Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini
Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php
HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
10 Ogos 2011
Tahniah Dr Zaleha
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog saya dan mungkin ada yang sentiasa klik menziarahi saya tapi tak ada update setiap hari.....TERIMA KASIH
Saya doakan kalian sentiasa berjaya mengharungi kehidupan dan seperti kalian saya juga sedang berebut ganjaran Allah di bulan puasa ini dan yang penting kasih sayang Allah mendahului segalanya.
Di sini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Datul Dr Zaleha yang telah dilantik sebagai REKTOR UIAM yang baru.
Saya hanya mengenali Dr semasa di UIA melalui ceramah yang dikendalikan di UIA dan di Persatuan Ulama dahulu...
Sesungguhnya saya yakin dengan pemerintahan baru Dr.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.
UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu. Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.
Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.
"Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988," katanya.
Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.
Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pada Mac 2009, beliau menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. - BERNAMA
* Jangan ada kawan terbaca Tahniah Dr SAleha...hahaha..saya masih belum ada pangkat Dr lagi....tengah berusaha tapi belum sampai ..baru depan pintu.
27 Jun 2011
JOm Menulis Esei
Sebelum dari tiba jam 10.45 Adun Bangi Melancarkan Peraduan Mengarang Esei Dan Puisi. Peraduan ini sempena Sambutan 3 Tahun Pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu yang dilakukan oleh Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22.6,2008 bertempat di KUIS. Peraduan Mengarang melibatkan tiga kategori:
1) Mengarang esei pada peringkat tinggi panjangnya antara 5,000 – 6,000 perkataan
2) Mengarang esei peringkat Menengah, panjangnya antara 1.500 – 2,000 perkataan
3) Menulis puisi (Pantun, Sajak, Syair dan sebagainya).
a) Esei Peringkat Tinggi bersifat ilmiah, menggunakan rujukan adalah lebih baik: Tajuk-tajuk panduan adalah seperti berikut:
1. Bangi Bandar yang membangun berpaksikan pusat pengajian dengan masyarakatnya berbudaya keilmuan.
2. Bangi Bandar Universiti: Realiti dan Harapan
3. Peranan pelbagai agensi dan institusi di sekitar Bangi bagi membina imej Bangi Bandar Ilmu
4. Bangi masih belum layak diiktiraf sebagai Bandar Ilmu
5. Kegiatran dan aktiviti bagi pengisian Bangi Bandar Ilmu
6. Industri keilmuan menjana ekonomi
7. Program dan aktiviti tahunan bagi kegiatan keilmuan di Bangi
8. Konsep Bandar Ilmu/Universiti di luar Negara sebagai panduan bagi Bangi Bandar Ilmu.
9. Melahirkan pemikir, ilmuan, budayawan dan pemimpin di Bangi
10. Memupuk masyarakat berilmu di Bangi sebagai Bandar bagi Negara Sempurna (Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur).
b) Judul-judul bagi kategori Peringkat Menengah
1) Bangi Bandar Sejahtera, aman, berilmu dan berkebajikan.
2) Meningkatkan kualiti hidup melalui institusi kekeluargaan
3) Peranan surau dan masjid di taman perumahan kami di Bangi
4) Tempat-tempat istimewa di Bangi
5) Kerjaya ibu bapa saya adalah cabaran bagi saya.
6) Minat/hobi dan aktiviti di luar masa Sekolah saya
7) Peranan Golongan muda bagi pengisian Bangi Bandar Ilmu
8) Memupuk keharmonian di kalangan penduduk Bangi
9) Sekiranya dilantik sebagai pemimpin di Bangi saya akan …
10) Bangi pada tahun 2021
c) Puisi (Pantun, Sajak, syair dan sebagainya) – temanya:
1) Kecintaan pada Allah dan Rasul
2) Berkaitan dengan Bangi Bandar Ilmu
3) Kecintaan pada Ilmu
4) Kecintaan pada Alam
5) Kecintaan pada keharmonian
Hadiah Untuk semua kategori
Pemenang Tinggi Menengah Puisi
Pertama RM5,000 RM1,000 RM1.000
Kedua RM4,000 RM800 RM800
Ketiga RM3,000 RM500 RM500
Saguhati RM1000 RM100 RM100
(Penerima hadiah juga akan dikurniakan Sijil Penyertaan)
Syarat Peraduan
1) Terbuka kepada warga Negara Malaysia
2) Semua karya mestilah asli dan dalam bahasa Melayu
3) Setiap hasil tulisan mestilah dihantar dalam `hardcopy dan soft Copy
4) Setiap karya mestilah disertakan, nama, alamat, No. Kad Pengenalan serta no telefon.
5) Esei adalah berdasarkan kepada satu tajuk panduan pilihan yang telah disenaraikan
6) Setiap penyertaan mestilah menggunakan format borang penyertaan yang disediakan
7) Tarikh Tutup semua peraduan adalah pada 31 Disember 2011.
8) Semua hasil penyertaan adalah menjadi hakmilik penganjur
9) Keputusan panel hakim adalah muktamad. Hanya karya yang memenuhi mutu yang telah ditetapkan layak menerima sebarang hadiah
10) Semua karya hendaklah dihantar ke Pejabat Adun Bangi atau melalui email - drshafien26@gmail.com.
11) Karya yang terpilih akan diterbitkan dalam bentuk buku
12) Sebarang persoalan bolehlah menghubungi:
Pejabat Adun Bangi, No. 8 Jln ¼ , Seksyen satu, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03: 89250891 atau hubungi Nabilah – 0132845497, Aisyah 0137017920
Sumber sini
20 Jun 2011
Menjadi ululAlbab
Kerja ulul albab atau cendekiawan atau doktor pakar ini adalah kerja mencari hikmah. Tuhan menjelaskan kedudukan ulul albab dalam masyarakat pada ayat 269 surah al-Baqarah; “Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali ulul albab.”
Allah berfirman lagi dalam surah Yusuf, ayat 111; “Mereka adalah orang yang boleh mengambil pelajaran dari sejarah umat manusia.”
Ulul albab adalah golongan yang diberi pedoman seperti yang disebutkan Allah dalam surah Ali Imran ayat 7; “Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah, dan mereka itulah ulul albab.”
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 100; “Katakanlah, tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai ulul albab, agar kamu mendapat keberuntungan.”
Justeru, ulul albab adalah ilmuan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai peribadi yang sedar, merupakan kuasa pendesak moral dengan tugas utamanya adalah pembebasan dan pencerahan. Ini tercermin pada ayat 20 hingga 21 dalam surah Yasin; “Dan dari hujung kota, seorang lelaki berusaha datang, membawa pesan, “wahai kaumku, ikutlah para rasul, ikutlah mereka yang tidak meminta upah dari kamu, sedang mereka adalah orang-orang yang terbimbing dengan hidayah Tuhan.”
Sebagai rausyanfikir, sebagai ilmuan dengan keadilan kerjanya adalah melawan Firaun lambang penguasa korup, Haman lambang ilmuan yang melacurkan ilmunya, Qarun lambang kapitalis rakus yang tidak peduli dan Bal’am lambang agamawan dan rohaniwan yang menunggang agama untuk mengesahkan terus kuasanya sambil mengkhayal dan menipu rakyat dengan citra agama.
Dan sebenar, amatlah menakutkan apabila pengarang kita, tidak cenderung melawan Firaun, tetapi lebih menjadi Haman, alat Qarun dan dengan bercambahnya karya Islami yang menawarkan emosi cinta kopiah-tudung, pengarang sudah turut menjadi Bal’am.
Kerana saya berpendapat, keberanian meneroka (bermacam-macam) ilmu, iaitu sebahagian tugas ilmuan (dalam hal ini doktor pakar) adalah mengkaji dan masuk ke “permukaan bumi” yang lain. Kerana itu ilmu sahaja sebagai estetika belum tentu memadai. Ilmu yang ditawarkan haruslah ilmu yang tepat.
Rausyanfikir adalah; “Orang yang merasa bertanggungjawab untuk memperbaiki masyarakatnya, menangkap aspirasi mereka, merumuskannya dalam bahasa yang dapat difahami setiap orang, menawarkan strategi dan alternatif penyelesaian masalah.”
Untuk memiliki kesemua hikmah dan rausyan fikir , anak muda harus banyak membaca. berfikir tidak seperti biasa. Bukan saya mengikut seperti lembu dicucuk hidungnya. Anak muda harus banyak membaca, banyak berfikir dan meronta berkelana mencari ilmu. Sehingga dalam diri ada pendirian kerana yang berdiri seteguh iman (Saleha, 2011).
14 Jun 2011
Melayan Anak di Imigresen
Hari Rabu minggu lepas ingatkan nak ambil cuti bawa anak-anak buat pasport di Imigresen Kajang yang terletak di Perhentian Basa Jalan Reko Kajang Tingkat 3.
Tetapi sebab dan ramai dan juga sesak (kami sampai dalam jam 9.30 pagi) maka kami batalkan niat kami sebab MALAS untuk menunggu terlalu lama. Kami cuba dapatkan borang saja dan berniat untuk isi di rumah sambil siapkan dokumen lain yang diperlukan.
Dalam entri ini cuma ingin berkongsi persiapan dan persediaan yang diperlukan kepada sesiapa yang nak buat pasport.
Bila kita start parking je, nanti adalah orang yang tanya encik nak ambil gambar pasport (ada orang panggil mereka kutu), tapi saya rasa tak sesuai istilah tu , mereka ini hanya agen pemasaran bagi kedai2 mereka untuk memberi perkhidmatan gambar foto kepada mereka yang nak buat pasport. So, bila kami sampai je mereka memang akan ikut kita sampai tingkat 3 (saya tak pasti kalau imigresen tempat lain begini juga situasinya).
Ok, bila nak ambil nombor giliran, kita tak boleh ambil sesuka hati sebelum menyerahkan borang dan dokumen. Antara butir2 yang diperlukan (bagi dewasa) seperti:
1. Gambar pasport 2 keping dengan latar belakang biru (saya pun kena ambil gambar lagi sekali sebab pegawai tu kata gambar saya warna hijau cyan tapi macam biru sebenarnya, dan mereka perlukan gambar yang terkini).
Kalau tak sempat ambil gambar di kedai luar di kawasan itu ada disediakan perkhidmatan bergambar ..banyak sekali kedai , bayaran RM8 bagi 8 keping gambar.
2. IC original dan IC fotokopi.
10 Jun 2011
Cinta Rejab Bersinar
Meraikan Yang Lepas. Sekadar meraikan 1 Rejab kami yang dahulu. Ini adalah kenangan dalam proses cinta kami ....
Kami menyatakan perasaan kami pada malam 1 Rejab. Dan kali ini kami sudah meraikan Rejab selama 11 tahun .....Semoga Kasih sayang ini bertahan selamanya walaupun kadang kala ada badai (biasalah dalam rumahtangga)....
Ada sebatang pohon cinta telah tumbuh pada 1 rejab itu..sehingga sekarang sedang mengakar kuat, berbunga, berdaun dan merimbun..begitu meneduhkan..
Siapa dulu yang tanam pokok tu? Biarlah..tapi yang penting kami sama menyiramnya..sama bajainya..sama melindungi dari ulat dan serangga..pernah kami terpaksa berkejar ke sana ke mari hanya untuk meneruskan rutin kami merawatnya..kadang2 habis duit, tak pegi kelas, jalan kaki tengah panas, sakit demam kami sendiri sudah tak peduli, hanya kerana kami percaya bahawa pohon cinta ini sungguh meneduhkan..
Sedaya upaya kami tak nak pohon kami ini, setelah mula berpucuk, berputik, berbunga
dan semakin mewangi, hanya untuk kami sahaja nikmati.. bahkan setiap apa yang kami ada, sebolehnya adalah hanya untuk membahagiakan orang lain..
Pohon yang kami siram pada 1 rejab kelmarin itu adalah untuk memelihara pohon lain dengan Qudusnya cinta anugerah Ilahi ..Moga dengan pohon yang kami pelihara ini mampu juga membasahi rerumput kecil di sekitar kami untuk tumbuh?
Cantikkah pohon kami ini, walau merimbun, tapi tumbuh di tanah kering gurun? bukankah indah jika turut dikelilingi rerumput hijau lainnya?
Kalian juga yang baru bercinta (atau belajar bercinta) jangan kotori rumput disekeliling. Sinari ia dengan sinar dari pohon cinta kalian. Jangan hancurkan rumput-rumput lain dengan gelapnya cinta kalian, pastikan ianya bercahaya dan mekar. Kerana walaupun pohon kita akan mati, tapi buah yang kering akan tumbuh mengganti pohon kita kembali.
