Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

06 Julai 2010

Macam2 Cerita

Minggu ni pelajar modular atau separuh masa di kolej ku ada peperiksaan akhir semester. Tapi kali ini lain sikit suasana peperiksaannya. Soalan tetap sama, ada susah ada senang. Kertas soalan juga tetap bewarna putih.
Seperti yang dijadualkan hari Sabtu, hari pertama peperiksaan aku harus jadi Ketua Peperiksaan. Hari Ahad perlu jadi pengawas peperiksaan. Huhuuu, agak penat dan tambahan kesian anak2 harus bersama mama dan abah, tapi ternyata harus berkorban. Walhasil anak2 aku semuanya selalu berkorban jangan mereka terkorban sudah.
Nak dijadikan cerita, sepatutnya selepas Sabtu tengahari aku dan suami sudah berjanji pada ayah untuk menghantarnya ke Perak menziarahi datuk sedara yang sedang sakit tenat. Petang Jumaat , Allah lebih meyayanginya. Dia sudah kembali ke Rahmatullah. Cadangnya untuk ke Perak terus tapi ayah kata tak perlu kerana terus dikebumikan.
Untuk arwah Datuk Sit, yang hadirnya aku dapat merasakan erti sebuah kehidupan. Dengannya aku dapat merasakan kasih sayang seorang datuk dan hidupnya adalah sebuah kenangan untukku. Atuk ini punya keunikan kerana dia adalah satu2nya warga tua yang masih ada di dalam kelompok keluarga ku. Dahulunya dia rajin menziarahi seluruh ahli keluarga. Contohnya, bulan ini dia akan ke Kuala Lumpur, minggu depan ke Terengganu, minggu seterusnya Pahang...hampir seluruh Malaysia dikunjungi. Hanya dengan menaiki bas dia menziarahi seluruh sanak keluarga. Namun aku kira, sudah 7 tahun dia senyap sunyi di rumah kerana dia menghidapi penyakit dan ingatannya juga tidak berapa kuat. Alhamdulillah, aku pernah ziarahinya 3 tahun yang lalu, isterinya yang aku panggil nek sit juga baik orangnya. Masa aku kahwin dia ada buatkan kuih satu tin besar untuk menjamu sedara mara.
AlFatihah untuk Atuk sit, yang akhirnya ayah dan kami sekeluarga tidak dapat menziarahinya dan menatap wajahnya yang terakhir. Semoga Atuk di tempatkan di tempat orang2 yang soleh.
........................................
Sambung cerita Final Exam tadi. Alhamdulillah, walaupun pelajar sedikit stress kerana harus melunaskan hutang2 kolej tapi mereka mendapat pulangan, kerana sebelum ini katanya sakit pinggang duduk di kerusi yang tak punya meja, panas yang amat kalau exam tengahari kerana biasan cahaya matahari di luar dan hingar bingar bunyi bising di luar. Tapi kali ini semuanya suasana baru ala-ala di dewan bertaraf 3 bintang mungkinnya.
Dewan berhawa dingin,
Kerusi dan bermeja lebih selesa
Dewan ditutup rapat dan tidak ada bunyi bising2 lagi di luar.
Kiranya dengan keadaan begini fikir2 pelajar malu juga untuk lambat masuk seperti kebiasaannya.
Cuma masa aku jaga exam ada dua pelajar lambat masuk. Satu aku lepaskan dan satu lagi ternyata lambat sangat. Lagi setengah jam mahu selesai baru dia masuk. Katanya motor dia pancit, tapi firasat aku tidak mempercayainya. Tapi aku tahu dia pelajar yang baik. Walaupun aku tidak pernah mengajarnya. Kepadanya saya memohon maaf kerana tidak membenarkan anda masuk exam, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semoga maju jaya untuk anda!
Maka, kami di sini adalah kolej rakyat yang kolejnya sebenarnya berinspirasi tinggi untuk memberi pendidikan kepada semua golongan rakyat. Tapi di kolej ini , memang yang berada di sini bukanlah pelajar2 yang hebat dari sudut akademiknya , tapi ternyata dengan semangat mereka yang tinggi bercampur dengan peluang yang kami tawarkan di sini ramai dari mereka yang sudah ada transformasi diri.
Akhirnya jadilah manusia yang hebat di mata Ilahi!

Tiada ulasan: