Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

21 Oktober 2010

Sketsa dengan Husin


Petang itu seperti biasa mengambil Husin anak ku yang sulong dari sekolah Taski. Naik saja kereta dia pun bersuara dan bertanya dengan suara yang agak terkejut dan penuh persoalan.

Husin: napa mama pakai baju hitam ni?.
Mama: ha kenapa dengan baju ni?
Husin: Tak cantikk
Mama: Apa? Tak cantik ? (Dengan muka yang agak terkejut kerana Husin kecil2 lagi dah pandai tengok cantik ke tak cantik)
so, kalau mama pakai baju warna apa cantik?
Husin: Warna oren lah.
Mama: Oren tu sebab Husin yang suka. Mama biar pakai baju ni nampak tak cantik tapi depan suami mama kena cantik. Kalau depan orang lain mama cantik sangat nanti mama dapat dosa.
Husin pun tersenyap seketika mungkin agaknya sedang berfikir.
Mama: Tapi Tuhan cakap sebaik2 pakaian ialah TAQWA. Husin tahu apa itu TAQWA?
Husin: Kak Wa ? Tahu lah, kakak Haramain ( kakak sepupu dia nama Mastura panggil Kak Wa)
Mama: Husin ni bila mama cakap tak tengok muka mama tu lah kurang jelas mama cakap. Cuba tengok muka mama bila cakap. Mama bukan sebut kak wa mama sebut TAQWA. Tahu apa itu taqwa?
(Husin geleng kepala)
Taqwa tu baju yang paling best sekali. Kalau siapa pakai baju tu mesti cantik di hadapan Allah.

* Kecik2 pun dah tahu kritik fesyen baju

2 ulasan:

Syahaadah berkata...

tersnyum seketika bila slalu mengikuti gelagat anak2 puan ni.. mmg bnar kata pepatah, anak permata hati..penyejuk mata n sanubari. smga puan jadi da best mum!!

Unknown berkata...

The BEst tu kan memang dah tertanam di dalam fitrah insani...
kalau awak datang kat ofis saya penuh perkataan "I'm The Best"....
Setiap hari memperbaiki diri and we have to change every day to be good servant of Allah....