Kami dahulu berpisah 4 tahun kerana masing-masing menyambung pelajaran. Pernah kami, berjanji untuk beryahoo messenger tapi banyak onak duri, line tak aktif kalau di sana, malam tak makan apapun, kecuali maggi sebungkus..bangun pagi esok, ..berkejar ke lab untuk send email tapi tak boleh bukak..pusing bandar cari cc, disket tak bawak..pinjam disket, bukak laptop depan public, copy file, masuk cc habis duit, pinjam duit tukar dollar, pegi pasar beli makanan untuk masak budak2 nak sahur, malam pukul 2 baru makan.. tu belum sebut hari tu dah 4 hari ana demam... dan cukup la.....
Sesuatu itu kita yang maknakan..orang boleh menangis tengok hindustan adalah kerana dia meng'kajol'kan dirinya sendiri......
Sehingga sekarang hampir jam 5 pagi..kejap lagi subuh..dan seperti nyanyian kanak2..
"air pasang pagi surut pukul lima, nyonya bangun pagi
siram pokok bunga, pokok bunga cinta, tanam tepi hati,
itik berbahasa, ayam mengerti.."
...MAKA CINTA ITU PERLU DISIRAMI AGAR SENTIASA SUBUR>>>JIKA ADA ULAT YANG CUBA MENGANGGU HADAPI DENGAN SABAR DAN USAHA UNTUK MEMBIARKAN POHON ITU INDAH KEMBANG MEKAR DAN SENTIASA INDAH....
BUKAN MUDAH MENJAGA SEBUAH CINTA!!! HANYA JAGAI DEMI CINTA ILAHI
07 Jun 2011
Kritik Atas Kelab Isteri Taat...
Layan macam pelacur'
2011/06/05
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Dalam kaedah Islam "Matlamat tidak menghalalkan cara". Wp matlamatnya adalah untuk menceritakan tentang keperluan isteri melayan suami dengan yang kebih baik tetapi carapun kena betul. Mengapa caranya perlu meletakkan isteri sebagai 'pelacur' kepada suami yg haq krn istilah pelacur adalah untuk perbuatan zina yang keji. AJ tahu ke bagaimana pelacur melayani pelanggannya? Mengapa masih nak bertegas menggunakan istilah yang salah kepada perkara yang betul? Mengapa menggunakan istilah songsang dalam yang patut kita benci menggunakannya kerana dikaitkan dengan perbuatan terkutuk sedangkan dalam Islam Nabi menyuruh kita menggunakan nama-nama yang baik untuk anak kita dan menyuruh kita menukar nama buruk tersebut jika ertinya tidak baik. Tidak ada perkara yg dianggap remeh dalam Islam. Perkara yg sekecil2nya dititikberatkan oleh Islam. Perkataan atau istilah buruk tdk wajar digunakan oleh seorang muslim yang solehah.WA.
Ini merupakan satu contoh penggunaan kalimah yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? - hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam.
Walaupun kita boleh mengandaikan kenyatan Dr Rahaya: "dia kata sepatutnya isteri layan suami lebih bagus daripada pelacur". Namun, mengapa pelacur menjadi indikator atau yardstick layanan isteri. Siapa yang boleh buat standard atau piawaian pelacur untuk dijadikan ukuran kepada isteri solehah yg taat? Sedih saya melihat fenomena ini. Cukuplah kita menjadi isteri nabi sebagai ikutan dan juga penulisan para ulamak mengenai cara melayani suami dan juga buku penulisan moden yg tdk bercanggah dengan syarak.
Saya pernah terbaca nengenai bagaimana pelacur melakukan seks oral. Adakah ia dilakukan oleh Nabi atau para isterinya. Sudah tentu tidak!!! Pelacur adalah jijik. Isteri yang sah lagi solehah mulia di sisi Allah. Niat yang baik tidak boleh menghalalkan suatu perbuatan.
Saidina Ali berkata dalam hal berkaitan dengan agama,"Seandainya agama ini diambil dengan aqal, nescaya menyapu tapak (bahagian bawah) khuf (kasut/lapik kaki dari kulit) lebih afdhol (baik) dari bahagian atasnya." Dalam mengulangi wudhu' seseorang yang memakai khuf hanya perlu menyapu bahagian atas khuf tanpa membasuh kaki. Secara logik yg kotor ialah bahagian bawah khuf tapi syariat menyuruh sapu sebelah atas. Ada hal-hal yang berkaitan dgn agama tidak boleh diukur dengan aqal/logik sebaliknya perlu mengikut syariat. Samalah dengan bila kita buang angin kita dikehendaki berwudhu' bukannya membasuh punggung kita dalam hal berhadath kecil.
Kami berlindung dari segala hasutan syaiton dengan memperendahkan pandangan orang lain. Tugas kami, Ustaz Zaharuddin, saya dan para asatizah lain hanya menyampaikan dan menasihati sekiranya mengikut ilmu kami yg sedikit ini ada pandangan atau komen yg kami rasakan tdiak kena menurut pandangan Islam, kalau tidak kami akan dipersoalkan di akhirat kelak. Adalah satu kesilapan bila kita menganggap perkara ini remeh kerana kalau kita menganggap sesuatu yg haram sebagai suatu yg diharuskan atau halal dia boleh menjejaskan aqidah kita. apapun terpulang, kami hanya menyampaikan sahaja dan tidak berniat untuk menjahilkan orang. Sebaiknya kita berlapang dada dalam perbincangan ini. Man 'aliman 'alima waman jahilan jahila. Selesai tugas saya. Wallahu a'lam.
ku hanya insan kerdil, apatah lagi nak mengaku alim ulamak kerana ilmuku lebih banyak di kutub (kitab2) dari dalam sudur (dada). Tetapi aku hanya menyampaikan apa yg dipesan Nabi SAW "ballighu 'anni walau aayah"-sampaikan dariku walau satu ayat.Mintak ampun dan maaf seandainya kata-kataku ada yang mengguris hati para pembaca di sini dan tidak berniat untuk memperendahkan sesiapa, namun untuk berhenti dari mengingati diriku dan diri orang lain tentang agama ini tetap tidak akan aku tinggalkan walaupun pahit sekalipun. Iقل الØÙ‚ ولو كان مرّ
06 Jun 2011
Teratak Pak Habib
Salam semuanya.
Alhamdulillah hari ini dapat buat sedikit lawatan (habiskan bercuti) secara tidak rasmi. Kebetulan suami ada tugas sikit di Janda Baik.
Suami tanya Janda Baik nak pergi mana....fikir punya fikir ....Rumah Pak Habib nak? Sambil berfikir untuk buat program di sini katanya free (dalam kepala , yer ke free...?)
