Seringkali kita berada di dalam kesusahan. Kadangkala kita tiada duit langsung untuk makan. Hal ini berlaku kepada semua orang. Lagi2 kalau pelajar yang suka mengadu ”takde duit lah, PTPTN dah habis. Mak tak kirim” dan sebagainya 1001 alasan.
Sedarkah kita bahawa di dalam Al-Quran Allah menyebut " Jika kamu bersyukur Aku akan tambah"
Maka, satu formula yang Tuhan ajar, jika kita dalam kesusahan dan kekurangan maka kita harus bersyukur. Dengan itu, yang berkurang akan bertambah dan yang tiada bisa diberi. Ini adalah satu konsep optimistik di dalam Islam untuk menghapuskan sikap pesimistik manusiawi.
Tuhan itu yang menciptakan kita makhlukNYA sudah pun tahu apa petua dan formula untuk kita. Hanya kita saja yang kadangkala lalai dan leka mencari apa yang kita inginkan. Manusia ini masalahnya hanya tahu mengadu dan mengeluh tentang apa yang dihadapinya. Mereka mengadu tentang hutang, keretakan hubungan dengan kawan-kawan, suami isteri dan sebagainya sehingga melupakan kuasa yang mereka ada. Kuasa yang boleh mengubah hidup mereka.
Tahukah anda semakin anda berbicara dan mengenang masalah maka akan bertambah lagi masalah yang lain. Hanya segelintir manusia sahaja yang menyedari hakikat ciptaan diri dan potensi terbaik yang kita ada.
We generally let our outside world control our inside world.
We have to reverse this. Our thoughts dictate what we attract!
We’ve got to let the inside world take charge of our outside world!
Kita sentiasa membiarkan orang lain yang di luar sana mengawal segala pergerakan dan perbuatan kita. Mulai dari hari ini kita harus berubah. Biar diri kita yang mengawal mereka di luar sana.
Di sini, saya ingin mengajak anda buat latihan dengan teknik yang mudah ini bagaimana mengajar anda berfikir dari kemelut fikiran negatif semasa ditimpa musibah. Saya juga bertatih mengaplikasikan teknik ini. Alhamdulillah memang menjadi. Kadangkala saya juga tersungkur, tetapi dengan bantuan kawan-kawan di sekililing yang juga ingin berfikiran POSITIF walaupun dalam emosi NEGATIF. Kami BERJAYA menghadapinya.
Saya bawa contoh kisah seorang JENAH. Dia adalah ibu tunggal kematian suami kepada 3 orang anak. Pekerjaannya hanya menuntut gaji yang hanya cukup-cukup makan atau normal di Lembah Klang RM2000. Jenah tidak gembira dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Dia harus menanggung anak-anak yang masih bersekolah, harus membayar kereta, pinjaman rumah juga, menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Tetapi walaupun dia bekerja keras namun pendapatannya tidak akan bertambah.
Kebanyakan dari kita akan focus kepada apa yang kita tidak ada. Betulkan? Tetapi masalahnya, jika kita mula ‘komplain’ tentang apa yang tidak cukup kita akan mendapat lagi banyak bil yang belum dilunaskan (alah, kalau kita fakir masalah hutang tiba2 ada lagi surat sampai suruh bayar itu dan ini, pernah kah anda begitu?)…Tentu sekali kan?
Kisah Jenah ni mungkin dia letak matlamat dia untuk keluar dari hutang . Nah sekarang hutang adalah perkara yang negatifkan? Jadi matlamat ini sudah salah, dia sudah meletakkan matlamat yang salah. Matlamat untuk menyelesaiakan hutang akan membuatkan anda sentiasa di dalam hidup yang berhutang. Percayalah cakap saya! Kita memikirkan hutang, hutang, hutang dan itu lah yang kita nak lagi.
MAKA…..
Pertama sekali, Jenah harus tukar matlamatnya. Matlamatnya bukan lagi
MENYELESAIKAN HUTANG
Tetapi…….
ABSOLUTE FINANCIAL FREEDOM / KEBEBASAN DI DALAM KEWANGAN
Lain kan bunyinya walau benda yang sama? Dan kita lebih fokus kepada positif.
Setiap pagi lepas solat Subuh, buat day dreaming atau angan-angan positif apa yang kita akan buat kalau kita ada kebebasan di dalam kewangan atau kita ada duit.
Kalau dalam kes Jenah tadi dia kena auto-correct fikiran negatifnya. Kalau sebelum ini dia berfikir:
HUtang ku amat banyak aku tak tahu nak buat apa?
Aku takde duit yang cukup untuk memenuhi kehendak dan keperluan diriku dan keluargaku.
Perlahan-lahan, Jenah mula membaiki pemikirannya:
Aku ada rumah dan anak-anak yang gembira. Aku mempunyai keluarga tercinta.
Aku ada pekerjaan yang baik dengan peluang aku boleh naik pangkat.
Aku sihat.
Aku tidak boleh rasa sangat teruk kerana ada orang lebih teruk dari ku. Ada orang yang tak punya rumah dan keluarga sejahtera.
Hutang aku akan dilangsaikan sekiranya aku mula menyimpan sedikit setiap bulan.
Aku bersyukur kerana aku ada pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang sederhana.
Aku amat suka mempunyai fikiran untuk menjadi kaya.
The current results you have in your life are based on your current belief.
Jadi, bermula lah untuk berubah dari sekarang….
Saya pun ingin berubah selagi hayat masih di kandung badan. Kalau dah berada dalam kubur semua tak sempat hanya menunggu amalan yang di bumi sahaja. Entahkan sampai entahkan tidak....
Moga amalan diberkati Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan