meja, panas yang amat kalau exam tengahari kerana biasan cahaya matahari di luar dan hingar bingar bunyi bising di luar. Tapi kali ini semuanya suasana baru ala-ala di dewan bertaraf 3 bintang mungkinnya.
Dewan berhawa dingin,
Kerusi dan bermeja lebih selesa
Dewan ditutup rapat dan tidak ada bunyi bising2 lagi di luar.
Kiranya dengan keadaan begini fikir2 pelajar malu juga untuk lambat masuk seperti kebiasaannya.
Cuma masa aku jaga exam ada dua pelajar lambat masuk. Satu aku lepaskan dan satu lagi ternyata lambat sangat. Lagi setengah jam mahu selesai baru dia masuk. Katanya motor dia pancit, tapi firasat aku tidak mempercayainya. Tapi aku tahu dia pelajar yang baik. Walaupun aku tidak pernah mengajarnya. Kepadanya saya memohon maaf kerana tidak membenarkan anda masuk exam, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semoga maju jaya untuk anda!
Maka, kami di sini adalah kolej rakyat yang kolejnya sebenarnya berinspirasi tinggi untuk memberi pendidikan kepada semua golongan rakyat. Tapi di kolej ini , memang yang berada di sini bukanlah pelajar2 yang hebat dari sudut akademiknya , tapi ternyata dengan semangat mereka yang tinggi bercampur dengan peluang yang kami tawarkan di sini ramai dari mereka yang sudah ada transformasi diri.
Akhirnya jadilah manusia yang hebat di mata Ilahi!