Sampai di sana, terasa sangat tenang dan mendamaikan kerana penuh dengan landskap yang indah (sambil kepala menyimpan cita2 untuk reka rumah dan landskap sedemikian rupa)
Anda kenal ke sapa Pak Habib ni....kalau dulu masa kecik2 selalu nampak buku Pak Habib ni tulis pasal isu politik yang agak kontroversi. Ini websitenya....
Kalau anda kenal Uncle seeker yang cari hantu tu...ini bapaknya juga.
Bila kita sampai saja depan gerbang teratak akan nampak Tulisan di Pasu BUnga Besar Tulis University Of Life....napa ek Pak Habib tulis macam tu:
"niversity of Life
The purpose of this information is to enlighten the mind to a new paradigm of living.
A piece of information so powerful it can transcend the current habitual way of thinking.
Man has always believed in the supernatural.
To believe is to notice the unusual; mysticism is really another path to surreal discovery.
My dream is to create a new reality for a new generation. It is to erase all kinds of moral diseases; unwanted and biased prejudices. And to prepare for a world of; love, spontaneity and effortless living.
Where everyone gets to live their truth within without anyone else standing in their direction.
Heaven is now; let us bring it out as responsible universal citizens of the cosmos.
My purpose is to lead this new world out of despair and into the new light.
Venture into new territories, where spirituality becomes the new resource.
Spirituality defined as a guiding-compass automatically navigating them in their divine direction.
My product instills an automated feeling of compassion, resilience, reverence and gratitude for all which is harmoniously constructive. In a more fundamental way of putting it, helping them to discover God's will for their purpose.
This product introduces wealth, prosperity and abundance as an absolute reality.
The fundamental idea of the product is to ensure the existence of love within this new reality.
I am propagating a new civilization, where change starts literally within us. The ultimate purpose of this way of life is universal harmony. Servanthood becomes the authentic key to happiness.
We shall reconstruct the engineering involved in thinking, hence feeling and ultimately acting to form a new identity.
It’s consciously architecturing a location of relentless improvement in the deepest sense. Where health is so natural that what you breathe it’s the freshest air, whatever you consume is the most healthy and enjoyable where the average life expectancy is in the range of 120 years old. Walking is the new transport whenever anyone’s walking they are taught by the '5 sense teachers' who instills moral values in the most enlightening and entertaining ways. No one lives for themselves but the purpose of living is to discover each and everyone’s own unique patch of harmonious contribution."
Oklah, masa sampai di sana, Pak Habib sedang melayan tetamu yang sampai, kami ni tetamu juga tetapi sebab main bidan terjun ke sana dan tak buat appointment kami biarkan Pak Habib melayan tetamunya sahaja...dan kami hanya bersiar2 sambil makan tengahari di sana. Kami hanya berbual bersama pekerja Pak Habib namanya Halim, dia berkahwin dengan orang Indonesia dan duduk di bawah surau di Teratak Wadi Hussein ini menjaga persekitaran di rumah Pak Habib. (Dia kata saya makan banyak pun macam ni lah badan saya, sebab tenaga banyak keluar mencangkul dan menjaga tanaman juga landskap di sini). Saya juga sempat bersembang dengan isteri Halim semasa meminjam rumahnya untuk solat Zuhur.
Halim mengajak kami untuk bercuti di sini dengan membawa keluarga, saya tanya berapa charge satu malam. Ternyata memang benar...FREE. Sebab Pak Habib kata ALL THIS BELONG TO ALLAH! Tapi Halim kata....”memang free, Cuma kadang2 letih lah, dahlah free tapi saya yang kena buang sampah dan kemas2 kalau orang tinggalkan tempat ni “. Kesian juga pada Halim, saya katakan, kalau orang ada akal dan simpati juga empati tentu mereka akan bayar, tapi Halim kata tapi ramai takde ASE(Akal , Simpati dan Empati).....hanya segelintir saja yang bayar.
Oklah, dekat kawasan ni memang agak besar....hujung sekali adalah dusun milik Pak Habib, kadang2 Pak Habib bagi orang makan free juga....(Ni yang rasa nak bawa student KDH bersama berusrah di sini)...:)
Kawasan ni ada dalam tiga –empat buah rumah yang dibina.....Pelbagai jenis bentuk rumah direka ....Mengikut informasi dari anak buah Pak Habib tempat ini dinamakan Wadi Hussein , Wadi Hassan terletak di Johor Bharu tempat abangnya Pak Habib.
Teratak ini terletak di tepi sungai ....jadi mudah saja nak mandi manda....airnya tak dalam.
Paling saya suka bilik air yang unik....kita boleh berendam dan mandi di situ...tidak beratap....haha..macam zaman dulu2....
Oklah, tak sempat nak bercerita lagi...saksikan gambar2nya di facebook saya.....Sini
Ps: Ok tak nak buat program mukhayyam ukhawi kat sini....?
03 Jun 2011
Takde Gambar
Gambar yang penting dan saya rasa takde birokrasi dan konspirasi jer yang diletakkan.
oK semua harap faham. Walaupun tak menarik tanpa gambar takperlah.....
25 Mei 2011
Iktibar Tanah Runtuh Hulu Langat
Sebelum itu mari kita bertafakkur dan sedekahkan AlFatihah pada anak2 syahid (semoga) yang telah kembali keRahmatullah.
Memang amat menyingkap hati dan perasaan saya juga orang lain dengan berita ini.
Cuma, bila dah jadi macamni biasalah ada orang kritik, tak dapat CF dari majlis perbandaranlah, tak dpat kelulusan itu dan ini lah....malah ada juga ustaz Mentor Imam Muda Astro Ust MAhmud Al-Hafiz juga berkata " orang yang bina rumah disini umpama dah masukkan kanak2 ini dalam kubur sebelum mereka masuk kubur"....apalah seorang ustaz yang dikenali ni cakap macam ni. Kan pihak pengurusan mereka juag sedang bersedih, kata2 tu biar lah jangan menyakitkan hati orang. Kenali dahulu bagaimana rumah ini dibentuk dan dibina , dan kenapa dibina di sini? Jangan main sedap mulut kita bercakap hingga tidak menjaga hati dan perasaan orang yang dalam kesedihan. (Kata2nya sila rujuk NTV9 berita jam 8 malam, hari Ahad 22/5/2011. Klik sini
Hikmah yang lain juga, walaupun kanak2 yang berpenghuni di sini ada 34 orang sahaja tapi...mereka mendapat liputan media yang banyak.
Mereka mendapat sumbangan yang banyaknya, ada yang anak2 berjumpa dengan ibu kandungnya kembali, dapat perhatian dari kerajaan (mungkin nak bina sekolah mereka kembali) dsb.
Perdana Menteri ziarah mangsa tanah runtuh, klik sini.
Mangsa yang masih kritikal, kita doakan keselamatannya, klik sini
14 Mei 2011
Ekspresi Penghargaan Guruku
Pengalaman saya sebagai seorang manusia juga tidak pernah terlepas dari pengaruh seorang guru. Guru memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan kita.
Sempena Hari guru ini saya mengucapkan Terima kasih atas ilmu yang diberi. Kepada bapa saya, adalah guru yang mengajar saya sejak kecil, mengenal huruf ABC dan alif Ba ta. Yang menjadi pakar rujuk saya dalam subjek Pengajian Islam dan Matematik dan menanamkan akhlaq yang mulia kepada saya. Kepada ibu saya yang mengajarkan saya ilmu masak memasak dan ilmu rumahtangga sehingga saya membesar menjadi isteri yang rajin (hihihi...tanya suami saya leee).
Dan juga kepada abang2 saya yang banyak membantu dalam kehidupan saya sebagai pelajar dan mahasiswa....menghantar saya ke sekolah, menolong saya mendapatkan buku2 dan peralatan sekolah dan sebagainya.....Along Saudi, Angah Mahir, Wan Sukri....dan adik2 ku juga dengan gelagat kalian aku belajar Fadil dan Arifin.
Kepada ustazah di Taski Sy. Aishah Batu 14 Kajang. Yang sentiasa melayan kerenah saya masa di awal pendaftaran. Yang menangis hari2 setiap pagi dan ustazah memujuk saya ...saya dapat merasakan kelembutan diri ustazah dalam mendidik saya.
Kepada guru Cina saya yang pertama, dah lupa nama tapi masih ingat muka. Cikgu mengajar saya mendisiplinkan diri dan Cikgu India darjah satu saya.
Kepada Guru di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat, dari mereka saya membina diri menjadi orang yang berkeyakinan dan berdaya saing. Cikgu Asma yang suka guna token ekonomi dalam kelas untuk meningkatkan motivasi belajar kami, Alhamdulillah , banyak kes dalam kelas saya guna cara yang sama dengan cikgu, dan pelajar saya berjaya seperti yang saya harapkan. Cikgu Samsidar yang suka memgang rotan dan saya menjadi mangsa rotan sebab otak lembab sifir menyebabkan saya malu dan serik setiap kali saya je yang kena denda, maka saya buat teknik yang baru.....dan akhirnya saya menjadi orang yang terpantas.
Arwah cikgu Rohana yang mengajar kemahiran ilmu rumahtangga, ayat cikgu, kalau perempuan yang baik, nampak sampah satu dekat rumah pun dia kutip....saya membesar dengan kata2 cikgu. Orang perempuan kena rajin di rumah, jangan gah di tmepat kerja saja tapi yang hebat balik rumah pun tetap jaga makan minum suami dan anak2.
Dan kepada semua yang pernah mendidik ku secara formal atau pun tidak....
Untuk arwah guru2 yang telah tiada di dunia lagi, Pn Rohana, Ustz Nurhayati, Ust Amin Husin....moga kalian tenang dan bercahaya di kubur sana.
Pada guru2 yang lain di Sekolah Sg Sekamat, Sekolah Agama Simpang Balak, Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras, Sekolah Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Banting, Kolej Islam Darul Ehsan (KUIS), Uni. Islam Antarabangsa Matrikulasi, UIAM Gombak, Public Mutual Berhad (kak Zaiton dan Kak Azizah Saad)......Not a single life i did but it all from all of u......ur effort, ur mind, ur energy……
Juga kepada suami tersayang, rakan konfrontasi ilmu, rakan kongsi ilmu dan pengetahuan, dalam masa 7 tahun banyak perkara yang dipelajari darinya. Secara tidak langsung cara berfikir saya juga dipengaruhi oleh beliau. Terima kasih atas setiap nya.
Sebab itu lepas solat perlu berdoa untuk guru selepas ibubapa….Betapa tingginya martabat guru.
Akhirnya jangan lupa Rasulullah sebagai guru yang agung!
SELAMAT HARI GUR
08 Mei 2011
Tempe dan Aku
Apa kaitan tempe dengan saya....saya sudah mula meminati tempe sejak saya bersekolah tingkatan 6 di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah Sg MAnggis Banting. Walaupun saya bersekolah di sana hanya 2 bulan tetapi hubungan tempe dan saya semakin baik...
Setiap hari jam 10.30 waktu rehat saya akan membeli tempe goreng samada satu atau dua. Dan harganya hanya 20sen satu.
Sejarah Hari Ibu.....
walau kadang aku terasa
tapi jasa mu lagi besar .....
Hari ini semua orang menyambut hari ibu, belikan ibu hadiah, buat jamuan, makan makan dan sebagainya....
Alhamdulillah , aku masih dikurniakan akal untuk berfikir....ada juga org yang baca entri aku tapi masih menyambut dan meraikannya.....
Masing2 lihat pada niat...tapi aku tidak sambut tanpa usul periksa....tak salah meraikan ibubapa tapi itukn kewajipan apa yang Islam ajarkan...
Hormatlah ibu kamu.....Banyak dalam surah2 di dalam Quran yang menceritakan itu....
Masa saya belajar di UIA subjek Psikologi Islam, ada satu buku yang kupas hadis Nabi, orang Kristian dan Yahudi tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu masuk lubang mereka seperti cicak masuk ke dalam lubang....ohh maafkan saya, kerana hadis itu matannya mungkin tidak berapa tepat....
Cuma apa yang saya ingin sampaikan, kalau sebelum ini saya reject sambut hari wanita sedunia begitu juga saya mempertikaikan amalan Mothers Day. Sebagai orang yang berilmu kita tidak harus mengikut budaya barat ini namanya Westernization, jajahan oleh barat melalui budaya...ini menyebabkan hati dan minda kita lumpuh, mengikut sahaja apa yang diwar2kan.....Saya memang tidak suka!
Tapi bukan bererti saya melupakan ibubapa saya...itu sudah kewajiban....hari ini saya amat marah dan tersinggung dengan seorang anak yang marah kepada ibunya kerana lupa menyediakan bihun sep yang saya pesan dengan katanya " Apa mak ni , lupa pulak"....saya hampir tidak boleh makan di gerai itu lagi...ingin saya menegur budak itu tetapi nantilah tunggu masanya atau saya akan bagi nota pada budak itu nanti.......Jangan mengangkat suara pada ibu (inagtan untuk saya juga), ibu melahirkan kita sangat susah bertarung nyaawa seperti menempah maut ...sakit tidak boleh digambarkan....mengapap kita harus lupa pada ibubapa kita? ...
Selepas berkahwin, ramai ibubapa terasa hati dengan anak2....tapi kita harus memberi yang adil kepada ibubapa kita, mereka hanya hidup beberapa tahun sahaja....sayangi mereka....
Nota ini saya nukilkan , bukanlah tidak membenarkan anda menyambut hari ibu tetapi carilah alasan yang lebih munasabah, apa kata anda selidiki tarikh2 dalam Islam, mungkin tarikh perkahwinan Nabi MUhammad dan Sydt Khadijah atau tarikh lahir Sy Khadijah atau tarikh lahir Sydt Fatimah Penghulu pertama wanita syurga.....harap2 sahabat2 boleh selidiki tarikh itu...sesiapa yang pakar diharapkan anda dapat membuat sedikit penyelidikan. Saya juga ingin menyambut tarikh keramat hari ibu tapi saya tidak suka 2 minggu dalam bulan Mei untuk sambut hari ibu.
Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
Rujukan:
Diambil pada 6 Mei 2011 di http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/96-jangan-sambut-hari-ibu.html
06 Mei 2011
Hari Ibu Bukan Tradisi Islam
Cuma apa yang saya ingin sampaikan, kalau sebelum ini saya reject sambut hari wanita sedunia begitu juga saya mempertikaikan amalan Mothers Day. Sebagai orang yang berilmu kita tidak harus mengikut budaya barat ini namanya Westernization, jajahan oleh barat melalui budaya...ini menyebabkan hati dan minda kita lumpuh, mengikut sahaja apa yang diwar2kan.....Saya memang tidak suka!
Tapi bukan bererti saya melupakan ibubapa saya...itu sudah kewajiban....hari ini saya amat marah dan tersinggung dengan seorang anak yang marah kepada ibunya kerana lupa menyediakan bihun sep yang saya pesan dengan katanya " Apa mak ni , lupa pulak"....saya hampir tidak boleh makan di gerai itu lagi...ingin saya menegur budak itu tetapi nantilah tunggu masanya atau saya akan bagi nota pada budak itu nanti.......Jangan mengangkat suara pada ibu (inagtan untuk saya juga), ibu melahirkan kita sangat susah bertarung nyaawa seperti menempah maut ...sakit tidak boleh digambarkan....mengapap kita harus lupa pada ibubapa kita? ...
Selepas berkahwin, ramai ibubapa terasa hati dengan anak2....tapi kita harus memberi yang adil kepada ibubapa kita, mereka hanya hidup beberapa tahun sahaja....sayangi mereka....
Nota ini saya nukilkan , bukanlah tidak membenarkan anda menyambut hari ibu tetapi carilah alasan yang lebih munasabah, apa kata anda selidiki tarikh2 dalam Islam, mungkin tarikh perkahwinan Nabi MUhammad dan Sydt Khadijah atau tarikh lahir Sy Khadijah atau tarikh lahir Sydt Fatimah Penghulu pertama wanita syurga.....harap2 sahabat2 boleh selidiki tarikh itu...sesiapa yang pakar diharapkan anda dapat membuat sedikit penyelidikan. Saya juga ingin menyambut tarikh keramat hari ibu tapi saya tidak suka 2 minggu dalam bulan Mei untuk sambut hari ibu.
Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
Rujukan:
Diambil pada 6 Mei 2011 di http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/96-jangan-sambut-hari-ibu.html
26 April 2011
Tanah Kubur
Ada satu entri dari kawan saya nak saya kongsikan pada semua...tentang masa depan kita semua.....
Bestkan kalau kita mati jasad kita tak lupus.....?
Di suatu tengahari, selepas kuliah daripada Ust Husni (Zakat)
Seripagi : Laa saya baru tahu yang orang kata kubur tu tanah 'leasehold' tu maksudnye apa..
Pakcik : Hmm selama nie kamu ingat macam mana?
Seripagi : Selama nie saya ingat memang la semua tanah tu 'leasehold' sebab semua yang ada di dunia ni kan
pinjaman Allah jee..
Pakcik : Habis tu sekarang yang kamu faham macam mana?
Seripagi : Tadi ustaz cakap, 'leasehold' tu maksudnya, setiap kubur boleh digali semula untuk 'top-up' dengan jasad lain kalau dah tak ade tanah kubur. Itu sebabnye tak boleh ada binaan atas kubur, nanti nak top-up susah.
Pakcik: Tapi ade juga yang dapat tanah kubur freehold. Awak nak satu?
Seripagi : Haa? ade ke? Cemana?
Pakcik : Kenalah jadi VIP.. kalau VIP kubur tu untuk dia je, nak tanam orang lain tak boleh dah..
Seripagi : ohhh nak kena jadi VIP la pulak
Pakcik : Awak pun boleh jadi VIP!
Seripagi : Saya? Nak jugak.. mcm mana?
Pakcik : Matilah syahid atau hafaz lah Al-Quran. Jasadnya tak hancur dek bumi. Jadilah dapat lah kubur freehold sebab tak boleh nak top-up!
Seripagi : Saya setuju!! :)
PS: Kalau kita nak beli rumah biasanya kita akan tengok rumah yang statusnya freehold, jadi kita akan duduk lama2 sampai anak cucu cicit kita...tapi tanah leasehold ni kita hanya duduk ikut kontrak, kalau dia bagi 100 tahun selama waktu itu lah kita duduk....tapi kalau kubur kita freehold kita boleh duduk lama2 dalam tu sampai hari kiamat dan takde orang yang berani korek kubur kita sebab jasad kita tak hancur....
MMg insaf jika kita ingat mati.....
21 April 2011
Hormati dalam Perbezaan
Apa khbar anda semua? Tentu ada yang baik dan tak baik.....
Apapun , dalam motivasi kita diajar agar lebih positif. TODAY IS A GREAT DAY!!!!!!!
Macamna anda punya pemikiran dari hari ini dan semalam? Ada perubahan? Macamna warna kulit anda hari ini dan semalam ? Ada perbezaan.? Saya? Masa kecil warna kulit saya lain dah besar warna lain tetapi tetap cerah,.....hehehehe.....
Ok soalan di atas bukan saja2 lawak ...tetapi untuk mengajak anda melihat bahawa setiap hari kita bergaul dengan manusia...dan mereka semua mempunyai wajah yang berbeza, warna kulit yang berbeza, hati berbeza dan rambut yang berbeza. Tetapi adakah dengan perbezaan itu membuat kan kita boleh gelak2 kan mereka dan kutuk mereka...contoh kalau dia hitam dan kita hidup di kalangan orang yang kulit cerah, kita tak boleh kutuk mereka.
Sebab macamna dia nak jadi putih macam kita. Itukan kerana pembawakan genetik mungkin atau apa2 saja faktor yang dia tidak boleh ubah.
Cerita ini saya nak bawa ada kaitan dengan seorang pendidik yang berlatarbelakang agama dan mungkin pemikirannya berbeza dengan saya atau mungkin kawan2 sekeliling saya.
Dijadikan cerita, saya menelefon adik saya dan dia kata tengah cari parking dah 2 jam tak jumpa2 dekat KL, kemudian saya kata selawatlah atau baca surah an-Nasrah. Kemudian saya letakkan telefon dan ustaz tu kata, "apa? baca apa ? (sambil dia gelak2 seolah2 mengejek saya)....kemudian saya cakap, " Ustaz diam!" sebab saya tahu apa maksudnya.
Ustaz ini cakap, saya menyalahguna al-Quran. Untuk cari parking baca ayat Quran. Dan saya kata, ustaz, perbuatan saya ini adalah adat masyarakat saya dan saya rasa tidak berdosa, dan kemudian saya cakap saya cari parking nyanyi lagu " ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit....." .....saya cakap kalau saya cari parking sambil nyanyi lagu black metal ok tak....atau saya cari saja parking sambil pemikiran saya jauh dari Allah. Adakah itu lebih baik.....
Dan sebagai seorang pensyarah psikologi saya memang banyak berbeza pendapat dengan ustaz ini, yang pemikirannya adalah seperti pemikiran Amerika 70an atau English dalam zaman sekularisme.......mengasingkan agama dari kehidupan. Please check your brain schema, from where u get all those thing. Jangan jumud dengan pemikiran sendiri. Kita kan suruh mengkaji dan belajar dari hidup dan sampai mati. If u think ur thought is correct go thru with it but dont insult me...it is a sin ..........(i think, because i am not ustazah)
Dan dalam entri ini satu saya mesej saya, Ustaz ini sudah mengejek pandangan saya......
Dan saya memang tidak pandai untuk berhujah, doa saya berbuat baik dan bersangka baik, saya hormati pandangan ustaz....dan hormati pandangan orang lain walaupun ustaz rasa saya salah.....(saya salahkah?)
ps: Cuba memahami tingkahlaku ustaz ni!!!!!!!!!!!
Dan tolong yer...sebab kita tak hormati orang lain sebab itu dunia ini berperang2....
08 April 2011
Cari Tajuk Phd
02 April 2011
Raja Hati
23 Mac 2011
Still Nothing But Penting
Bulan April ni rasa boleh tarik nafas sikit sebab kelas di KL dan OUM cuti....
Walaupun ada beberapa perkara yang kontroversi di OUM tapi itu semua mengajar diriku ini tentang gelagat manusia....walaupun cuba memahaminya......
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan ku yang agak sukar mungkin berbanding orang lain.
alhamdulillah, syukur atas nikmat anugerah Allah dan syukur atas hidayah untuk kita bersyukur...dan syukur untuk hati yang terus bersyukur..dan sampai bila syukur ini harus berakhir? tidak...setiap syukur kita,memerlukan syukur yang lain...
Memang dalam kehidupan kita akan menarik nafas lega, syukur, kesal dan sebagainya. Tapi itu adalah rojak kehidupan yang memberi kesedapan kepada resepi kehidupan di dunia sebelum di blend ke negara Akhirat.....
Kenapa tajuk di atas still nothing (maksudnya aku masih belum dapat menulis sesuatu yang aku rasakan berharga, tetapi still penting sebab walaupun aku tak menulis cuma 5 hari tetapi ianya dirasakan penting bagi sebahagian kawan2 yang sentiasa membuka blog ini. Terima kasih yer.....
Untuk entri kali ni hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang kita lupa ...kita sebagai kita....kadang2 kita sibuk cerita pasal mak limah sana sini, pasal Muthu , pasal Rahmat dan macam2 pasal orang tetapi kita lupa lihat siapa diri kita....
Renungkanlah moga bermanfaat dan ada ingatan yang terindah.
1- insan adalah ciptaan yang memiliki potensi untuk menerima ilham ataupun waswas.
2- amalan insan akan memperkuatkan tendency kearah pembentukan dan pengaktualisasi potensi tersebut...sekiranya amalan baik maka ia akan menguatkan potensi untuk menerima ilham....sebaliknya amalan buruk akan mendekatkan ia kepada waswas
3- ilham diberikan kepada insan melalui malaikat sementara waswas pula daripada syaitan
4- ketika insan berbuat buruk...potensi untuk menerimawaswas akan menjadi dekat.....setelah itu ia akan terhubung dan akhirnya akan transform.....seumpama
besi yang didekatkan kepada api, kemudian terbakar dan akhirnya menjadi api.....api adalah syaitan...terbakar adalah kesan dari waswas syaitan...transformasi pula
adalah transformasi manusia menjadi syaitan...
5- jalan syaitan dapat menyalurkan waswasnya adalah syahwat (desire) ...kerana banyak desire dan keinginan akan berlaku konflik dlm keinginan..ini menyebabkan
marah (ghodhab)....
6- manusia dapay menyempitkan jalan syaitan ini dengan menguasai syahwatnya.....
7-manusia menguasai syahwat dengan memberi tumpuanhanya kepada Allah....laa ilaha
illallah...keinginannya hanya Allah....
8- tiga unsur asli manusia iaitu kehendak dan jiwa serta aqal/qalbunya ditumpukan hanya kepada Allah....kehendaknya hanya inginkan Allah jiwanya hanya cintakan Allah
aqal/qalbunya hanya mengenali Allah.
11 Mac 2011
Olimpik 2012
Dan hari ini juga terjadi Tsunami di Jepun. Doakan agar mereka yang tidak berdosa dan yang Muslim jika mati mati dalam Syahid jika hidup terus mendapat Ni'mat dan tahu rasa bersyukur.
Memang kadang2 bencana Allah menimpa ada suka dan duka , ada hikmahnya yang Tuhan ingin ingatkan kepada kita semua di negara lain juga.
Masa Tsunami yang dulu tu hari Khamis malam Jumaat juga kan?
Dan jangan lupa Hari Akhirat itu Hari Jumaat.
Saya pernah bersembang dengan anak saya Husin tentang hari Jumaat, saya katakan padanya hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam maksudnya Ketua segala hari2.....
Dia tanya kenapa dia jadi ketua mama?
Sebab segala kejadian yang penting berlaku pada hari Jumaat?
Soalan dia seterusnya kenapa hari Jumaat?
Jawapan saya sebab dia ketua? ,.....dan soalan itu berulang2 ulang ...hihihi
Semoga kita semua selamat.
Oklah, pada hari Jumaat ini saya nak membawa kepada pembaca entri saya ke Sukan Olimpik 2012.
Ada benda yang saya tak suka, dan mungkin orang lain pun tak suka. Tentang Logo sukan olimpik 2012 di London dan maskotnya.
Cerita logo dulu,
Nampak tak logo di atas.....apa yang anda tak setuju dengan saya, warna? bentuk? Tulisan ?
Kalau sesiapa yang benci Zionis, atau berjuang untuk Palestin, maka dia akan nampak tulisan itu seperti Z - 2, I = 1, 0=o dan 2 yang kat bawah macam N...jadi lah ZION atau 2012....
Siapa yang tak nampak tu maksudnya ada masalah dengan persepsi kedalaman atau luaran anda. Better check dengan doktor.

Cerita Maskot:

Maskot dia tak BEST kan? MAcam muka DAjal jer....(persepsi saya pula).
Tapi laporan berita ni cakap Cute and cuddly....huhh , menyampah jer saya tengok. Nama dia Wenlock and Mandeville—sempena nama dua bandar kecil di England.
Penganjur Olimpik ditanya takut2 maskot pun ada kontroversi tapi diorang kata :"that focus groups of kids were heavily involved in their creation. "The children told us a number of things. They weren't that sold on furry animals and they actually wanted a story," Olympic committee chairman Sebastian Coe told the BBC. "Youngsters will be able to make a case for the mascots coming to their school if they've done something that is inspired by the Games. It's a way of engaging in a fun way."
fuhh....ayat dia memang saya tak boleh terima, nak fun fun banyak lagi cara nyer....
ps: sapa2 yang minat sukan tu tengok2 juga lah apa2 yang perlu, macam jersi baju ker...kot kot ada lambang yang tak patut....ini main pakai jer....kalau bola tu minat sangat tengok kot2 dapat banyak pahala lebih baik tgk ...hihihi....
MawarDuriTaqwa
Hari tu saya ada mengadu pada seorang kawan, bahawa diri saya ini banyak sangat terkena duri, sakit tajam dan amat memedihkan hati, jiwa dan kepala. Kawan saya pun membalas, "duri tu tak tajam sebenarnya...duri tu hanyalah satu jenis duri di kalangan duri-duri termasuklah duri durian..." . Betul jugalah cakap kawan saya yang banyak falsafah ni kan?
Dan saya akui saya semakin sedar dan dapat meneliti duri yang sentiasa saya hadapi ini.
Dalam kehidupan kita..kita tak boleh terlepas dari perkataan duri...tapi tak semuanya tajam..dan ada di kalangan mereka sanggup melabelkan duri di samping nama mereka....hah itu menunjukkan duri pun mempunyai kelebihan tersendiri.. Macam nama saya dulu nama samaran masa muda2...MAWARDURITAQWA.....best kan nama samaran saya? :)
Apa ye kelebihan duri? Hanya duri yg tahu kelebihan duri sebagaimana hanya jauhari yg kenal manikamnya.....
Bagi diri ini duri-duri ini sudah sebati dalam diri sampaikan tak gunanya hidup ini kalau tak de duri....hidup ini lagi lebih menarik jika ada banyak duri yg menusuk kita. Bagi diri ini...diri ini akan lebih kuat dan gagah jika banyak duri yg kena...dan duri-duri ini jugalah yg mencelikkan kita kepada realiti sebenarnya hidup kita...ke mana hala tuju kita?Apa yg penting ialah kita menukarkan duri-duri ini bertukar menjadi manisan atau madu yg paling manis sekali....
Akhir sekali kita akan rasa kitalah manusia yg paling gembira sekali atas muka bumi ini krn kita berjaya menukarkan duri kpd manisan/madu yg paling manis sekali...ini menunjukkan kita adalah manusia yg berjaya...kejayaan yg sukar yg kita perolehi tetapi kejayaan kita atau kegembiraan kita adalah yg tertinggi sekali jika dibandingkan dgn mereka-mereka yg tak pernah terkena duri..tapi dimanjakan dgn manisan atau madu2 yg manis dan akhirnya terlena atau dibuai mimpi...
Itulah dia citer duri....adakalanya org kata duri dalam daging...tapi tak tau yg sebenarnya sbb tak pernah jumpa daging yg ada duri...sbb kita boleh nampak awal2 lagi kalau daging itu ada duri...tak payah beli langsung...tapi adakalanya daging itu tercucuk duri secara tak sengaja...kalau begitu buanglah duri itu...habis citer..daging tu masih boleh dimakan lagi...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kita semuanya hari2 berada dalam proses terkena duri dan proses mencabut duri. Dalam proses membuang duri2 yg terlekat kat badan ni...banyak sangat....susah juga nak tukarkan dia jadi manisan yg paling manis..perlu ada kekuatan.....kadang2 cakap mudahkan tapi nak buat payah.....
Apa2pun kita tetap bersyukur krn masih lagi dipanjangkan usia dan umur,diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg murah utk terus menyinari kehidupan ini walaupun hakikat sebenarnya ada lagi duri2 yg masih terlekat...tapi kebanyakkan daripada nya sudah pun menjadi manisan dan kita bersyukur....harap2 semua duri yg masih ada pun boleh jadi manisan yg paling manis juga..insyaAllah...doa2kan utk saya dan mudah2an manisan2 yg paling manis tu pulak akan berjaya menukarkan duri2 lain yg ada atau terkena pd diri kita semua...
Akhir sekali..kita tau erti kehidupan sebenarnya dan tujuan kita hidup hari ini, sekarang dan esok hari. Betulkan?